“Saya umpama hantu bernyawa. Walaupun masih hidup, tetapi ‘dimatikan’ oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Siti Salbiah Kasmori, 45, yang mengalami pelbagai kesukaran dalam kehidupan kerana di dalam rekod JPN, dia sudah meninggal dunia 11 tahun lalu.
Ibu tunggal itu berkata, sejak kesilapan itu berlaku 11 tahun lalu, dia sudah membuat aduan kepada kepada JPN tiga kali pada 2001, 2006 dan 2008, namun masalah itu belum diselesaikan.
“Masalah ini menyukarkan hidup saya. Lebih teruk, saya tidak boleh menerima pencen arwah suami kerana secara rasminya saya sudah mati. Selain itu, saya risau keluar rumah kerana bimbang ditahan polis.
“Malah, pada Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu, saya tidak dibenarkan mengundi kerana dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saya sudah meninggal dunia,” katanya yang ditemui di rumahnya di Bandar Seri Alam, Masai, dekat sini.
Siti Salbiah berkata, dia menyedari status dirinya dikategorikan sudah meninggal dunia oleh JPN ketika mahu memohon MyKad baru diperkenalkan kerajaan pada 2001.
Ni lah masalah rakyat kecik di bawah yang sering di abai kan, agak-agak koranglah, terasa tak heran nya,
11 tahun adalah masa yang agak lama.
Dah 3 kali buat report tu, tak ada tindak kan jugak.
Apa yang JPN ni buat. opis ada aircond, sejuk jer. Tak kan pening pale kot, ada masalah rumah tangga ker,
Tapi, nape kakak ni yang jadi mangsa nya..
kesian akak ni.
Dah 3 kali buat report tu, tak ada tindak kan jugak.
Apa yang JPN ni buat. opis ada aircond, sejuk jer. Tak kan pening pale kot, ada masalah rumah tangga ker,
Tapi, nape kakak ni yang jadi mangsa nya..
kesian akak ni.
macam mana boleh terjadi perkara kesilapan nie,
ni mesti time -time nak raya. staf-staf JPN sedang sibuk order kuih raya, pilih baju kurung siap dan macam2 lagi xtvt dia orang.
kesian akak ni.
Gaji dah naik, bonus udah dapat. apa lagi yang orang-orang JPN ni nak. Ni 1 masalah, ada banyak lagi masalah-masalah rakyat bawahan nie. Ada kes macam bola pun ada.
Di tendang sana, di tendang sini. Akhir nya .. masalah tak selesai jugak, nasib...nasib...
renung-renungkan dan selamat berpuasa
renung-renungkan dan selamat berpuasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan