KUALA NERUS – Dua remaja maut setelah motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas yang membawa seramai 31 penumpang di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Kampung Sungai Ikan, Tepuh, di sini.
Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang semalam itu, kedua-dua mangsa iaitu Mohd Asri Natrah, 16 dan Muhamad Farihin Taib, 14, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.
Berikutan kemalangan ngeri itu, laluan berkenaan sesak dengan kenderaan hampir tiga kilometer, ditambah pula hujan lebat.
Difahamkan ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang turut mempunyai pertalian saudara dan tinggal di Kampung Gemuroh, dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik selesai memukat di Sungai Ikan.
Bagaimanapun, semua 31 penumpang bas rombongan Majlis Islam dan Adat Melayu Perak dipandu lelaki berusia 61 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Honda Wave datang dari arah Felda Belara menghala ke Gemuroh.
“Ketika melalui Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu di Kampung Sungai Ikan itu, motosikal ditunggangi mangsa berusia 16 tahun, memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan.
“Berikutan kemalangan itu, kedua-dua mangsa yang masih bersekolah, maut serta-merta di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya.
Sementara itu, menurut abang sepupu kedua-dua mangsa, Mohd Rosdi Mat Zin, mereka berdua merupakan sahabat baik dan sering melakukan aktiviti bersama memandangkan rumah mereka berdekatan antara satu sama lain.
“Memang aktiviti memukat ikan menjadi hobi mereka berdua setiap kali tibanya cuti sekolah terutama pada musim tengkujuh. Namun beberapa hari sebelum kejadian, kedua-duanya kelihatan akrab luar biasa dan sering dilihat bersama.
“Mungkin itulah petanda mereka akan pergi bersama buat selama-lamanya. Kami sekeluarga reda meskipun terpaksa menerima hakikat kehilangan dua ahli keluarga serentak dalam satu masa,” katanya.
Mohd Rosdi juga berkata, kedua-dua mangsa yang turut belajar di tempat sama, SMK Bukit Guntong itu sememangnya rapat sejak kecil.
Menurutnya, jenazah kedua-duanya akan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Gemuroh.
Awal bulan lalu, sepasang suami isteri dari Pasir Puteh, Kelantan yang dalam perjalanan untuk menghadiri seminar di daerah ini turut maut di lokasi berhampiran, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian semalam.
Kedua-dua mereka yang menaiki kereta Perodua Viva, maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah setelah kemalangan dengan empat kenderaan lain.

ALFATIHAH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan