PING BUSUK

Sabtu, 2 November 2013

PARTI HALLOWEEN DI SAMBUT MERIAH OLEH ARTIS ISLAM KITA, TAHNIAH...


Semalam, merupakan hari di mana sambutan Halloween meriah diadakan di negara-negara Barat. Secara ringkas, Halloween adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober yang dikaitkan dengan makhlus halus, syaitan, ahli sihir dan hantu.

Pada malam tersebut kanak-kanak akan berpakaian aneh dan mengetuk pintu rumah orang untuk meminta gula-gula dengan menjerit ‘trick or treat!’.




Orang dewasa pula, merayakannya dengan sambutan yang lebih ke arah ‘kedewasaan’ seperti mengadakan parti di mana semua orang datang dengan berpakaian dengan berunsur seram. Itu di negara Barat.

Tapi nampaknya, sambutan Halloween turut menular ke negara kita termasuk dalam kalangan artis.
Namun mungkin menyedari kontroversi yang pernah tercetus pada tahun sebelum ini bagi artis yang memuatnaik gambar mereka merayakan Halloween, tahun ini tak ramai berbuat demikian.




Bagaimanapun, masih ada artis Malaysia yang dikesan meraikan malam semalam dan tidak kisah untuk memuat naik gambar di laman sosial. Antaranya Shasha Saidin dan Juliana Evans.

Tidak kira Shasha, Juliana mahu pun artis-artis lain yang terbabit menyambut Halloween, niat mereka mungkin sekadar suka-suka sahaja untuk memeriahkan suasana. Tak apalah, kami faham.

Tapi dah alang-alang suka sangat menyambut setiap perayaan, kami ingin mencadangkan kepada mereka agar tidak lupa menyambut satu lagi perayaan yang bakal jatuh pada 5 November depan, iaitu awal Muharam.


Mereka ini semua, ( bukan artis saja), mana boleh di tegur, kalau kita tegur, melenting lah  dia orang ini semua nya, jawapan paling populor ialah, " korang semua ingat korang tu bagus sangat ker, boleh masuk syurga ker, aku ada kacau hidup korang ker, nak tunjuk alim konon, " gitu lah jawapan sombong dan berlagak nya mereka ni.....

assalammualaikum...

jom layan album kumpulan halloween ni, lagi best.....
fuhhhhh memang layan...


Jumaat, 1 November 2013

‘Botingkek’ versi omputih.. layannnn

Lagu ‘Botingkek’ nyanyian Waris dan Juzzthin sememangnya cathy dan menjadi siulan ramai.
Justeru apabila ia tersenarai dalam pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) ramai peminat lagu ini tumpang gembira.
Malangnya, badan penilai AIM 20 telah membuat keputusan untuk menggugurkan lagu ini daripada senarai setelah mendapati lagu tersebut mempunyai persamaan dengan lagu ‘Racks’ nyanyian rapper Amerika Syarikat, YC.
Perkara ini diumumkan Ketua Juri AIM 20, Datuk Ramli MS kepada akhbar Berita Harian.
Jika tidak digugurkan, ‘Botingkek’ yang merupakan lagu ciptaan DJ Fuzz akan berentap dengan empat lagu lain bagi kategori Lagu Hip Hop Terbaik.
Menurut Ramli, hasil penilaian mendapati ‘Botingkek’ mempunyai persamaan dari mula hingga akhir dengan lagu ‘Racks’.
Bagaimanapun sebuah lagi lagu yang dinilai semula kerana mempunyai unsur ciplak iaitu ‘Inilah Janjiku’ nyanyian Amran Ismail tidak menerima nasib sama seperti ‘Botingkek’.
Lagu yang dikatakan menciplak ‘I Heart You’ nyanyian kumpulan Indonesia, Smash itu terselamat kerana didapati persamaan yang wujud tidak banyak.
Begitu pun peminat Waris masih boleh berbangga kerana sebuah lagi lagunya, ‘Rembau Most Wanted’ masih tercalon dalam AIM 20. – MyNewsHub

‘Botingkek’ Digugurkan Dari AIM Sebab Lagu Ciplak

Sabtu, 19 Oktober 2013

BEREBUT HARTA, ANAK-ANAK BELASAH AYAH..

