PING BUSUK

Rabu, 27 Jun 2012

PENYOKONG BOLASEPAK KELANTAN BUAT UGUTAN BUNUH..


UGUTAN MELAMPAU DARI SALAH SEORANG PENYOKONG KELANTAN TERHADAP ADMIN BLOG RANKING TERBAIKBARISAN PEMAIN SELANGOR.  LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT !


MOHON PIHAK POLIS BERTINDAK 

GAMBAR YANG DIAMBIL DARI ACC SI PENGUGUT

GAMBAR YANG DIAMBIL DARI ACC SI PENGUGUT

GAMBAR YANG DIAMBIL DARI ACC SI PENGUGUT

nampak nya, suasana penyokong bola sepak malaysia semakin panas sekarang, siap ada ugutan bunuh lagi terhadap penyokong pihak lawan, apa nie bro... relax laa... bolasepak jerr..bukan nya telo lu yang kena sepak.. tak payah lah nak tunjuk hebat sangat, dengar cerita...akaun facebook si pengugut ini telah lenyap, tau pun takot... tak der telo laa tuu.. sekarang mana lu mau lari, report polis telah di buat...amek kaww... ingat main-main kerr... 



Isnin, 25 Jun 2012

NEGARA KITA BAKAL DI SERANG...

  Saya rasa sungguh terkesan melihat dua video di bawah nie, anda pulak macam mana... yang mana satu yang meremang kan bulu roma anda dan meningkat kat semangat  mempertahan kan negara kita yang tercinta ini... anda lihat lah sendiri, apa pun tabik tuk ULTRAS MALAYA...



Jumaat, 22 Jun 2012

NAPE PROTON TERLALU MAHAL BUAT RAKYAT MALAYSIA..



Rujuk gambar di atas terlebih dahulu. Sudah? Sekarang rujuk gambar di bawah pula. Kenyataan PENUH kenapa harga PROTON di MALAYSIA lebih MAHAL berbanding harga PROTON di luar negara. Baca sampai habis sebelum ulas ye.


STRATEGI PEMASARAN ?

Itu kata menteri. Ada cross subsidi ka? Itu pun kata menteri. Meskipun dijual murah di luar negara pun still ada keuntungan. Itupun kata menteri juga. Bukan rekaan kita. Jika ada cross subsidi untuk negara lain, rakyat lain apa sebab tiada cross subsidi untuk rakyat sendiri?

Jika boleh untung andai dijual murah di negara lain, orang lain apa sebab bila jual murah kepada rakyat sendiri tak boleh pula?

Hahaha..

Proton perlu menjana keuntungan. Jika menafikan hak proton mensasarkan keuntungan itu karut. Tetapi jika proton boleh dapat untung DENGAN jual murah kepada rakyat sendiri kenapa mereka tak berbuat demikian?

Boleh nampak tak sebabnya kenapa kami mempersoalkan isu neh? Aku rasa aku dah penat ulas pasal proton.  Korang baca sini sendiri.
psstt; sape2 pencinta proton terus kan bacaan anda... hehehe...sy tak campur...

Khamis, 21 Jun 2012

MISTERI LELAKI TUA NAK BAGI ... KAYA...

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,

“Anak nak ke mana?”
Si mamat menjawab ringkas, “KL”.
Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” dan dijawab oleh si mamat tadi,
“Ehm… bolehlah.”

Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati si mamat berkata, “Hai, siapalah orang tua ni, orang ke atau … ” Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya,

“Anak nak kaya tak?” Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, “Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”

Si mamat pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak.” Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?” Si mamat jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana”.

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo’s untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak.”

Lalu orang tua tu turun dari kereta. Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, “Terima kasihlah pakcik” lalu meneruskan perjalanan.

Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya mintak dia roti sekali!

Wallahu a’lam 

KISAH BILLIONAIRES YANG "JATUH MISKIN" ...



 Berikut adalah catatan yang menarik mengenai Sulaiman al-Rajhi, pemilik al-Rajhi Bank iaitu bank Islam paling besar di dunia.

Anggaran harta beliau yang dimiliki oleh Forbes adalah USD 7.7 bilion. Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Hartanya telah pun diberikan kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf.

Ini adalah contoh orang kaya yang beriman yang dapat kita jadikan teladan selain dari kisah Ahmad Dawjee Dadhaboy yang mewakafkan tanahnya di ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur.

 Bagaimana Sulaiman al-Rajhi Bermula?

 1. Bermula dengan bisnes money exchange dan melihat masih belum ada bank Islam yang wujud, kira-kira 30 tahun dahulu.


 2. Berjumpa dengan pengurus (CEO barangkali) Bank of England dan juga pelbagai bank pusat tentang idea bank Islam, menyakinkan mereka bagaimana perbankan halal dapat mengukuhkan lagi ekonomi dunia kerana orang Islam dan Kristian tidak dapat berurusniaga dengan riba. 


