PING BUSUK
Selasa, 14 Januari 2014
CIRI-CIRI LELAKI YANG JADI IDAMAN PARA WANITA..
Ketampanan atau kekacakan seorang lelaki itu bukanlah semata-mata yang dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita, di antaranya :
1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita.
2) Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim jangan dibiarkan berserabut.
3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Adakalanya wanita ini sudah cukup masalah, jadi lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension.
4) Bersikap prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu juga sedekah kan?. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka asyik masam mencuka.
6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang, sabar dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.
Sumber penpatah
- dah ada dalam diri ku ini semua yang di atas nie..so, ok lah tu hehehe....
Rabu, 8 Januari 2014
MALANG SI KACAK..
Malang si Lelaki Kacak, Di Halau Hidup-Hidup Dari Arab Saudi | Disebabkan dan beralasankan wajah yang terlalu kacak, seorang lelaki yang bernama Omar Borkan Al Gala telah dihalau hidup-hidup oleh polis Arab Saudi kerana wajahnya yang terlalu kacak.
Omar Al Borkan Gala ialah seorang pelakon dan jurugambar dari Dubai, UAE. Walau bagaimanapun dalam perjalanan baru-baru ini ke Arab Saudi, dia mendapat masalah yang serius dengan polis tempatan.
Omar, dihantar pulang oleh kerajaan Arab Saudi kerana "terlalu kacak" membuatkan pihak polis takut wanita tempatan tidak akan mampu untuk mengawal diri mereka jika melihat rupa parasnya.
kesian si kacak ni...nasib baik aku ni tak kacak macam ni, kalau lah aku kacak mcm nie..sure semua gadis malaysia... kejar aku nya..yer lah kacak ..ensem macam mamat arab nie kan..sape tak nak.. ( mod perasan ) heheheh
Ahad, 5 Januari 2014
KERETA HANCUR... AGAK-AGAK ORANGNYA SELAMAT TAK..
- Keadaan kereta mangsa remuk teruk setelah terbabas di Kilometer 400.9 LPT Kuala Lumpur-Kuala Terengganu(Ajil-Telemong), pagi semalam.
KUALA BERANG - Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku ke atas seorang wanita selepas terselamat walaupun kereta dipandunya terbabas dan terbalik beberapa kali dalam kejadian di Kilometer 400.9 LPT Kuala Lumpur-Kuala Terengganu (Ajil-Telemong), pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Afill Amalina Llailie Lokhman, 25, dalam perjalanan dari arah Bukit Besi menuju ke arah Ajil dan kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Preve dipandunya secara tiba-tiba terbabas ketika di lokasi kejadian.
Menurut sumber, mangsa yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Serdang memulakan perjalanan dari Serdang kira-kira jam 4 pagi menuju ke Bukit Payung, Besut bagi pulang bercuti ke kampungnya.
“Kereta dipandu mangsa tanpa penumpang dipercayai terbabas ke kiri dan kanan jalan sehingga merempuh pengadang jalan, selain turut terbalik beberapa kali. Keadaan itu turut menyebabkan enjin kereta tersebut tercabut.
“Bagaimanapun, mangsa terselamat dan hanya mengalami luka kecil di bahagian mata sebelah kiri serta jari. Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim ketika dihubungi mengesahkan laporan kemalangan itu.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu termasuk mematuhi had laju ditetapkan.
kat bawah ni gambar yang di ambil dari facebook... mak aiii.. tercabut enjin...
teka kreta apa.....
proton preve..... terbaik lah....
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Afill Amalina Llailie Lokhman, 25, dalam perjalanan dari arah Bukit Besi menuju ke arah Ajil dan kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Preve dipandunya secara tiba-tiba terbabas ketika di lokasi kejadian.
Menurut sumber, mangsa yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Serdang memulakan perjalanan dari Serdang kira-kira jam 4 pagi menuju ke Bukit Payung, Besut bagi pulang bercuti ke kampungnya.
“Kereta dipandu mangsa tanpa penumpang dipercayai terbabas ke kiri dan kanan jalan sehingga merempuh pengadang jalan, selain turut terbalik beberapa kali. Keadaan itu turut menyebabkan enjin kereta tersebut tercabut.
“Bagaimanapun, mangsa terselamat dan hanya mengalami luka kecil di bahagian mata sebelah kiri serta jari. Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim ketika dihubungi mengesahkan laporan kemalangan itu.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu termasuk mematuhi had laju ditetapkan.
kat bawah ni gambar yang di ambil dari facebook... mak aiii.. tercabut enjin...
teka kreta apa.....
proton preve..... terbaik lah....
sumber; sinar harian
Sabtu, 4 Januari 2014
KUMPULAN ROCK SYJ@SOFEA.. WAJAH MEREKA DULU DAN SEKARANG...
ASSALAMMUALAIKUM..
korang ingat tak satu kumpulan rock yang begitu hebat di zaman 80 an 90 an dulu...
tgk gambar ni..
ni lah kumpulan SYJ@SOFEA yang satu ketika dulu di gilai oleh semua peminat-peminat rock di malaysia hingga mencetus kan satu fenomena luar biasa..
Dengan gaya pakaian ala-ala kumpualan barat MOTLEY CRUE .. SYJ terus menguasai pentas persembahan dengan lagu_lagu hits mereka seperti orang timur dan sebagai nya.
kisah nya di bawah ni..
SYJ DITUBUHKAN PADA TAHUN 1986 DIAMBIL SEMPENA NAMA PENGURUS KAMI PADA MASA ITU IAITU SYED YUSOF JAMALULAI.PERNAH MENYERTAI BEBERAPA SIRI KONSERT BATTLE OF THE BANDS YANG DIANJURKAN OLEH ALI BAKAR SERTA BEBERAPA SIRI KONSERT YANG LAIN SEKITAR TAHUN 80an.AKIBAT KONFLIK YANG MELANDA ANTARA PAK SYED DAN KAMI,LANTAS AKU MENGAMBIL KATA SEPAKAT UNTUK MENUKAR "SYJ" KEPADA "SOFEA" SEMPENA NAMA "JULIE SOFEA" (salah satu peminat setia aku.)DAN LAHIRLAH ALBUM KEMBALI PADA 1977 PENUKARAN ANGGOTA ASAL KUMPULAN INI BERLAKU ANTARA EDUAT(drum) BERSAMA RAJA NAHAR. MEMUATKAN BEBERAPA LAGU YANG HAMPIR KESEMUANYA AKU DAN AMIR YANG HASILKAN SERTA ANGGOTA2 SOFEA YANG LAIN.KAMI MULA MEGORAK LANGKAH UNTUK ALBUM KEDUA PABILA PENGHIJRAHAN KAMI KE KUALA LUMPUR MEMBUAHKAN HASIL DAN TERHASILNYA ALBUM"ANAK LIAR" PADA TAHUN 1988.ALBUM ANAK LIAR ADALAH ALBUM TERBAIK YANG PERNAH KAMI HASILKAN KERANA MENGGUNAKAN TEKNIK YANG "CANGGIH" SISTEM BUNYI YANG TERANG DAN JELAS.SEKALI LAGI BERLAKU PENUKARAN ANGGOTA IAITU ZAM(gitar) DIGANTIKAN DENGAN FANCY MANAKALA DRUM MASIH LAGI NAHAR. DALAM COVER ANAK LIAR, UJANG TELAH DIPANGGIL UNTUK SESI FOTOGRAFI KERANA NAHAR HILANG ENTAH KEMANA.ALBUM INI MERAIH CAKERA EMAS(gold disc) APABILA TERJUAL LEBIH 25,000 UNIT.KETIKA SOFEA DI KEMUNCAK,PERUBAHAN BERLAKU APABILA TERHASILNYA ALBUM KETIGA