PING BUSUK

Rabu, 25 April 2012

PTPTN; NAK PERCUMA KAN, ADA CARA NYA...

Pendidikan percuma memang bagus. Jika kita mampu. Namun kos belajar makin meningkat. Kerajaan memberi alternatif kepada pelajar, oleh kerana kerajaan mungkin tidak sekaya dulu, sesiapa yang berminat boleh meminjam. Bila pinjam, kena bayar. Jika tidak mahu bayar, jangan pinjam.

PTPTN bukan paksaan. Bukan semua orang perlu ambil. Untuk memberi motivasi kepada pelajar, sesiapa boleh score Degree Kelas Pertama akan di jadikan biasiswa. Jadi pinjaman itu bukan sebenarnya pinjaman kerana ada unsur galakan. 

Jika kita setuju siapa yang layak ke universiti adalah golongan intelligent, maka kita setuju semua mereka boleh dapat degree kelas pertama. Jika mereka gagal mendapat degree kelas pertama, bukan kerana mereka tidak intelligent tetapi kerana mereka tidak fokus, malas, berdemo dan sebagainya.

Semasa isteri saya belajar di Ireland, rakan serumahnya seorang pemudi Cina bernama Audrey Lim Soo Yen. Tidak seperti isteri saya yang mendapat biasiswa JPA, Audrey terpaksa meminjam untuk belajar medicine di Ireland. 

Yuran di National University Ireland Galway(NUI) adalah dalam 28 ribu Euro setahun. Cuba kali dengan RM ketika itu 1 Euro = 5 RM. Sepanjang coursenya, Audrey meminjam hampir 1 juta RM. Sekarang Audrey masih bekerja sebagai doktor di Ireland, untuk melunaskan hutangnya.

Kerajaan menaja pelajar atas kriteria-kriteria tertentu seperti isteri saya sebagai kuota bumiputera dan merit atau seorang berdua kaum Cina dan India atas kuota merit saja. Jika ada pelajar yang layak dan kerajaan tidak mampu menyara mereka kerana kehabisan kuota, maka kerajaan mewujudkan tabung pinjaman seperti PTPTN untuk memberi peluang kepada ramai pelajar selain tajaan boleh belajar.

Di Malaysia, niat baik ini sudah dipolitikkan. Kononnya desak kerajaan beri pendidikan percuma. Kerajaan boleh bagi, namun akan jadi terhad. Apa jadi kepada yang layak, berminat tetapi tidak layak menerima biasiswa? Kepada siapa mereka akan meminta bantuan. Kepada along? Ceti haram? Mak bapak gadai tanah?

Rafizi Ramli kata salah satu jawapan kepada hapusnya PTPTN ini adalah mereka akan hadkan kemasukan pelajar ke universiti kerana secara realiti kerajaan tidak boleh tanggung semua. Ini sebenarnya menuju ke belakang yang sepatutnya rakyat Malaysia mara ke hadapan.

Kita ambil contoh Audrey. Beliau tidak dapat tajaan kerajaan namun beliau layak untuk menjalani kursus medicine. Beliau meminjam dan menjadi doktor. Dan ramai seperti beliau. Jika kerajaan hanya mampu contohnya menaja 10 orang kerana kewangan terhad, rakyat Malaysia hanya mendapat 10 doktor. Dengan adanya kemudahan meminjam(tanpa cagaran) Malaysia akan mendapat lebih dari 10 doktor. 

Audrey tidak meminjam PTPTN. Saya tak tahu detail pinjamannya. Mungkin melibatkan cagaran. Saya tak tahu. Namun PTPTN memberi pinjaman tanpa cagaran, dengan interest(untuk pentadbiran) yang rendah. Ibubapa pelajar tidak perlu mengadai apa-apa.

Jika pelajar hendak demo sangat, lebih baik demo perkara yang lebih baik seperti hapuskan AP kereta, minta turunkan kadar interest rumah dan sebagainya. Setakat pinjaman PTPTN, bayar saja lah. Jika tak nak bayar jangan pinjam. Tapi jangan menyusahkan orang lain yang perlukan dana itu.

Simple logic.

sumber;http://sribuana.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan