PING BUSUK

Jumaat, 30 November 2012

NASIB SI AYAH DEMI SESUAP NASI UNTUK ANAK-ANAK

Alhamdulilah bagi mereka-mereka yang di permurah kan rezeki oleh yang maha ESA, hidup dalam keselesaan dengan limpahan rahmat dari NYA,
Namun masih ramai di luar sana yang terdesak dalam mencari rezeki hingga terpaksa melaku kan jenayah demi menyuap kan nasi ke mulut anak-anak tersayang, apa peranan kita semua dan pemimpin-pemimpin di atas.. ikuti kisah di bawah nie..

 Kehabisan wang, terdesak, anak kelaparan serta hilang kawalan merupakan alasan yang dibuat seorang bekas pekerja kedai makan di Mahkamah Majistret di sini semalam ketika mengaku salah atas tuduhan menculik tiga kanak-kanak dan melarikan sebuah kereta dekat Senawang 22 November lalu.
Rose Azrool Mohd. Arshad, 34, dijatuhi hukuman penjara lima tahun lapan bulan atas kedua-dua kesalahan tersebut bermula dari tarikh tangkapan oleh Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
“Saya mengaku salah. Saya bertindak demikian kerana terdesak, kehabisan duit, anak di rumah kelaparan dan hilang kawalan. Saya mohon mahkamah meringankan hukuman,” rayunya.
Bagaimanapun Mohamad Izwan menegaskan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tertuduh melakukan jenayah.
“Cara awak salah. Melakukan jenayah bukan menghalalkan cara,” tegasnya.
Mengikut pertuduhan, Rose Azrool didakwa menculik tiga beradik iaitu Muhammad Hazimi Khairul Anwar, 12, Muhammad Hanif, 3, dan Muhammad Haziq, 1, dari jagaan Norhayati Shahimi, 42 pada pukul 2.20 petang di hadapan pasar mini di Taman Desa Dahlia dekat Senawang di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh mencuri kereta jenis Proton Wira nombor pendaftaran KAH 4537 milik Khairul Anwar Zakaria di tempat, hari dan masa yang sama mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda.
Sabtu lalu, Kosmo! melaporkan seorang wanita menghadapi debaran hampir tiga jam apabila anak lelakinya yang berusia tiga tahun hilang bersama kereta Proton Wira miliknya yang ditinggalkan dalam keadaan enjin dihidupkan berhampiran sebuah pasar mini di Taman Desa Dahlia.
Suspek kemudian ditahan dalam sekatan jalan di Labu di sini tidak lama kemudian.
Mungkin cara nya salah, tetapi apa yang boleh kita bantu mereka sekeluarga bila si ayah terpaksa merengkuk dalam penjara hanya kerna kesilapan mencari rezeki...


Khamis, 29 November 2012

TU LAH.. SAPE SURUH KATA NAK POTONG.. KAN DAH MENGAMOK..

Tekanan perasan.

Memang tekanan perasan kalau jadi dua individu di atas tak pasal2. Yang aku tahu budak perempuan tue sampai nak report polis terhadap mereka2 yang sebarkan gambar printscreen yang mengatakan dia nak berbogel andaikata Malaysia memang lawan laos. 

Lihat bawah neh sat ;




Oke.

Dari info2 yang aku baca tadi sebelum akaun Hazwani Syamimi III hilang/terminate/atau apa2 je la.. dia update penjelasan melalui account lain.. bahawa account yang diprintscreen tue ialah account fake. Bukan dia punya. Dia punya Hazwani Syamimi II je kot. Yang pertama tatau ada ke takde.

Dan menerusi status yang terbit di facebook dia.. dia akan report polis terhadap sesiapa yang sebarkan or provoke or troll dia atas account fake kerana account fake tue gunakan gambar sebenar dia. Jadi dia tak puas ahti la kenapa pula dia yang kena sedangkan itu fitnah. 

Itu pengakuan dia yang aku baca dari wall rakan2 facebook le. Masalah sekarang status dia dah hilang. Mungkin account hazwani syamimi II pun rehat juga kot sebab tak tahan kena tuduh macam2. Kalau aku, aku pun bengang. Tah sapa2 tah pejadal aku buat account fake then nak cakap aku begitu begini plak. Kerja gile beb. 

Manakala lelaki yang kata nak potong tue pula dia kata twitter dia kena hack. Aku rasa la kan, bukan hack kot. Sebaliknya sesiapa tah yang update status guna account dia. Saja pedajal dia. Pandangan aku le. Itu yang dia mengamuk semacam kat bawah neh ;


Sebenarnya perkara ini memang boleh menyebabkan tekanan perasaan juga kalau dorang siyes tak mengeluarkan kata2 di atas. Kalau dorang keluarkan, kena balon pun puas ahti sebab memang keluarkan kenyataan berikut. Tapi kalau tak dikeluarkan then kena balon kaw2 sapa suka beb?

So cadangan aku, elok check betul2 dulu. Betul ke dorang yang update status2 tersebut or kena naya. Kang tak pasal2 kang.. harap2 ia dapat meredakan suasana la.. pasal bebudak tue orang tue tengah teruk diprovokasi.. dan ditroll.. 

Sumber gambar : sini 
http://sozcyili.blogspot.com