 3. Bermula di London dan setelah berjaya kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Sheikh Abdul Aziz Bin Baz. 


 Menjadi Miskin Semula Setelah Kaya 

 1. Beliau pernah jatuh sebanyak dua kali, dan ‘miskin’ kali ketiga ini merupakan kehendaknya sendiri dan ia memberikan ketenangan dalam diri. Hartanya telah diberikan kesemuanya kepada anak-anak dan projek-projek wakaf.


 2. Sebahagian harta telah dibahagikan terlebih dahulu kepada anak-anaknya untuk mengelakkan isu perebutan harta yang merugikan syarikat, masyarakat dan negara. 


 3. Sebahagian yang lain digunakan untuk projek-projek wakaf SAAR Foundation dan kesemua ini dilakukan semasa masih hidup dan bukan efektif selepas mati seperti yang selalu dibuat ramai orang.  


Bertindak, bukan Sekadar Komplen  Antaranya … 

 1. Beliau menyedari pada zamannya tidak wujud bank Islam, maka dengan usaha keras beliau bermula dari bawah.


 2. Beliau melihat proses sembelihan yang tidak sempurna, lalu beliau menubuhkan syarikat yang mengatasi hal berkenaan; al-Watania Poultry. Kini menguasai 40% pasaran di Arab Saudi. 


 3. Beliau juga sedar terlalu banyak bahan kimia dalam makanan, maka al-Watania Agricultural terlibat pula menanam sayur secara organik untuk memastikan lebih ramai yang makan makanan yang bebas bahan kimia berbahaya. 


 Pendidikan Kewangan Anak-anak 


 1. Memastikan anak-anak pandai menguruskan bisnes dan pelaburan sendiri seperti anak-anak perlu ‘bekerja’ untuk mendapatkan duit. Tiada istilah dapat duit ‘in exchange of nothing’.


 2. Menjadi mentor terbaik untuk semua anak-anaknya. 


 3. Sesibuk mana pun menguruskan bisnes dan pelaburan, pastikan persaudaraan sesama keluarga dijaga dan juga kehidupan di akhirat.


 Lagi Yang Menarik 

 1. Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?


 2. Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.


 3. Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.


 4. Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.


 5. Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.


 6. Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.


 7. Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi. Ini cuma ringkasan dari saya, kalian dapat membaca berita penuh dari ArabNews melalui link berikut: Sulaiman Al-Rajhi’s life a rags to riches story 


Sumber : http://www.pakdi.net
Begitu lah kehidupan orang kaya ber iman... kita pulak macam mana, mari lah kita melaku kan yang terbaik untuk kehidupan kita dan masyarakat sekeliling kita, moga segala amal kita di terima oleh NYA.....

Isnin, 18 Jun 2012

DI FILEM KAN NAMPAK HEBAT, TAPI SEBENARNYA...

Berikut merupakan gambar-gambar disebalik tabir 10 filem yang paling famous. Dalam filem memang nampak hebat. Tapi bila tengok behind the scene memang tak sangka macam mana filem itu sebenarnya dirakamkan.

Avatar

Jurassic Park

The Avengers

Indiana Jones and the Raiders of the Lost Ark

Ghostbusters

The Matrix

Braveheart

Star Wars Episode V: The Empire Strikes Back
Godzilla
Titanic

Sabtu, 2 Jun 2012

PANAS; NEELOFA SELAMAT DI IJAB KABUL KAN.

 
Akhir nya, artis sensasi yang cantik manis dan mempunyai wajah yang lembut yang membuat kan ramai jejaka-jejaka dan suami-suami orang jatuh cinta pada nya melangsung kan majlis PENIKAHANNYA dengan jejaka pilihan hati nya.
Di khabar kan, hanya dengan sekali lafaz saja, si cantik manis ini sah menjadi milik selama nya si jejaka yang di kenali dengan panggilan zul, se orang ahli perniagaan dari shah alam.
Majlis penikahan di ada kan secara tertutup di rumah Neelofa dengan di hadiri saudara terdekat sahaja.
Sumber mengata kan pasangan pengantin baru ini akan mengada kan majlis persandingan  selepas hari raya nanti kerana sekarang Neelofa begitu sibuk dengan aktiviti lakonan.


Terkejut ker, sebenar nya  ni gambar kawan saya, peminat setia cik neelofa. Di jemput khas dalam satu majlis penikahan adik neelofa yang di adakan baru-baru ini.
Ini lah majlis sebenar nya, pasangan pengantin Nik Nadzri dan Noor Nellisa (adik neelofa) yang di ada kan malam tu. selamat pengantin baru.
psst; beruntung nya si zul ni, mana ada neelofa ..dia pun ada. Bila nak ajak aku sekali, aku pun peminat neelofa gak.