PING BUSUK

Jumaat, 27 September 2013

TERBAIK, SAMSUNG GALAXY NOTE 3


Samsung telah mengeluarkan produk hebat terbaru mereka edisi terkini note iaitu
SAMSUNG GALAXY NOTE 3
Mungkin ramai  yang tertanya-tanya harganya di pasaran malaysia.
Menurut apa yang di beritahu pihak samsung akan menjual nya pada harga RM2299
 Mengguna kan spesifikasi baru dan tercanggih..antara nya..
Android 4.3 jellybean, skrin 1080p.5.7 inci super amoled, s-pen, 3GB ram,
Quad-core snapdragon 800 processor berkelajuan 2.3GHz +Adreno330,
32GB internal storage + sdcard 64GB, 13mp camera +flash, 
2mp camera bahagian depan dan bateri berkapasiti 3200mAh.


Samsung galaxy note 3 ini di datang kan dengan dua warna iaitu hitam dan putih.
Dan 2 jenis model yang berbeza iaitu GALAXY NOTE 3 LTE dan GALAXY NOTE 3 3G di mana kedua dua nya mempunyai spesifikasi yang agak berbeza.
so, apa lagi yang di tunggu tunggu..harga pun dah cantik, barang pun cantik, kasi sambar lah satu, hadiah kan pada kekasih hati atau bagi kat  makayah kat kampong demi menghargai  pengorbanan mereka selama ini. 
 saya nak beli tak mampu, nanpu pakai fon kat bawah ni jer... hehehee
jadik lerrr....




layan video dia nie...



Selasa, 17 September 2013

APLIKASI SEX MELAYU SEMAKIN DI GEMARI...


Awas jika melihat anak-anak anda leka bermain telefon bimbit, mungkin mereka sedang asyik membaca novel lucah.
Novel elektronik berahasa Melayu dikesan boleh dimuat turun secara mudah dan percuma menerusi telefon dan tablet pintar sejak 28 Ogos lalu dan sejak kewujudannya, 100,000 orang sudah dicatatkan memuat turun aplikasi tersebut.
Kurang tiga minggu wujud, aplikasi itu mendapat reaksi negatif pelbagai pihak terutama ibu bapa yang bimbang anak mereka menggunakan aplikasi itu sekali gus menjejaskan akhlak dan moral anak-anak mereka.

Seorang bapa empat anak yang juga penjawat awam, Salleh, 49, berkata, beliau risau remaja yang sedang meningkat dewasa terdedah dengan bahan tidak bermoral seperti itu.

Katanya, anak-anak moden sekarang bukan lagi seperti kanak-kanak zaman dahulu, mereka kini masing-masing memiliki telefon bimbit sendiri malah ada di antaranya memiliki telefon dan tablet pintar yang mencecah ribuan ringgit.

“Golongan ini lebih arif tentang gajet dan mereka sudah tentu mengetahui kewujudan aplikasi ini, lebih-lebih lagi ia diletakkan dalam mekanisme yang sangat mudah untuk diperolehi,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau memohon pihak berkuasa memantau perkara ini dan memikirkan semula kewajaran membenarkan aplikasi itu.

“Jangan memandang perkara ini sebagai isu remeh kerana ia babitkan moral dan anak-anak kita kelak,” katanya.

pelik kan, benda macam ni pun pihak yang berwajib tentang perkara ini boleh terlepas pandang. sampai kan pihak akbar yang kena buat kan kerja untuk mereka, apa yang mereka buat dalam opis tu. Sepatut nya mereka dah dapat memantau perkara ini, sebab mereka pun pakai telefon yang ada aplikasi yang sama, mungkin mereka pun seronok layan aplikasi lucah tu. 
 MAKAN GAJI BUTA...

Isnin, 16 September 2013

CERITA-CERITA SERAM DI GENTING HIGHLANDS..

ASSALAMMUALAIKUM,,
Mesti ramai yang pernah menjejakkan kaki di Genting Highland ni, memang sebuah tempat bercuti yang menarik, pelbagai aktivi dan permainan indoor dan outdoor ada di sini, tapi di sebalik kemeriahan ini ramai yang tidak mengetahui kisah seram yang pernah terjadi di Genting Highlands.

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.
Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting Highlands ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting Highlands untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.
Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.
Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. Jadi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.
Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.
1. Amber Court


Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:
Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:
-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan
Ini kata seorang penghuni di sana:
“amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…aku punyalah takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…lama2 hilang malu, takut punya pasal,aku nangis sampai member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”
“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”
2. Apartment Ria


Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:
“kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. “
Ini yang berlaku di sini:
-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen
Ini cerita mereka di Apartment Ria:
“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah panas.”
3. First World Hotel

Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.
Ini kesnya:
-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran
Ini cerita dari orang yang mengalaminya:
kat 1st world pun seram aku dgr cita membe akum ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil tu yg diorg cita la tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs tak ingat tower brapa dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik stay sana mlm tu mlm tu aku x leh tido rasa cam ada org dok usha je aku baring pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm
4. Cradle Rock
Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:
budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…sbab kedudukan batu macam tergantung…alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ,depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…membe aku kene kat situ…dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..nampak la bende tu…nampak cam pompuan nangis2……………..ingat nak tolong la..pegi tanya…..makin lama makin kuat nangisnya..dari nangis tuka mengilai kuat…nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..die blah slow2, besok demam gak la 2 hari.
P/s: Walaupun kisah ini dah lama, tapi mungkin masih diingati oleh mereka yang pernah mengalaminya, kalau korang ada pengalaman menyeramkan di Genting Highland ni, bolehlah kongsikan bersama kami..


Jumaat, 13 September 2013

VIDEO; 13 DI PENJARA KERANA RUSUHAN DI PERAK.

13 orang penyokong pakatan rakyat telah
Di penjarakan serta merta sejurus keputusan di umumkan oleh hakim sebentar tadi.
Mereka didapati bersalah oleh hakim. Mereka bukan saja perlu menjalani hukuman penjara selama 2 tahun tanpa rayuan bahkan juga perlu membayar denda sebanyak RM5k setiap seorang.
Apa kes mereka ini...


              video di bawah ini adalah penyebab nya


                           

apa pun yang berlaku adalah ujian dari ALLAH S.W.T
moga mereka semua tabah menghadapi dugaan ini.


Isnin, 9 September 2013

KERETA PROTON SAGA DI JADI KAN BOM KERETA DI SYRIA..



Mujahideen Harakat Islamiah Muthana menggunakan Proton Saga BLM sebagai kereta kawalan jauh membawa bahan letupan di Syria.

hebat dia orang ni...

Ahad, 1 September 2013

1 JUTA PENGGUNA AIR MERANA BILA SI LEMBAB BUAT KERJA.

Assalammualaikum, 
Topik panas minggu ini, bukanlah hari kemerdekaan negara, tetapi isu penutupan loji air akibat dari pencemaran sungai.
Bukan nya air yang tercemar itu yang jadi isu nya, tetapi tahap penguatkuasaan yang sepatut nya telah lama di ambil oleh pihak yang berwajib terhadap bengkel yang terbabit.
Akibat daripada kelembapan pihak berwajib dalam tugasan mereka, maka 1 juta pengguna air di Selangor menerima akibatnya.
Apa yang menyebabkan pihak berwajib itu takut sangat hendak bertindak, setakat hendak menyaman saja, siapa yang kaya.Pihak menyaman dapat duit mudah dan yang di saman bertambah kaya..




apa kata mr mazidul, jom kita baca keratan dari blog dia..

Rupanya bukan bengkel tetapi KILANG.

Kilang beroperasi TANPA LESEN  terbabit dikatakan terletak kira-kira 500 meter dari Aeon Rawang. Menariknya,  kilang memproses semula minyak terbuang itu telah dikompaun 14 kali, berjumlah RM34,000. Berikutan kejadian minyak dibuang ke sungai berhampiran, penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang, MPS  telah menyerbu kilang itu.

Bangang juga, kan?

Kilang di Jalan Batu Arang itu disahkan berstatus haram dan telah dikompaun berulangkali tetapi masih terus gah  beroperasi. Lebih menarik lagi, penduduk di kawasan sekitar dilapor telah mengemukakan komplen berhubung bau busuk datang dari kilang sama tetapi tiada tindakan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan. Penguatkuasa MPS sabar menunggu sehingga kejadian membebankan jutaan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur berlaku, barulah mereka menutup kilang terbabit.




Kilang itu milik individu berbangsa Melayu, India atau Cina? Tidak pula dinyatakan dalam laporan  kerana pemilik terbabit dikata menghilangkan diri. 

Hemat saya, penguatkuasa MPS tentunya boleh menghubungi pengusaha itu kerana hampir 15 kompaun  telah dikeluarkan kepadanya.

Ternyata, MPS mengambil tindakan LEMBAB TAHAP GABAN.

Baca laporan The Star, klik di sini.

Tu dia, kan dah kena bangang,memang patut pun orang ramai marah, sebab perkara perkara macam ini memang biasa sangat berlaku di mana mana juga jabatan kerajaan di dalam negara kita ini.
Orang ramai dah buat aduan, dia datang melengang lengang kangkung ajer.Lepas tu balik layan facebook, cukup bulan dapat gaji, masuk kerja jam 8, pas tu keluar balik pi sarapan, kul 9 masuk balik, pukul 10 keluar lagi.. dan begitu lah seterus nya, ( tak semua macam tu pun,ada lah segelintir yang perasan bagus)
apa pun....
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
"Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku"