PING BUSUK

Khamis, 28 Februari 2013

SEPASANG KEKASIH BUAT "PROJEK" DI LAUT


[Video] Beratus Pengunjung Pantai Kecoh Sepasang Kekasih Selamba Berasmara Di Laut!
[Video] Beratus Pengunjung Pantai Kecoh Sepasang Kekasih Selamba Berasmara Di Laut! -Beratus pengunjung sebuah pantai peranginan terkenal di Rio De Janeiro, Brazil kecoh apabila sepasang kekasih bertindak melakukan hubungan seks tanpa segan silu ketika mandi di pantai itu.
Menurut seorang pengunjung yang sempat merakamkan adegan sumbang itu ke You Tube, ada pengunjung yang memanggil polis untuk menghalang perbuatan itu.
Namun sebahagian besar pula memilih untuk bersorak dan ketawa melihat insiden berkenaan.
[Video] Beratus Pengunjung Pantai Kecoh Sepasang Kekasih Selamba Berasmara Di Laut!
Difahamkan pasangan berkenaan pada mulanya tidak menyedari yang gelagat mereka berjaya ‘dihidu’ namun masing-masing kemudiannya malu sendiri apabila mendapat tahu perbuatan mereka telah menarik perhatian pengunjung pantai tersebut.
Difahamkan sebaik saja selesai ‘beraksi’, kedua-dua mereka telah ditahan pihak berkuasa pantai Rio Das Ostras kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.
Mereka berdua bagaimanapun dibebaskan setelah membayar denda.
GILA SANGAP! – MyNewsHub

ISTERI BARU DI KAHWIN..DI ROGOL. SUAMI AMBIK GAMBAR..


Isteri Dirogol, Suami Ambil Gambar
 - Seorang pengantin perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki selepas majlis makan malam perkahwinannya. Lebih malang lagi, suaminya sendiri telah mengambil gambar aksi rogol tersebut.
Menurut laporan dari akhbar Nyang Nyang Siang Pau. Foto-foto pengantin perempuan itu dirogol kemudiannya dimuat naik ke internet dan tersebar.
Pelbagai cercaan dilemparkan terhadap suaminya oleh pengguna internet, ada yang menggelarnya sebagai ‘binatang’ malah ada yang mahu memburu dan membunuhnya.
Menurut laporan yang diterima, pengantin perempuan tersebut mabuk setelah selesai majlis makan malam perkahwinan mereka.Beliau kemudiannya berjalan menuju ke bilik tidur dan kemudian bertemu dengan seorang lelaki serta suaminya di situ.
Lelaki itu kemudian bertindak memperkosa pengantin perempuan berkenaan, dan suami pengantin perempuan itu pula yang dikatakan sepatutnya menghalang kejadian tersebut dari berlaku telah mengambil gambar adegan isteri barunya itu sedang diperkosa. – Webberita | Terkini
macam-macam hal lah manusia ni, ada-ada jer benda bodoh yang nak di laku kan nya.....

Isnin, 25 Februari 2013

BAPA TERLENYEK ANAK KECIL SEWAKTU UNDUR KERETA...



- Kes kemalangan melibatkan anak kecil yang maut dilanggar sewaktu ahli keluarga mengundurkan kereta bukan kes terpencil.
Di negara ini, kita sering membaca di dada-dada akbar bagaimana si bapa tidak perasan kehadiran anak kecilnya sewaktu mengundurkan kenderaan hingga membawa kepada kecelakaan.
Mungkin anda marah dengan kealpaan tersebut, tetapi tahukah anda – ANDA JUGA MUNGKIN BERPOTENSI UNTUK JADI SEDEMIKIAN!
Baru-baru ini berlaku kejadian serupa di Thailand.
Kamera CCTV yang dipasang di rumah keluarga tersebut menceritakan segalanya.
Si bapa yang sedang mengundurkan kenderaan tidak sedar bahawa anak kecilnya ada di belakang kenderaan tersebut.
Kemudian terjadilah kejadian yang cukup menakutkan itu!
Semoga ia tidak berlaku kepada saya, anda dan kita semua…Nauzubillah! – MyNewsHub

Aduh... nape lah jadi macam nie, tak sanggup nak lihat nya.. agak-agaknya apa lah nasib si anak kecil tu kan.. kesian betul..sakit tu.. allahuakbar...

Ahad, 24 Februari 2013

HUKUM MEMELIHARA HAIWAN PELIHARAAN..


kucing
Memerhatikan trend terkini, masyarakat kita sedang mengembangkan perhatian kepada haiwan peliharaan. Jika sebelumnya, orang islam hanya memelihara kucing dan ikan, pada masa ini kita melihat anak-anak muda yang suka memelihara haiwan-haiwan eksotik seperti sugar glider, hamster, iguana dan ginea pig. Bahkan ada juga yang cuba-cuba memelihara haiwan berbahaya seperti ular dan labah-labah.
Sebagai muslim, kita mesti merujuk kepada islam dalam setiap perilaku kita. Maka dalam soal pemeliharaan haiwan juga tidak terkecuali. Cinta kepada haiwan mesti terikat dengan hukum islam. Ia tidak boleh dikaitkan dengan perasaan hati yang sangat subjektif. Sikap sebegini boleh boleh membuka ruang untuk menentang hukum-hukum Allah sama ada secara sengaja atau tidak.

Hukum Pelihara Haiwan

Saya sangat suka kepada haiwan. Bolehkah ustaz sebutkan prinsip-prinsip umum dalam memelihara haiwan yang boleh dijadikan peliharaan dan ayng tidak boleh?
Jawapan: Asal hukum memelihara haiwan terdapat dalam hadis Rasulullah s.a.w tentang kucing. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya ia bukan najis. Ia hanyalah termasuk daripada haiwan-haiwan yang suka berkeliaran bersamamu” (Riwayat Abu Dawud)
Daripada hadis ini kita boleh merumuskan bahawa sifat utama haiwan belaan mestilah suci dan tidak membahayakan. Selain itu juga mestilah bermanfaat secara syarak. Rasulullah sendiri sangat mencitai kuda sebab ia hawian yang boleh digunakan untuk berjihad. Begitu juga unta dan keldai, sebab kedua-duanya boleh menjadi kenderaan.
Adapun haiwan yang najis dan berbahaya, begitu juga haiwan-haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh, maka ia tidak boleh dibela walau secomel manapun rupanya. Sebab membela haiwan-haiwan ini dikira melanggar perintah islam.

Hukum Haiwan Dalam Islam

Haiwan yang Suci, semua haiwan yang dihukumkan suci semasa hidupnya kecuali haiwan-haiwan tertentu yang telah ditetapkan najis.
Haiwan Yang najis seperti Babi, Anjing atau haiwan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satu daripadanya.
Haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh seperti ular, gagak, tikus, anjing gila, burung hering dan cicak.

Perasaan Haiwan

Dalam islam, adakah haiwan memiliki perasaan?
Jawapan : Ya. Islam mengiktiraf perasaan yang dimiliki haiwan. Jiwa mereka memang lebih rendah daripada manusia, namun mereka mempunyai perasaan. Mereka merasakan sakit, lapar, takut, suka dan lain-lain.
Oleh sebab itu, islam mewajibkan berlaku ihsan kepada haiwan dan tidak memperlakukannya dengan kejam.
“Ya’la bin Murrah menceritakan kisah seekor unta yang datang kepada Nabi dengan berlinangan air mata. Rasulullah bertanya: “Dimana pemilik unta ini? ia mengadu kepadaku banyaknya kerja dan sedikitnya makanan yang diberikan kepadanya. Berbuat baiklah kepadanya”. (Riwayat Ahmad)
Perhatikan pula arahan para ulama berkenaan dengan berbuat ihsan kepada haiwan :
  • Jangan menyembelih haiwan di hadapan haiwan yang lain
  • Jangan mengasah pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih
  • Jika seekor kucing atau anjing sedang memakan sesuatu, maka tidak boleh merebut makanan itu daripadanya melainkan makanan itu milik seseorang
Semua ini dapat kita temukan dalam kitab-kitab fuqaha.

Belanja Untuk Haiwan Peliharaan

Saya berhasrat untuk membela seekor kucing parsi. Namun menurut teman saya, kos penjagaan bulanannya sekitar RM200. Itu pun tidak cukup sebenarnya. Sekali fikir macam tidak patut pula. Apa nasihat ustaz?
Jawapan: Berbuat ihsan kepada haiwan peliharaan satu tindakan terpuji. Hukum ini berubah menjadi wajib apabila haiwan tersebut dikurung sehingga tidak dapat mencari maknan sendiri. Pada saat itu, pemiliknya mesti menyediakan semua keperluannya seperti makanan, minuman dan lain-lain.
Berkata Ibn al-Haitami dalam Fatawa: “Disunatkan untuk bermurah hati kepadanya (kucing) Dan wajib atas pemiliknya memberi makan kepadanya jika ia tidak dapat mencari sendiri makanannya.”
Namun begitu, hendaklah perbelanjaan untuk haiwan ini dalam had yang berpada. Jangan terlalu berlebih dengan mencari makanan yang mahal, membuatkan sangkar yang mewah dan sebagainya. Perbuatan berlebihan seperti ini dikhuatiri termasuk dalam pembaziran yang terlarang. Apalagi jika dalam masa yang sama ada anggota keluarga atau jiran tetangga yang lebih memerlukan bantuan kita.
Berbuat ihsan dan bersedekah kepada haiwan memang terpuji. Namun berbuat ihsan dan bersedekah kepada manusia yang lebih memerlukan adalah lebih terpuji.
Wallahu a’lam
Sumber : Majalah Al-Ustaz Isu 11 penulisan oleh Ustaz Umar Muhammad Noor

Isnin, 11 Februari 2013

FUHHHH, PANAS.. JELAJAH SEKS ARTIS...



Jelajah Seks Artis Terkenal Bikin Bulu Roma Terpacak - Artis terkenal ini berdepan dengan dakwaan panas sebuah buku yang menjanjikan pendedahan sensasi mengenai kehidupan seks liar penyanyi terbabit.
Bekas pengawal Britney Spears, Fernando Flores, berkata dia sedia menceritakan aksi seks liar penyanyi berkenaan ketika konsert jelajah Toxic dua tahun lalu.
Mendakwa menerima kontrak berjuta-juta ringgit dengan sebuah penerbit buku, Flores, 31, berkata buku berkenaan akan dilancarkan sempena perkahwinan Britney dengan Jason Trawick, 40.
Ia adalah perkahwinan ketiga Britney setakat ini.
Menurut bekas polis itu, Britney memiliki selera seksual besar dan tanpa batas.
“Saya pernah mendengar cerita mengenai aksi seksnya bersama dua yang lain secara serentak serta pelbagai pengalaman yang boleh menyebabkan bulu roma anda terpacak.
“Dia memiliki ramai penari muda dan kelihatan menarik sepanjang siri konsertnya dan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.
“Di sana mereka mengadakan pesta arak, dadah dan sesi berahi serta pelbagai aktiviti lain,” katanya.
Flores menceritakan kepada kawannya bagaimana Britney berfoya-foya dengan sekumpulan wanita.
“Saya ada dalam bilik mandi Britney ketika ternampak gambarnya bersama beberapa wanita dalam keadaan berahi.
“Kata Britney, gambar itu dirakam ketika dia mengadakan siri konsert dan keadaan menjadi tidak terkawal,” katanya.
Flores bekerja untuk Britney, 30, pada 2010 dan kini menyaman penyanyi terbabit atas tuduhan serangan seksual.
Kata Flores, Britney secara berulang kali berbogel di depannya dan cuba mengajaknya ke ranjang.
Flores memulakan saman itu pada 2010 dan dijadual didengar di mahkamah tahun ini
sumber;http://www.maklumat.my

nasib baik bulu roma jer yang terpacak.. hehehehe

LINTAH GERGASI GIGIT MANGSA ROMPAK


Mengerikan apabila seorang ahli perniagaan bukan hanya dikelar dan ditikam penjenayah yang menculiknya di Jalan Kamunting di sini, malah leher mangsa yang cedera turut digigit lintah gergasi.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam kelmarin, Chua Hock Hee, 34, dikejarkan ke hospital bagi membolehkan doktor mencabut lintah besar itu yang menghisap darah pada lehernya.
Difahamkan lintah hitam itu melekat pada leher selepas mangsa yang cedera menyorok dengan merendamkan badannya dalam paya di sebuah belukar.