Bagaikan dirasuk syaitan, empat beradik dan seorang menantu perempuan sanggup membelasah bapa kandung mereka sendiri menggunakan pengunci stereng kereta hanya kerana berebut harta pusaka selepas lelaki itu berkahwin lain.

Lebih menyedihkan, salah seorang daripada mereka yang berusia 14 tahun seolah-olah ‘gembira’ melihat bapa dan bapa saudaranya 'lunyai' ditumbuk dan dipukul di taman perumahan murah di Teluk Piah pada 12 Oktober lalu.

Kejadian yang berlaku jam 10.30 malam itu, bermula apabila empat beradik berkenaan datang menaiki tiga kereta dan turut membawa sekumpulan lelaki bertujuan untuk 'mengecohkan' kawasan hadapan rumah bapa mereka sehingga jiran berhampiran tidak berani masuk campur.

Pada waktu itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 51, yang juga peniaga kecil-kecilan keluar bersama isteri untuk mengambil anak tirinya yang berusia 10 tahun yang mempunyai latihan silat di Tanjong Karang.
Katanya, dia terkejut menerima panggilan anak perempuan tirinya yang takut apabila rumahnya dimasuki anak sulung berusia 29 tahun.

“Ketika itu, saya risau memikirkan nasib dua anak perempuan yang berusia 12 tahun yang mungkin dicederakan anak sulung itu dan segera menghubungi adik yang tinggal berhampiran rumah untuk menjenguk keadaan mereka.

“Bila saya sampai rumah, saya terkejut melihat adik telah dibelasah anak tanpa belas kasihan menggunakan pengunci stereng kereta. Mereka pukul bahagian kaki, badan dan kepala.

“Saya cuba meleraikan pergaduhan itu dan nasihatkan mereka, tapi malangnya saya turut dibelasah dengan pengunci stereng itu tanpa henti," katanya yang turut memberitahu menantu sulung dan seorang anak perempuannya juga terlibat.

“Bukan saja pukul, mereka maki saya tanpa rasa hormat dan menuduh saya menganiaya emak mereka tanpa usul periksa,” katanya yang telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Selangor sejurus selepas kejadian.




Tak sangka anak sanggup pukul kerana harta

Abdullah berkata, dia tidak menyangka mereka sanggup berbuat begitu hanya kerana mahukan harta dan tidak berpuas hati mendapat ibu tiri  sedangkan perkahwinan itu adalah kemahuan tiga anaknya yang masih kecil.

“Kami berkahwin pun bukan dasar cinta tapi mahu bahagiakan anak-anak yang masih kecil dan kehilangan ibu. Tapi mereka salah faham dan sering maki malah tuduh saya menganiaya emak mereka (yang sudah meninggal dunia).

“Sedangkan ketika Allahyarham isteri saya masih hidup, mereka tidak pernah nak tunjuk muka, apatah lagi nak bantu menjaganya yang menderita sakit buah pinggang sehinggalah Allahyarham meninggal dunia pada Februari lalu," katanya dengan nada sedih.

Abdullah menambah, sebaik sahaja dia berkahwin baru, barulah anak-anaknya menunjukkan muka bertujuan untuk mendapatkan harta.

"Mereka bimbang isteri baru saya akan bolot semua harta yang ada... sedangkan saya hanya bergantung hasil perniagaan yang dijalankan bersama isteri. Saya bukannya berharta pun sehinggakan mereka menuduh isteri mahu mengikis harta.

“Kalau ikutkan hati yang marah, mahu saya ambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang derhaka, tapi saya masih sayang dan mahu mereka insaf,” katanya yang mengakui tiga anak tirinya yang berusia sembilan hingga 12 tahun lebih rapat dengannya.

sumber..http://www.sinarharian.com.my

jadi, kesimpulan nya, ada harta sekarang, kita kasi habis kan, kalau tak nanti kena belasah kita.. hehhehe... jangan marah, gurau jer...

Sabtu, 12 Oktober 2013

CURI RM2.. KENA PENJARA 2 TAHUN, APA KE JADAH PUNYA HUKUMAN LAH..

assalammualaikum..

Aqidah memang tidak boleh dijualbeli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat. 
Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. 
Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.
Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu. 
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."
Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun? 
"entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik? 
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ? 

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.

ISTERI JADI MANGSA TEMBAK ANGKARA SUAMI

Assalammualaikum...
Satu kejadian tembakan berlaku di simpang empat binjai berhadapan dengan balai polis binjai, kota bharu. Kejadian berlaku lebih kurang jam 6:40 petang waktu Malaysia



REPOT : KES MELEPASKAN TEMBAKAN DI TEPI BALAI POLIS BINJAI.

KEJADIAN BERLAKU L/KURANG 1840 HRS.MANGSA 1 (P) (M) 

NAMA : NURUL ATIKAH BT SIDIK.
KPT : 91XXXXXXXXX.
ALAMAT : KG. KARANG BINJAI.
MANGSA MENAIKI M/KAR JENIS PERSONA NO PENDAFTARAN : WWB 55** DARI RUMAH KG KARANG UNTUK KE K/KERIAN.

APABILA SAMPAI DI TRAFIK LIGHT BINJAI DALAM KEADAAN BERHENTI KERANA LAMPU MERAH,MANGSA TELAH DI TEMABAK 2 DAS TEMBAKAN DIBAHAGIAN LENGAN KANAN DAN TAPAK TANGAN KANAN.

MANGSA TELAH DIBAWA KE WAD KECEMASAN DI ZON KUNING HUSM UNTUK RAWATAN LANJUT.

SASPEK DIPERCAYAI 2 (L) (M) MENAIKI M/SIKAL JENIS YAMAHA 135 LC WARNA MERAH DAN BERTOPI KELEDAR WARNA HITAM NO PENDAFTARAN TIDAK PASTI.
TINDAKAN : TELAH MAKLUM KEPADA KJSJ DAN T/KJSJ.
MAKLUM KEPADA FORENSIK.

DCC KOTA BHARU TELAH HEBAHKAN KEPADA SEMUA DCC,MPV,PEMEGANG W/TALKIE KELANTAN.

ARAHAN T/KPD KOTA BHARU MENGADAKAN OPS TUTUP DILOKASI DI SETIAP BALAI DAERAH KOTA BHARU.


ASP HJI. ABDULLAH BIN OTHAMAN
PEG. BERTUGAS CCC KN


Difahamkan suspek menyasarkan serangan kepada suami Nurul, alangkah bernasib baiknya serang tersebut tidak membunuh Nurul, Keadaan Nurul sekarang telah dilaporkan stabil cuma cedera di muka, lengan & tapak tangan dan sedang dirawat di hospital HUSM.




sumber : Pelbagai
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Khamis, 10 Oktober 2013

32 KEPING GAMBAR KEMALANGAN NGERI DI KM 223.2


Masyallah.. seram sejuk tengok gambar kemalangan di kilometer 223.2 

Ada 32 laKalau lemah jantung/lemah semangat jangan tengok.



































































alfatihah...

Ahad, 6 Oktober 2013

HARGA HANDPHONES DAN CAMERA TERBARU DI PASARAN MALAYSIA

Assalammualaikum..

Hari ini ramai yang sedang mengilai segala macam gadjet-gadjet canggih yang sekarang ini di jual di merata tempat dari gerai tepi jalan hinggalah ke gedung gedung mewah di seluruh negara.
Namun begitu, sebelum kita pergi mencari gadjet-gadjet yang kita minati, saya syorkan kita survey lah harga dulu. sekarang ini banyak laman-laman web yang menjual gadget-gadjet yang kita minat. Hari ini saya hendak kongsi satu laman web yang saya rasa bagus untuk kita survey harga nya...



Laman web yang saya maksud kan yang menjual barang-di atas ini ialah....

  ok jom shopping.... hehehehhee...