PING BUSUK

Khamis, 29 Oktober 2015

TAHUKAH ANDA ,PERKARA BUDAK DULU BUAT YANG BUDAK SEKARANG DAH TAK BUAT..

                                   Assalammualaikum

Banyak benda/perkara yang kita lakukan atau ada dulu budak zaman sekarang tak mungkin dapat nikmati. ini kerana mereka sudah mempunyai benda lain yang menarik perhatian mereka. Mari kita tengok apa benda yang dulu kita nikmati tapi sekarang tak.


1. Permainan Ding Dang dan Tora (datang lagi). Sekarang budak pandang pun tak benda macam ini. dulu kita syok je tengok dalam TV dan selalu minta ibu bapa kita beli.

























2. Video Tape Player, Dulu nak tengok Titanic terpaksa la pergi sewa Video Tape dan masukkan dalam sini. Sekarang download dan masukkan dalam hard disc. Boleh main di mana-mana laptop. 

3. Televisyen tanpa Remote Control. Kalau nak tukar channel terpaksa pergi depan TV untuk tukar atau kuatkan volume. Sekarang budak duduk je 5 meter pun boleh kawal dah TV ni. 




4. Dulu permainan paling smart dan best adalah ini TETRIS. Yang paling penting hitam putih dan sangat seronok. Sekarang ada Wii, Playstation dan macam-macam lagi. Semua 3D dan berwarna. Game macam ini siapa la nak main lagi. 




5. Kartun zaman dulu macam Doraemon dan Sailormoon siapa la tengok. Sekarang ada Naruto, Full Metal, dan banyak lagi Anime lain. 



6. Dulu kalau nak chatting dan berkenalan. Kita guna MIRC!! Hanya ada tulisan dan tak ada gambar. Tetapi memang seronok la berkenalan macam tu dulu. Sekarang ada FB dan Twitter dengan gambar yang selalunya gambar palsu untuk berkenalan. MIRC sekarang mana ada orang guna lagi seperti Friendster.

7. MP3 player zaman dulu adalah WALKMAN. Hanya boleh digunakan dengan kaset. Lagu dalam kaset pun selalu diRECORD melalui radio sebab tak mampu beli kaset original. Nak rewind lagu kadang-kadang guna pensel untuk putar. Sekarang semua lagu boleh dimuat turun. Dan boleh dimainkan dimana saja pada bila-bila. Walkman kalau habis bateri, habis lah semua..hehe






8. Dulu kalau nak ingat no telefon orang, terpaksa tulis semua dalam buku kecil. Sekarang dalam HP boleh masuk no, gambar, alamat dan macam-macam.





9. Kamera berfilem dan bertukar menjadi kamera digital yang boleh mengambil berjuta gambar tanpa takut boleh expose dan rosak. Dulu nak tengok gambar tu kena pergi cuti semua gambar baru nampak. Sekarang 24 jam boleh tengok.















10. Kalau nak download dulu guna ini. KaZaa, Napster dan Limewire. Sekarang banyak giler downloader dan boleh muat turun dari mana saja.




sumber; http://penpatah.blogspot.my/

Khamis, 22 Oktober 2015

GOLONGAN MAKNYAH JADI GRO.


Kuala Lumpur: 
Sekumpulan lelaki yang leka digomol beberapa [wanita’ pelayan pelanggan (GRO) di sebuah disko terkejut apabila mendapat tahu kebanyakan GRO itu adalah pondan jelita.
Mereka hanya mengetahui perkara itu selepas sepasukan anggota polis menyerbu premis hiburan di Jalan Kuchai Lama di sini, jam 10 malam kelmarin.
Hasil pemeriksaan mendapati empat pondan yang ditahan itu melakukan pembedahan menukar jantina serta sukar dibezakan dengan wanita asli.
Mereka antara 50 GRO yang ditahan atas pelbagai kesalahan oleh sepasukan anggota Skuad Taktikal khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman.
Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, seramai 67 individu ditahan membabitkan 50 GRO warga Thailand dan Laos.


sumber, mymetero

Ahad, 4 Oktober 2015

JUMPA MAYAT REPUT DALAM LONGKANG

Kuala Lumpur: Mayat seorang lelaki ditemui hampir reput dalam longkang di kilometer 0.1 Lebuhraya Duke berhampiran Plaza Tol Sentul, pagi tadi.
Mayat mangsa ditemui penduduk berhampiran kira-kira jam 11 pagi tadi dan mangsa dipercayai mati sejak lebih dua hari lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikenali sebagai Danish Millan Sarath berusia 30 tahun yang dilaporkan hilang sejak 1 Oktober lalu.
Menurutnya, ketika ditemui beberapa barangan milik mangsa masih berada pada badannya termasuk MyKad.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.
-Metro

Jumaat, 2 Oktober 2015

BUDAK INI SEBENARNYA WARGA THAILAND..

Sejak semalam gambar seorang kanak-kanak perempuan yang meminta sedekah, yang berusia di antara lingkungan 6 -8 tahun viral di laman sosial kononnya dipercayai menjadi mangsa kepada sindiket kes penculikan.

Ianya disebarkan oleh individu bernama Sunah Aremkhan.

Gambar tersebut mendapat perkongsian sebanyak 11,000 ++ ketika artikel ini disiarkan.



Sunah ialah individu pertama yang menghebahkan di laman sosial namun ia juga turut disebarkan oleh beberapa individu lain dengan penambahan berita. Antaranya ;

- Polis Malaysia sedang menjejaki kanak-kanak tersebut.

- Kanak2 tersebut berasal dari Malaysia.

- Telah selamat ke pangkuan keluarga di Taiping.

- Kehilangan pernah dilaporkan menerusi website polis.

- Polis pernah mengendalikan kes penculikan berkenaan.

- Polis meminta dihubungi menerusi dua talian telefon yang disebarkan.

Namun menurut Sunah ;


Kanak-kanak perempuan berkenaan ialah warga Thailand dan berasal dari Trang, Selatan Thailand dan kini telah pun selamat berada di pangkuan keluarga.

Tak dapat dikenalpasti kenapa kanak2 berkenaan ditemui dalam keadaan meminta sedekah. Sunah tak update apa-apa tentang itu bahkan langsung tak bercakap bagaimana kanak2 itu akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Misteri, bukan? 

Dalam pada itu ;

Polis Kelantan hari ini menafikan dakwaan kononnya seorang kanak-kanak Malaysia ditemui sedang meminta sedekah oleh Polis Thailand di negara jiran itu.

Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan berkata dakwaan itu, yang kini viral dalam sosial media, pernah disebarkan di laman sosial Facebook pada 21 Mei 2014. 

"Perkara ini telah viral pada 21 Mei 2014 dan ia tidak benar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Zaharudin Rasip ketika dihubungi turut menyangkal pegawai penyiasatnya telah ke Thailand untuk menyiasat perkara itu. 

"Tiada pegawai penyiasat dihantar ke Thailand hari ini," katanya. - Bernama

Carian google disini, mengesahkan kenyataan PDRM.

Gambar tersebut mulai viral sekitar tahun 2014 dengan beberapa kisah berkaitan ;

- Kanak2 warga asing terutamanya dari Cambodia, Rohingya berhijrah ke Bangkok untuk meminta sedekah.

Rujuk sini.

- Blog berkenaan menceritakan bagaimana kanak2 imigiran neh terpaksa meminta sedekah, berpisah dari keluarga samada terpaksa atau rela mahupun melarikan diri dan hidup merempat.

- Ada keluarga yang juga turut merempat bersama anak2nya.

- Senario neh perkara biasa di BANGKOK sambil memaparkan gambar2 berkaitan di mana gambar kanak2 di atas adalah antara apa yang disebarkan oleh penulis berkenaan.

Artikel berkenaan dalam bahasa Thai. Guna google dapat la faham sikit-sikit.

Dan juga disebarkan menerusi fb. Kanak2 ini meminta sedekah di Lopburi.

Rujuk sini.

Yang jadi persoalan dan misterinya ;

1. Siapakah kawan Sunah itu?

2. Bagaimana dia mendapat info berkenaan?

3. Sunah membayangkan kawan dia terjumpa kanak2 berkenaan seolah2 kawan dia yang menangkap gambar tersebut.

4. Kenapa guna gambar lama yang telah viral pada tahun 2014?

5. Dan bagaimana Sunah mengetahui bahawa kanak2 tersebut telah selamat kembali ke pangkuan keluarga?

6. Betul ke warga Thailand? Bukan warga Cambodia ke?

Ini memang misteri dan konspirasi betul.
Sebaran Sunah berjaya viral dan mendapat liputan ramai.
Ada jual barang ke makcik Sunah kita neh?
Takde kan.


sumber.sozcyili

Selasa, 29 September 2015

LUAHAN HATI DATO KHIR TOYO


 
Catatan Di Belakang Tirai Besi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang  di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan  mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah.  Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11.  Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12.  Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu]

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus Sudah Harapan?]
The Sun


16.  Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil

21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25.  Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?]

26.  Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Setinggan

28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.
Catatan ini dipetik dari blog www.drkhir.com. Pada 29 September 2015, Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada beliau atas sabitan kes 
rasuah.