PING BUSUK

Jumaat, 30 November 2012

NASIB SI AYAH DEMI SESUAP NASI UNTUK ANAK-ANAK

Alhamdulilah bagi mereka-mereka yang di permurah kan rezeki oleh yang maha ESA, hidup dalam keselesaan dengan limpahan rahmat dari NYA,
Namun masih ramai di luar sana yang terdesak dalam mencari rezeki hingga terpaksa melaku kan jenayah demi menyuap kan nasi ke mulut anak-anak tersayang, apa peranan kita semua dan pemimpin-pemimpin di atas.. ikuti kisah di bawah nie..

 Kehabisan wang, terdesak, anak kelaparan serta hilang kawalan merupakan alasan yang dibuat seorang bekas pekerja kedai makan di Mahkamah Majistret di sini semalam ketika mengaku salah atas tuduhan menculik tiga kanak-kanak dan melarikan sebuah kereta dekat Senawang 22 November lalu.
Rose Azrool Mohd. Arshad, 34, dijatuhi hukuman penjara lima tahun lapan bulan atas kedua-dua kesalahan tersebut bermula dari tarikh tangkapan oleh Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
“Saya mengaku salah. Saya bertindak demikian kerana terdesak, kehabisan duit, anak di rumah kelaparan dan hilang kawalan. Saya mohon mahkamah meringankan hukuman,” rayunya.
Bagaimanapun Mohamad Izwan menegaskan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tertuduh melakukan jenayah.
“Cara awak salah. Melakukan jenayah bukan menghalalkan cara,” tegasnya.
Mengikut pertuduhan, Rose Azrool didakwa menculik tiga beradik iaitu Muhammad Hazimi Khairul Anwar, 12, Muhammad Hanif, 3, dan Muhammad Haziq, 1, dari jagaan Norhayati Shahimi, 42 pada pukul 2.20 petang di hadapan pasar mini di Taman Desa Dahlia dekat Senawang di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh mencuri kereta jenis Proton Wira nombor pendaftaran KAH 4537 milik Khairul Anwar Zakaria di tempat, hari dan masa yang sama mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda.
Sabtu lalu, Kosmo! melaporkan seorang wanita menghadapi debaran hampir tiga jam apabila anak lelakinya yang berusia tiga tahun hilang bersama kereta Proton Wira miliknya yang ditinggalkan dalam keadaan enjin dihidupkan berhampiran sebuah pasar mini di Taman Desa Dahlia.
Suspek kemudian ditahan dalam sekatan jalan di Labu di sini tidak lama kemudian.
Mungkin cara nya salah, tetapi apa yang boleh kita bantu mereka sekeluarga bila si ayah terpaksa merengkuk dalam penjara hanya kerna kesilapan mencari rezeki...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan