PING BUSUK

Jumaat, 27 Disember 2013

VIDEO LELAKI MAUT DI TETAK DAN GAMBAR KESAN TETAKAN NYA..


Sekarang ni kecoh tentang satu video di media sosial yang tersebar tentang satu serangan lelaki bertopeng secara kejam menetak beberapa orang dengan parang panjang..
Kini tersebar pula gambar mayat mangsa tetakan itu pula..


Sebenarnya kejadian ini telah berlaku pada 23/ mac/ 2013 yang lalu... baca berita di bawah...

PENIAGA KEDAI RUNCIT MAUT DITETAK DI PUCHONG

Petaling Jaya, 11 April - Seorang pemilik kedai runcit maut
selepas diserang sekumpulan lapan lelaki dalam satu kejadian di Batu 14, Puchong dekat sini, malam ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata dalam insiden kira-kira 8 malam itu, P.Thangavellu Radhakrishnan, 25, maut di tempat kejadian selepas ditetak di kepala.

Turut cedera seorang peniaga burger serta dua pelanggan yang kini dalam keadaan stabil di Hospital Serdang.

Yahaya berkata ketika kejadian, suspek yang memakai topeng 'ski' tiba di tempat kejadian dengan dua kenderaan sebelum menyerang mangsa, yang ketika itu bersendirian.

"Tiga lagi mangsa yang cedera kebetulan berada di situ," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Yahaya berkata motif kejadian dipercayai dendam dan perselisihan faham berdasarkan tindakan suspek yang terus menyerang mangsa.

"Mayat dihantar ke Hospital Serdang dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, T.Paniselvam, 55, berkata beliau percaya suspek sebelum ini pernah bergaduh beberapa kali dengan Thangavellu.

"Minggu lepas, anak saya ada bergaduh dengan sekumpulan lelaki berkaitan hal kereta, dan saya percaya mereka membalas dendam," katanya.- BERNAMA




Isnin, 9 Disember 2013

GAMBAR RUSUHAN DI SINGAPURA..

singapuraxx513 
 Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969, berikutan tempias rusuhan kaum di Malaysia ketika itu.Ahad malam tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India.
Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal  iaitu Mustapa Store.
Memang kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing khususnya warga India dan Bangladesh melepak.
Jika ikut kenyataan polis Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.
rusuhan3xx


rusuhan6xx
Kejadian dikatakan berpunca dari satu kemalangan jalanraya di situ melibatkan sebuah bas melanggar seseorang.

Ia mengakibatkan beberapa orang mengamok memukul dan memecahkan cermin bas. Ia kemudian melarat.
Apa yang berlaku kemudian terbakar sana sini.
Ambulan dan harta awam dibakar perusuh.
Kereta polis pulak diterbalikkan.
Menurut laporan agensi berita , Polis Singapura mengeluarkan kenyataan ringkas jam 11.50 malam Ahad.
"Pegawai polis di tempat kejadian dan dapat mengawal keadaan. Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari kawasan tersebut," jelas kenyataan tersebut.
Menurut saksi kejadian itu, Cik Iman Su , 31, yang berada di berdekatan Jalan Race Course, kekecohan bermula sekitar 9.45 malam, apabila orang ramai mula berkerumun di kawasan sekitar, menjerit dan membaling sesuatu.


rusuhan4xx


singapura2
"Keadaan itu kemudian bertukar kepada rusuhan, apabila kereta polis tiba, kereta polis tersebut diterbalikkan..." ujarnya.
Seorang lagi yang melihatnya  Nasharuddin Kahn , 32 ,memberitahu beliau melangkah keluar dari kedai 24jam di kawasan tersebut sebelum melihat puluhan kereta polis berkejaran ke arah Little India.
"Apabila saya melihat apa yang berlaku, saya pergi rumah flat berhampiran dan dan diberitahu supaya berada di dalam kawasan tersebut jangan keluar."
singapura4


rusuhan5xx


rusuhan7xx
Katanya, beliau melihat pekerja asing terlibat membaling objek kepada pihak polis.
Satu lagi media Singapura, The Straits Times melaporkan kejadian berpunca dari pekerja Bangladesh dilanggar bas.
Laporan itu menyebut empat buah kereta polis diterbalikkan oleh perusuh.-8/12/2013

rusuhan1xx


rusuhan2xx

singapura3

Sabtu, 7 Disember 2013

UCAPAN TERAKHIR SUSPEK YANG MATI KERNA CURI DUIT TABUNG

Post image for EKSLUSIF! UCAPAN TERAKHIR SUSPEK CURI DUIT TABUNG

 UCAPAN TERAKHIR SUSPEK CURI DUIT TABUNG | Memang sedih bila mengenangkan nasib remaja yang dituduh mencuri duit tabung masjid yang dibelasah hingga meninggal dunia. Seorang remaja lelaki yang disyaki mencuri wang tabung Masjid Al Azim, Pandan Indah, maut dibelasah sekumpulan lelaki ketika cuba melarikan diri, Selasa lalu.
Walau besar mana kesalahannya, tidak wajar diperlakukan sedemikian, apatah lagi oleh jemaah yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Sempat lagi digoda syaitan untuk melakukan perkara terkutuk tersebut.
Bagaimana jika kes ini berlaku kepada ahli keluarga kita? Pasti terkilan dengan tindakan sekumpulan jemaah yang terlibat. Menerusi pesanan Whatup sebelum ini, mangsa ada mengeluarkan kenyataan berikut:
maut+dipukul
Mangsa yang juga seorang pembantu sebuah kafe siber berusia 20 tahun itu meninggal dunia pada jam 11 pagi ketika dirawat di Hospital Ampang, enam jam selepas insiden berkenaan.
Sedih bila tengok kemesraan mangsa dengan anak kecil tue. (Kemungkinan adik tirinya)


SUMBER DARI ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com

Khamis, 5 Disember 2013

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR BANJIR DI PAHANG

Gambar Sekitar Dan Laporan Banjir Di Kuantan Pahang. Pusat pemindahan banjir di kuantan, laporan banjir Kuantan, Keadaan banjir di Kuantan, Banjir di Rompin

Berikut adalah gambar banjir sekitar Kuantan dan negeri Pahang

dewan kuantan banjir Gambar Sekitar Dan Laporan Banjir Di Kuantan Pahangbanjir kuantan3 Gambar Sekitar Dan Laporan Banjir Di Kuantan Pahangbanjir kuantan 2 Gambar Sekitar Dan Laporan Banjir Di Kuantan Pahangbanjir karak Gambar Sekitar Dan Laporan Banjir Di Kuantan Pahangbanjir kuantan1 Gambar Sekitar Dan Laporan Banjir Di Kuantan Pahangbanjir kuantan Gambar Sekitar Dan Laporan Banjir Di Kuantan Pahangbanjir besar kuantan2 Gambar Sekitar Dan Laporan Banjir Di Kuantan Pahang


 Sekitar Jalan Bukit Sekilau - Berhampiran Kamdar

 Jalan Bukit Sekilau & Jalan Tun Ismail - hadapan Naza World, ke/dari Jalan Gambut.
 Kejadian yang berlaku di Lorong Seri Kuantan
 Berjaya Megamall - pemandangan dari atas keadaan banjir bandar Kuantan

 Kolej Universiti Shahputra

 Kolej Universiti Shahputra - rantaian lokasi yang dinaiki air di sepanjang Lebuhraya Pintasan Kuantan.

 Terminal Sentral Kuantan - tempat meletak kenderaan di aras bawah.

 Banjir di Taman Cenderawasih.
  Banjir di Taman Cenderawasih.

 Jejantas yang menghubungkan pengguna ke SMK Paya Besar - masih di persimpangan kePermatang Badak.
 stesen minyak Petronas Jaya Gading - dipenuhi pelanggan yang mahu mengisi minyak kenderaan. Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan menyebabkan stesen-stesen minyak di kawasan berkaitan tidak dapat beroperasi.
 Pasaraya Borong Tunas Manja - jalan masuk dari Jalan Tanah Putih ke Sungai Isap.
 Perkampungan Sungai Isap - masjid tidak terjejas kerana kawasan tapaknya ditinggikan sebelum struktur masjid dibina. Perancangan yang bijak!

Jalan masuk ke perkampungan Sungai Isap melalui stesen pencawang TNB dari Jalan Tanah Putih.













moga mereka semua tabah menghadapi musibah dan ujian tuhan ini...
gambar; sumber...ping... trima kasih...