Siti Soffea, berumur dua tahun enam bulan, ditemui dengan kepala dipenggal berdekatan Sungai Kelang malam tadi.
The Malaysian Insider difahamkan, sumber polis memberitahu ia berdasarkan hasil rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di premis Kotaraya.
"Pengawal keselamatan itu nampak suspek mendekati Siti Soffea yang cuba menyembunyikan diri di sebalik tiang, namun suspek terus menangkap Siti Soffea dan membawanya pergi.
"Pengawal keselamatan itu bagaimanapun tidak berbuat apa-apa untuk menghalang suspek melarikan Siti Soffea," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Siasatan awal polis mendapati ibu mangsa, Siti Salmy, 32, adalah seorang gelandangan dan menganggur.
Manakala bapa mangsa pula sedang menjalani hukuman di penjara, menurut sumber kepada The Malaysian Insider.
"Selama ini, Siti Salmy dan anaknya berlegar di sekitar Kuala Lumpur dan hanya bergantung kepada bantuan ehsan orang ramai," katanya.
Polis turut mendedahkan Siti Salmy mempunyai tiga anak, dua daripadanya di bawah jagaan saudara mara, dan hanya Siti Soffea sahaja yang mengikuti ibunya.
Dalam kejadian malam tadi, dua orang awam melihat seorang lelaki mengangkat Siti Soffea menuju ke arah semak di tebing sungai.
"Saksi awal kejadian melihat Siti tidak berpakaian.
"Mereka melihat suspek mencekik dan cuba menjatuhkan mangsa.
"Suspek kemudiannya dilihat mengenggam objek seperti seramik dan menggunakannya untuk mencederakan mangsa," dedah sumber itu.
Dua saksi tersebut kemudiannya melaporkan kepada polis bantuan berdekatan cawangan Public Bank.
Suspek yang menyedari kedatangan polis bantuan bertindak terjun ke dalam Sungai Kelang.
Saksi daripada Sabah selepas itu dibawa ke ibu pejabat polis di Jalan Hang Tuah untuk tujuan lakaran wajah suspek.
Mayat Siti Soffea ketika ditemui polis berpakaian seluar dalam berwarna putih dan memakai lampin.
Polis turut menemui selipar dipercayai milik suspek, sepasang selipar kanak-kanak, baju tidak berlengan, getah rambut dan kepingan seramik daripada tempat kejadian.
Walaupun siasatan awal melaporkan suspek merupakan warga asing, namun polis percaya lelaki terbabit adalah rakyat tempatan dan baru dibebaskan daripada penjara.
Suspek juga dipercayai penagih dadah yang bekerja sebagai penjaga kawasan tempat letak kereta berdekatan Kotaraya.
Siti Soffea ditemui terbunuh berhampiran Sungai Kelang dekat stesen komuter Jalan Tun Sambathan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata menerima laporan kejadian pada pukul 9 malam semalam.
Gan berkata Siti Salmy keluar berjalan-jalan di Kotaraya dengan rakannya pada pukul 3 petang sebelum terasa mahu pergi ke tandas.
Ibu mangsa kemudiannya meminta rakan-rakannya menjaga anaknya semasa beliau ke tandas.
"Bila ibunya keluar dari tandas selepas lima minit, dia dapati anaknya hilang.
"Ibu dan rakan-rakannya cuba mencarinya di sekitar pusat membeli-belah itu tetapi tidak menemui kanak-kanak perempuan itu," kata Gan.
Polis percaya suspek terbabit cuba merogol kanak-kanak itu dan memukulnya apabila dia cuba meronta.
Mayat Siti Soffea dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
Gan berkata, polis kini melakukan operasi menyelamat di kawasan berdekatan tempat kejadian selepas suspek dipercayai lemas.
Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
yang di bawah nie dari blog http://www.mazidulakmal.com/
[ Anak gelandangan ]
Tengkorak belakang kepala mangsa didapati pecah akibat hentakan kuat dalam kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam, 29 Mei 2014. Mayat Soffe ditemui tertiarap dan berpakaian lengkap.
Ibu mangsa, Siti Salmy Suib, 32 tahun, penganggur dan hidup bergelandangan di ibu kota. Pada jam 3 petang, anak kecil itu ditinggalkan ibunya di tingkat 4, Kompleks Kota Raya bersama rakan segelandangan sebelum masuk ke tandas.
Mangsa kemudian didapati hilang.
Mangsa kemudian didapati hilang.
Hasil maklumat disalurkan oleh orang awam, suspek dipercayai warga asing, berbangsa India dilihat mendukung kanak-kanak menyusuri tebing Sungai Klang. Suspek juga merebahkan mangsa dan kemudian menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak terbabit.
Dikejar oleh orang ramai dan polis, suspek terjun ke sungai berhampiran. Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, dia mungkin mati lemas.
Gerakan mencari suspek dilakukan oleh Jabatan Bomba dan penyelamat, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur.
Serpihan seramik tajam dan sepasang selipar milik suspek ditemui di lokasi kejadian.
Serpihan seramik tajam dan sepasang selipar milik suspek ditemui di lokasi kejadian.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Menurut polis, motif kejadian masih lagi disiasat.
Kawasan kira-kira 50 meter dari pusat membeli-belah, Kota Raya, lokasi kelompok gelandangan tidur pada waktu malam.
Antara mereka anak warga Rohingya.