IATU "BONEKA PENTAS" KERANA KONSEP SOFEA TELAH BERTUKAR KEPADA ALA MAFIA.DEK KERANA ARUS PERUBAHAN MASA.ALBUM TERSEBUT KURANG HASIL JUALAN MENYEBABKAN AMIR PUTUS HARAPAN UNTUK BERKARYA LANTAS MENINGGALKAN SOFEA.PADA TAHUN 1990 SEKALI LAGI LAHIRNYA ALBUM SOFEA BERTAJUK "MIMPI DAN AIR MATA" SEKALI LAGI BERLAKU PENUKARAN ANGGOTA IAITU ANTANKA SERTA ZAN(ALLANG).DAN ALBUM TERSEBUT KURANG SAMBUTAN LANTAS KAMI MENGAMBIL KATA SEPAKAT MEMBUBARKAN SOFEA.SEHINGGA PADA TAHUN 2008 TERBITNYA SYJ08 YANG MANA DITERAJUI OLEH ALLANG(ZAN)(SYJ 90).DAN BERTAHAN SELAMA BEBERAPA BULAN SAJA.SEHINGGA SEKARANG AKU DAH MALAS NAK BERKARYA..AKU KESAL SESETENGAH PIHAK AMBIL LAGU2 AKU,TERBITKAN CD ,APA SEMUA AKU KAT SINI SATU APA PUN TAK DAPAT.BUKAN NAK DUIT KE APA.TAPI SEKURANG2NYA BAGITAU LA KE APA.NI MAIN CANTAS JA.PIHAK HIBURAN LANGSUNG LUPAKAN KAMI YANG PERNAH MENAIKKAN INDUSTRI MUZIK ROCK TANAH AIR SATU KETIKA DULU.AKU KESAL DENGAN APA YANG BERLAKU SEKARANG.SEKARANG NI AKU ADA LAGI DI IPOH.KENA KERJA SNDRI UNTUK CARI MAKAN.KALU JUMPA .JANGAN TAK PERCAYA AKU ADALAH MAN RANI SYJ@SOFEA.
PENYANYI
Amir (Amirrudin bin Zulkefly; lahir 1962)
Man Rani (Othman Rani bin Mohd Tajry; lahir 1963)
Zan
GITAR
Man Rani (Othman Rani bin Mohd Tajry; lahir 1963)
Zan
GITAR
Zam (Zamri Shafie)
Fancy (Ramlie Adnan; lahir 1963; berkahwin dengan Anita Sherox; pernah menyertai kumpulan Angel Hearts, GET & kumpulan pop Leon)
Atanka
BASS
Fancy (Ramlie Adnan; lahir 1963; berkahwin dengan Anita Sherox; pernah menyertai kumpulan Angel Hearts, GET & kumpulan pop Leon)
Atanka
BASS
Man Rani (Othman Rani bin Mohd Tajry; lahir 1963)
DRAM
DRAM
Eduat (Syed Noor Eduat bin Syed Yusuf Jamalulail; lahir 1961; meninggal dunia pada 11 Oktober 2006; pernah menyertai kumpulan SYJ '90)
Nahar (Raja Nahar bin Raja Horman; lahir 1960; telah menyertai kumpulan Burnmarks, Babylon & Lipan Bara)
Ujang
Nahar (Raja Nahar bin Raja Horman; lahir 1960; telah menyertai kumpulan Burnmarks, Babylon & Lipan Bara)
Ujang
ALBUM
Battle Of The Bands 1 & 2 - Pelbagai Artis (1986)
Kembali (1987)
Anak Liar (1988)
Boneka Pentas (1989)
Mimpi Dan Airmata (1990)
Kembali (1987)
Anak Liar (1988)
Boneka Pentas (1989)
Mimpi Dan Airmata (1990)
ok..tu gambar mereka dulu dulu kan..jom kita tengok wajah terbaru otai-otai rock ni...
mereka telah bergabung semula dan bakal keluar album baru, juga mereka sekarang ni aktif buat konsert di sana sini.. nak follow boleh pergi ke face book mereka..
semua info terbaru ada kat sini...
tu diaaa...
ok jom kita kenal wajah terbaru secara dekat..
man rani dulu.. atas... dan sekarang.. bawah
yg kiri tu ialah vokalis utama kumpulan sofea iaitu amir. dia la yg nyanyi lagu org timur
yg kanan pula ialah man rani iaitu pemain bass. dia juga vokalis utk
lagu berentak slow. ingat lagi lagu bunga padang pasir? lagu tu man
rani punya suara... hehehe
yg kanan pula ialah man rani iaitu pemain bass. dia juga vokalis utk
lagu berentak slow. ingat lagi lagu bunga padang pasir? lagu tu man
rani punya suara... hehehe
ok lah.... terima kasih dari semua sumber...
rock terus rock...
GUA CAYA SAMA LU..
KISAH PAK MAN TELO.. SKIM CEPAT KAYA PERTAMA DI MALAYSIA...
Sekadar untuk mengingatkan kita tentang perkara yang telah lepas agar dapat menjadi satu iktibar buat kita semua. Ini bukan untuk mencemuh sesiapa tetapi sememangnya semua orang telah mengenali siapa beliau dan seharusnya kita berwaspada dalam setiap langkah yang kita ambil dengan mengimbau sejarah bagaimana tertubuhnya skim seperti ini atau boleh dikatakan perintis MLM (dahulu skim cepat kaya).
Osman Hamzah berjaya tarik lebih 50,000 pelabur menyertai pelaburan cecah sehingga RM99 juta
LAMA sebelum wujudnya skim cepat kaya berasaskan internet yang kini diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan, wujud satu skim cepat kaya yang lebih ‘dahsyat’ serta menggemparkan negara pada awal 1990.
Kesan skim cepat kaya berkenaan menyebabkan ia terus diingati sehingga kini dan mungkin akan dikenang sebagai antara pelopor kewujudan skim cepat kaya dalam sejarah Malaysia.
Skim Pak Man Telo yang diasaskan Osman Hamzah menerusi syarikatnya, Pestama Enterprise, dipercayai dimulakan sekitar 1970-an di Taiping, Perak.
Apa yang menjadikan Skim Pak Man Telo sebagai ‘lagenda’ dalam sejarah skim cepat kaya atau pelaburan piramid di negara ini adalah ia disertai lebih 50,000 pelabur dengan nilai pelaburan mencecah sehingga RM99 juta.
Osman yang lebih dikenali ramai dengan gelaran ‘Pak Man Telo’ pada asalnya hanyalah seorang penduduk biasa yang bekerja sebagai wartawan sambilan Bernama di Taiping.
Tanpa sebarang latar belakang pendidikan mengenai pengurusan wang, dia memberanikan diri menceburi bidang berkenaan dengan mengasaskan skim pelaburan yang kompleks serta bernilai jutaan ringgit.
Pak Man Telo pernah memberitahu, yang dia mempunyai satu pasukan besar menjual barangan pengguna iaitu tembikar Cina selain terbabit dalam urusan hartanah, tetapi tidak tahu langsung mengenai pasaran kewangan mahupun komoditi.
Selain itu, lelaki terbabit turut mendakwa yang syarikatnya terbabit dalam perniagaan pengeluaran makanan, barang plastik dan elektrik, komputer, kasut, perhotelan, hartanah dan pemilikan saham beberapa syarikat utama.
Ketika zaman kemuncak skim berkenaan, Pak Man Telo menjanjikan pulangan dividen yang lumayan iaitu sehingga 12 peratus setiap bulan menyebabkan ramai pelabur mula menyertai skim berkenaan dengan harapan ingin mengaut keuntungan segera.
Maka tersebarlah cerita itu sehingga ke negeri lain dan semakin ramailah penduduk - dari pegawai kanan kerajaan, pesara, ahli perniagaan sehinggalah penduduk kampung di pedalaman - menyertainya.
Bagaimanapun, mereka mungkin tidak menyedari yang kegiatan Pak Man Telo bertentangan dengan undang-undang negara.
Lalu selepas lama memantau kegiatan lelaki itu, Bank Negara menahan Pak Man Telo dan pada 11 Januari 1990, dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengambil wang orang ramai tanpa lesen sah mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 1 Oktober dan 23 November 1989 dan serbuan pihak berkuasa turut merampas RM1.7 juta daripada lelaki terbabit.
Pada Mac 1990, Pak Man Telo mengaku bersalah atas kesalahan itu dan Mahkamah Tengah Taiping menjatuhkan hukuman denda RM250,000 atau satu tahun penjara kepadanya. Beliau membayar denda itu secara tunai.
Tiga bulan kemudian, sekali lagi syarikatnya diserbu Bank Negara atas kesalahan sama.
Bermula dari kejadian itu jugalah, kalangan pelabur Skim Pak Man Telo mula resah apabila mendapati kadar bayaran dividen skim berkenaan terpaksa diturunkan daripada 12 peratus kepada hanya lima peratus.
Lebih membimbangkan mereka apabila kedengaran ada pelabur yang tidak lagi memperoleh bayaran dividen.
Pak Man Telo tampil menjelaskan kedudukan sebenarnya pada September 1990. Katanya, tindakan mengurangkan kadar dividen itu terpaksa dilakukan berikutan masalah ‘krisis Teluk’ yang dihadapi dunia ketika itu.
Faktor lain disebabkan penyelewengan ejen syarikatnya di mana ejen terbabit membuat kutipan dan membayar dividen kepada pelabur secara sendiri, tanpa merujuk kepada pengurusan syarikat.
Tindakan Bank Negara menyerbu syarikat itu serta merampas dokumen penting termasuk rekod keahlian juga dijadikan alasan kepada penurunan kadar dividen berkenaan.
Merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan skim pelaburan berkenaan, ramai ahli mula berkumpul di halaman rumah lelaki terbabit hampir setiap hari dan mendesak supaya wang pelaburan pokok mereka dipulangkan segera.
Kekecohan yang semakin tidak terkawal itu menyebabkan Pak Man Telo menghentikan sementara kegiatannya dan berjanji akan kembali memulakan operasi secara ‘halal’ pada 2 Januari 1991.
Melihat pelabur masih mengunjungi rumahnya setiap hari, Pak Man Telo memberi ‘ceramah’ yang antara lain berbunyi: “Kita akan jalankan operasi seperti dilakukan Bank Islam; kita tidak boleh melabur RM1,000 dan mengharapkan pulangan berlipat ganda kerana itu membabitkan unsur riba; riba itu diharamkan Islam.”
Bagaimanapun, pada tarikh dijanjikan iaitu Januari 1991, pelabur mula memenuhi perkarangan rumah Pak Man Telo untuk menuntut janji. Akan tetapi seperti sebelumnya, lelaki itu gagal membayar dividen dengan pelbagai alasan.
Akhirnya pada 11 April 1991, polis menyerbu pejabat Pak Man Telo di Taiping dan dia dibawa ke Ipoh, untuk membantu siasatan berhubung skim itu.
Pada masa sama, kemarahan pelabur memuncak dan ramai yang mencari Pak Man Telo di pejabat dan rumahnya untuk mendapatkan kembali wang mereka.
Pak Man Telo kemudian dikenakan tindakan buang daerah di Kampung Terong, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu mengikut Ordinan Darurat.
Dia tidak lama di Terengganu apabila pada 17 Julai 1991, pegawai Bank Negara menahannya. Dia kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen Taiping untuk kali kedua pada 17 Julai atas dakwaan menerima deposit tanpa lesen daripada Kementerian Kewangan antara 1 Januari hingga 31 Oktober 1990.
Pada pagi hari pertama perbicaraan iaitu 2 Mac 1992, Pak Man Telo yang sebelum itu mengaku tidak bersalah, menukar pengakuannya kepada bersalah.
Dalam rayuannya, peguam bela tertuduh berkata, Pak Man Telo yang sudah berusia 65 tahun ketika itu menyesali perbuatannya, malah dia dan keluarga merana kerana dipulaukan masyarakat.
Akhirnya, dalam keadaan mahkamah yang penuh sesak, hakim menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM500,000 atau tambahan penjara setahun lagi jika beliau gagal membayar denda.
Pak Man Telo gagal membayar denda dan beliau terpaksa menjalani hukuman penjara selama dua tahun bermula tarikh dia ditahan iaitu 17 Julai 1991.
Pengasas skim cepat kaya dibuang daerah di Kuala Berang
KEMARAHAN orang ramai terhadap Pak Man Telo akibat gagal membayar dividen yang dijanjikan menyebabkan sekumpulan enam lelaki bertindak menculik anak lelakinya pada 1991.
Mereka mengurung anak lelaki terbabit di Hotel Tropicana, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur mulai jam 8.10 malam 28 Februari hingga jam 11.30 pagi, 5 Mac 1991 bertujuan memaksa Pak Man Telo mengembalikan wang RM426,767 yang mereka labur dalam skim itu.
Enam lelaki terbabit berjaya ditahan dan dihadapkan di mahkamah tetapi hanya empat daripada mereka yang disabitkan kesalahan. Keempat-empat lelaki itu hanya dikenakan hukuman ringan, iaitu denda RM100 atau tiga bulan penjara.
Hukuman ringan itu diberi kerana hakim bersimpati terhadap keempat-empat tertuduh yang kehilangan wang disebabkan Pak Man Telo.
Kemarahan mangsa Pak Man Telo terus membara dan ramai yang mengambil tindakan saman terhadapnya. Seramai 175 pelabur pada Mac 1991, memulakan tindakan saman terhadap lelaki itu bersama enam pihak lain iaitu isteri, dua anak lelaki dan dua anak perempuan serta menantu lelakinya bagi menghalang mereka mengeluar atau memindahkan wang RM1.4 juta yang didakwa milik pelabur berkenaan.
Ia diikuti 284 pelabur pada April 1991 menyaman Osman dan enam pihak lain bagi mendapatkan semula RM3.5 juta wang milik mereka. Sekumpulan pelabur lain seramai 180 orang pula mendakwa kerugian RM2.2 juta, juga mengambil tindakan sama.
Pak Man Telo mengakhiri tempoh hukuman penjara dua tahun pada 17 November 1992. Kira-kira jam 10.10 pagi selepas bersalam dengan pegawai Penjara Taiping, dia dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda polis untuk perjalanan ke Kuala Berang, Terengganu kerana dikenakan perintah buang daerah.
Selepas itu, kisah Pak Man Telo mula tenggelam dan orang ramai semakin melupakannya. Pak Man Telo pula menyepikan diri bersama isteri kedua dan seorang anak lelaki di Terengganu.
Dia menyara hidup dengan membaiki radio dan televisyen. Pada usia 70 tahun, Pak Man Telo meninggal dunia akibat sakit tua pada 22 Disember 1997 sekali gus berakhirlah riwayat seorang lelaki yang menjadi antara pelopor skim cepat kaya di negara ini.
Seperti juga pepatah ‘harimau mati meninggalkan belang’, nama Pak Man Telo terus disebut-sebut sehingga kini seolah-olah gelaran itu begitu sinonim dengan kegiatan skim cepat kaya di negara ini.
Khamis, 2 Januari 2014
VIDEO, HIMPUNAN TURUN DI DATARAN MERDEKA 2014
Orang ramai, termasuk peserta himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup mula membanjiri lokasi sambutan di ambang tahun baharu seperti Dataran Merdeka, Sogo dan Jalan Masjid India di sini.
Di Dataran Merdeka, polis menutup laluan dengan penghadang besi bagi menghalang kenderaan ke kawasan Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka dan bilangan anggota polis yang berkawal juga bertambah.
alhamdulilahh...tiada apa yg berlaku.
SELAMAT TAHUN BARU 2014 moga tahun ini akan lebih memberi keamanan dan bertambah rezeki untuk semua rakyat Malaysia..
SUMBER .http://www.sinarharian.com.my
Langgan:
Catatan (Atom)