PING BUSUK

Jumaat, 21 September 2012

BILA JENAYAH BERLAKU DEPAN MATA...

ALHAMDULILAH, syukur ke hadrat ILAHI.. 
kerna kita masih di kurnia kan keselamatan dari  NYA..
Tapi.. kalau korang belek-belek surat khabar dan mengikuti berita dalam dua tiga hari nie, kita di gegar kan dengan jenayah-jenayah berat tahap kritikal yang boleh membuat kan kita  kecut perut bila memikir kan nya....
Apa agak nya boleh menyebab kan mereka ter gamak  melaku kan nya.. jom kita tengok..antara berita panas minggu ini..

KES 1


 Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa.
Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara.
Nak salah kan sape ni, si perogol nie dah memang kerja dia..  otak sentiasa berjalan untuk mencari cara memerangkap mangsa nya.. yang si mangsa plak, tak boleh berfikir ker sekejap.. ada ker keja yang boleh bagi gaji senang-senang  RM400 sehari.. ermmm..
kes2

satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta peronda polis yang sedang membawa banduan telah berlaku di jalan By-Pass (Kuantan-Kemaman) berhampiran Taman Dato’ Rashid tengahari tadi.
Difahamkan penjenayah terbabit berjaya merampas pistol polis dan melarikan diri menghala ke hutan Beserah menghala ke Pelabuhan Kuantan. banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan. Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.
“Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan,
Dah macam filem holywood plak, tapi berita terbaru si penjenayah telah pun berjaya di tahan semula. 
kes 3

 Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan. laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala.
“Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah,” 
 suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya.
Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung.
Tergamak nya dia mencampak kan bayi yang di kandung kan nya selama 9 bulan dari tingkat 3 rumah nya, sudah lah buat dosa bersekedudukan, pas tu dosa membunuh pulak. maka neraka jahanam lah tempat kau yang kekal abadi.. yang heran plak tu..boleh keluarga dia tak sedar yang anak nya mengandung.
 tak kan tak nampak perut anak nya membuncit semacam jer.. ermmm..
 kes 4

 “Saya sudah menetap di sini hampir 28 tahun, namun ini adalah kejadian pertama yang berlaku dalam keluarga kami.”
Demikian luahan Thannimalai Muthu, 63, berhubung pergaduhan yang berlaku di hadapan rumahnya, malam kelmarin, dekat Ladang Bukit Lembu yang menyebabkan isterinya, Kalyani Krishnan, 57, maut.
Suspek dianggarkan kira-kira 20 orang menggunakan motosikal dan menaiki kereta menyerang seorang mangsa di hadapan jalan besar dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan.
Seorang lagi lelaki yang cuba membantu turut ditetak apabila penjenayah melepaskan tembakan ke arah keretanya sehingga terbabas ke pintu pagar sekolah.
Lelaki itu kemudian ditarik keluar oleh penjenayah sebelum ditetak.
Difahamkan, semasa anak lelaki mangsa, Kathiraven, 23, lari pulang ke rumah, Kalyani cuba menghalang penjenayah dari terus menyerang namun cubaannya gagal apabila ditembak.
Kejadian turut menyebabkan beberapa kerosakan lain, termasuk kemusnahan harta benda apabila beberapa motosikal dirosak dan dibakar selain beberapa kereta memasuki kawasan rumahnya turut dirosakkan.
Menurut Thannimalai, isterinya seorang penoreh getah sementara dia baru sahaja pencen dari melakukan pekerjaan itu dan tidak pernah mengganggu atau bermusuhan dengan sesiapa.
Ni baru betul-betul macam filem. Gaya jenayah nya plak dah macam kartel-kartel dadah mexico yang membunuh mangsa nya tanpa belas kasihan. Dasyat sungguh kan, bila perkara macam ni boleh berlaku di negara kita.
 kes 5

Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam.
Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin , 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis.
“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.
“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.
Sampai hati dia tembak kawan dia hanya kerana nak jadi kaya sekejap di dunia ni, itu lah nama nya kuasa wang, boleh mengakibat kan jiwa jadi kacau bilau di buat nya.. moga roh aruah di cucuri rahmat dan di tempat kan di kalangan orang-orang yang beriman ..
APA PUN. KITA SEMUA DI SARAN KAN BERHATI-HATI ,KERANA JENAYAH ADA DI MANA-MANA DI KALA WAKTU KITA TERLEKA SEBENTAR.. INGAT TU..
ASSALAMMAUALAIKUM..









Sabtu, 8 September 2012

HARI NI HARI JADI SAYA 8/9/2012..


ALHAMDULILAH...
Hari ini pada kira-kira 41 tahun yang lalu... aku di lahirkan ke alam dunia ini...di hospital kuala pilah negeri sembilan, 
namun begitu, aku di besar kan di selangor 
pada usia ku baru masuk 3 tahun setelah 
ibu ku yang tersayang pergi menyahut panggilan ilahi.
aku telah di ambil oleh ibu saudara ku
dan di bawa ke shah alam .
Di besar kan dalam suasana dan keluarga lain, tidak 
memberi apa-apa perbezaan pun kerna ibu saudara ku 
membela aku seperti mana ibu-ibu yang lain di dunia ini.
 setelah tamat persekolahan aku bekerja dan bertemu jodoh 
di shah alam dan hari ini.. aku tinggal
di rumah pangsa di bandar baru klang bersama -sama 
dengan isteri dan 4 orang cahaya mata ku yang tersayang.
 moga dengan usia yang semakin meningkat ini, 
aku bermohon pada MU YA ALLAH agar 
di beri kekuatan dan kesihatan yang baik untuk aku terus mengharungi kehidupan yang mendatang..aminnnn..


  anak anak ku


keluarga ku..


 anak bongsu ku iqmal

putra putri ku..