PING BUSUK

Jumaat, 29 Mei 2015

KEMENSAH WATER FALL, MEMANG CANTIK..

Assalammualaikum, 

dah lama juga saya tak post program melancung saya kan.
banyak tempat saya dan family family saya pergi, antara nya, yang ini. kemensah waterfall. 
lokasi dia dekat  dengan zoo negara. memang cantik. ada chalet chalet yang boleh di sewa semurah RM80 Sehari.





depan chalet ada kolam di sedia kan, leh ler terjun, berendam .. berenang bagai.







agak-agak rasa nak terjun  air jeram, boleh pergi sebelah kolam tu... sejukk sesangat air nya.



makan makan makan...




ni time hujan lebat.


 boleh wat bbq lagi, memang best



ok, kalau korang nak pergi sini leh ler berhubung dengan mereka.
https://www.facebook.com/WarisanHatiRimba

Isnin, 25 Mei 2015

CARA - CARA MUDAH . MENDOWNLOAD VIDEO YOUTUBE DARI SMARTFON CANGGIH ANDA.

  Sekarang ni smartphone dah jadi benda biasa dalam masyarakat kita. Kanak-kanak pun dah ramai yang dok mengusung smartphone, tablet dsb. Kali ni saya nak kongsi cara nak download video dari youtube menggunakan opera mini browser. Opera mini ni satu jenis pelayar web yang popular untuk smartphone/tablet. Kalau anda belum ada apps ni, boleh download dari play store.

ok, saya sedut terus menerus dari blog http://www.cikguidris.com/ terima kasih cikgu..

Jom tengok cara-cara nak download.

1. taipkan url youtube dulu.

 

2. Search for video yang kita nak download


3. Perhatikan url video tersebut ialah m.youtube.com/watch....
Apa yang anda perlu buat ialah edit sket url tu kepada ssyoutube.com/watch....
Setelah itu klik go.


4. Anda akan didirect ke laman web ini.



5. Di bahagian kanan page ini anda akan nampak link untuk download. Anda boleh pilih format video yang anda inginkan.

 6. Step terakhir, klik format video yang anda mahu dan option utk download akan keluar.


selamat mencuba..

Rabu, 20 Mei 2015

GADIS DAPAT DUIT RM1000 DARI WANITA MISTERI...




Menjadi viral dilaman sosial semalam kisah seorang pelajar bernama Rashidah yang berkongsi dilaman Facebooknya mengenai satu kejadian pelik semasa berada di Lebuhraya Pantai Timur(LPT) untuk pulang ke pusat pengajiannya di Bangi.

Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh di mana dia telah berhenti disitu kerana pening kepala dan lapar.

Semasa berhenti di RnR tersebut dia telah didatangi oleh seorang wanita tidak dikenali memakai baju bewarna hitam dengan membawa seorang anak kecil yang comel.

Cerita Rashidah lagi, wanita tersebut duduk di depannya dengan mata beliau bengkak menangis.

"Dia merayu mintak pinjam duit. Sebab purse dia hilang, minyak dah hbis."

Rashidah pada mulanya sangsi untuk membantu wanita tersebut kerana banyakkan kes menipu sekarang ini dengan menggunakan taktik seperti itu dan berfikir yang dia perlu menggunakan wangnya untuk banyak urusan penting lagi seperti untuk travel, baiki tayar, lampu, brek, servis kereta memandangkan dalam dompetnya cuma ada RM100 lebih.

"saya pun cakaplah tidak ada duit tapi akak itu merayu-rayu, saya berkeras cakap tidak ada duit menyebabkan akak itu bangun dan pergi dari situ."

"Semasa akak itu berlalu pergi saya terlihat anak kecil yang didukung memandang saya, tiba-tiba hati terdetik dan terfikir sampai hati ko biarkan kakak tu, cuba bayangkan kalau itu ibu dan baby tu baby Jojon, bodoh la ko ni," menyebabkan Rashidah rasa amat bersalah.

Beliau terus mengejar wanita tersebut dengan bagi semua duit yang ada di dalam dompetnya dengan bertawakal kalau tipu pun tipu lah.

"Rasa tidak sampai hati nak tengok muka anak kecil tersebut dan saya sempat ambil gambar mereka tetapi gambar tersebut tidak jelas oleh sebab tidak diketahui."

Selepas wanita itu pergi, lapar dan pening beliau terus hilang menyebabkan dia mengambil keputusan menruskan perjalanan. Setibanya di tol Bentong pekerja tol telah menegurnya.

" Dek.. Kenapa letak duit dekat wiper.?"



"Saya rasa terkejut, macammana ada duit menyebabkan saya berhenti di tepi highway, alangkah terkejutnya saya apabila terdapat duit RM50 sebanyak 20 keping iaitu bersamaan dengan RM1000."

"Saya pandang kiri kanan. Siapa yg letak?????!!! Meremang bulu roma" katanya terkejut sambil menyebut nama Allah. - Siakapkeli.my

*Cerita asal yang ayat sebelum SK olah.




SUMBER TERUS MENERUS DARI SIAKAP SELI

Isnin, 18 Mei 2015

TERKINI; 3 LELAKI MAUT DI SAMBAR PETIR.

Batu Pahat:
Tiga lelaki termasuk seorang murid sekolah rendah berusia sembilan tahun maut akibat dipanah petir dalam kejadian di sebuah pondok berhampiran Sekolah Kebangsaan Pematang Seri Rengas, Parit Karjan, Sri Medan di sini, sebentar tadi.

Menurut jurucakap Polis, kejadian berlaku sekitar 3 petang ketika mereka sedang berteduh di pondok berhampiran.
Katanya, kanak-kanak terbabit meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, manakala dua lagi mangsa meninggal dunia ketika sedang dirawat di Pusat Kesihatan Sri Medan.

"Kami menerima panggilan dari orang awam sekitar 3 petang berhubung tiga penduduk yang dipanah petir.
"Kesemua mayat kini dibawa ke HSNI. Mayat dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk kebumi," katanya
sumber harian metro.

Ahad, 17 Mei 2015

ORANG KAYA CURI KASUT..?

     Seorang suspek lelaki berkereta mewah telah di tahan di masjid wilayah persekutuan kerana di dapati mencuri kasut para jemaah.
     Suspek telah di tahan.bersama barang bukti..

 

Selasa, 12 Mei 2015

KENAPA TIADA HARI LELAKI SEDUNIA..

Ni luahan lelaki... sian Xada Hari Lelaki...
Sharing session:
LELAKI adal ah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda. ..
Dia korbankan coklat ..nya.. untuk adik beradik ..nya.
Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua ....nya tersenyum.
Dia membelanjakan kesemua duit ..untuk beli hadiah .. untuk .. .. yang dia cinta .... hanya untuk melihat dia tersenyum
Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri ..dan anak2...... dengan bekerja lewat malam.. .. tanpa sebarang keluhan.
Dia bina .. masa depan mereka sekelurga ..dengan membuat pinjaman ..daripada bank .. dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.......
Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu .., isteri .. dan boss ...
Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan .. orang lain
Kalau dia keluar rumah .., org kata dia lalai ..
Kalau dia duduk dirumah, org kata dia malas ..
Kalau dia marah .. anak2 .., org kata dia raksaksa..
Kalau dia tak marah, org kata dia lelaki yang tak bertanggungjawab ..
Kalau dia tak benarkan isteri .. bekerja, org kata dia seorang yang mengongkong ..
Kalau dia benarkan isteri .. bekerja, org kata dia makan hasil isteri.
Kalau dia dengar cakap emak .., org kata dia anak .. emak ..
Kalau dia dengar cakap isteri .., org kata dia kena Queen Control ..
Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.
Berbaloi dihantar ke semua lelaki ....supaya mereka tersenyum & kepada semua wanita ...... supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga..
HAPPY MEN'S DAY"
Which never comes.
Tanpa lelaki..kosonglah wad bersalin

PASANGAN KEKASIH SELAMBA MAIN DI TAMAN BUNGA

     kantoi main di dataran palma negeri sembilan tgh hari td.
 .. BODOH… ORG MACAM NI LA … YG SUKA BUANG BUDAK… LG 1 BANGANG DEA… MAIN KAT TEMPAT OPEN … APEHAL ??? TAK PAHAM AKU NGAN BUDAK ² ZAMAN SKUNK… APE NK JD PUN AKU TAK TAHU…


Ahad, 10 Mei 2015

Test

assalammualaikum.
Lama dah tak update blog hamba ni, tak per, blog sekarang pun memang banyak. kita bca dulu blog-blog rakan rakan lain.
Ni saya taip guna hfon asus zenfone 6 saya. Nak test jer. ok atau tak.
ok lah.. nanti kita jumpa lagi.
wasalam.