Menurut Chua, kejadian berlaku ketika dia memandu bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Kamunting, di sini apabila sebuah kereta dinaiki empat lelaki memintas dan menghalang keretanya.
“Semua lelaki tidak dikenali itu memaksa saya keluar dari kereta dan menggari tangan serta dipaksa berdiam diri sebelum leher dikelar dengan pisau.
“Saya meraung kesakitan sebelum mereka menikam belakang dan depan tubuh saya berulang kali,” katanya.
Menurutnya, kumpulan penjenayah itu kemudian memasukkannya ke bahagian tempat duduk belakang kereta selepas menyangka dia sudah mati.
Mereka merampas barangan berharga, termasuk dompet dan telefon bimbit. Saya berpura-pura tidak sedarkan diri nekad membuka pintu kereta sebelum melompat keluar.
“Walaupun sakit, saya berusaha bangkit sebelum berlari ke arah belukar berhampiran sungai. Saya merendamkan badan di dalam belukar berpaya itu berikutan bimbang ditangkap semula,” katanya.
Menurutnya, dia berada dalam paya itu selama hampir tiga jam sebelum merangkak keluar dari belukar dan berusaha mendapatkan bantuan.
“Saya sampai ke sebuah rumah kampung didiami keluarga Melayu yang segera menghubungi polis.
“Polis membuka gari pada tangan dan saya dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan kecemasan berikutan pendarahan teruk akibat ditikam,” katanya.
Menurutnya, kakitangan hospital terkejut apabila mendapati seekor lintah besar melekat pada lehernya.
Harian Metro

Ahad, 10 Februari 2013

NEELOFA DAN HANS ISAAC DAPAT RESTU, BILA LAGI NAK NIKAH


Hubungan Neelofa Dan Hans Isaac Dapat ‘Green Light’ Dari Ibu Lofa - Seperti yang semua sudah tahu, pengacara Nona, Neelofa dan pengarah kacak Hans Isaac dikatakan menjalinkan hubungan cinta. Namun kesahihan dakwaan tersebut masih menjadi tanda tanya kepada semua orang.
Hubungan Neelofa Dan Hans Isaac Dapat ‘Green Light’ Dari Ibu Lofa
Menurut ibu aktres jelita ini, beliau sendiri masih tidak jelas dengan ‘hubungan cinta’ di antara anaknya dan lelaki tersebut.
Walaubagaimana pun, Noor Kartini Noor Mohamed menerima ketentuan takdir seandai telah tertulis jodoh anaknya bersama dengan Hans Isaac.
“Soal jodoh ini bukan saja berkait dengan ketentuan Allah SWT malahan turut melibatkan hati dan juga perasaan. Selaku ibu, jika itu adalah jodoh anak saya takkan nak menolak pula. Dengan penolakan itu akan membuatkan hati anaknya hancur kerana terpaksa akur dengan kemahuan ibu bapanya.”
“Oleh itu, saya doakan agar anak saya ditemukan dengan jodoh yang soleh dan mampu membimbingnya sekaligus menjadi ketua keluarga yang terbaik,” jelasnya kepada portal Murai.com.
Menurut ibu Lofa ini, beliau tidaklah terlalu mengenali Hans Isaac memandangkan hanya  pernah bertemu beberapa kali sahaja. Apapun beliau mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.



CERITA TENTANG HUKUMAN GANTUNG MANDATORI...

Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati. Harap-harap dijauhkan, amin… Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.


Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.
Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.=
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.
Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.
‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Jumaat, 1 Februari 2013

ANAK KECIL INI DI HIRIS-HIRIS DENGAN PISAU..


Ini yang dilakukan Syiah padanya, tak kiralah dewasa, tua, kanak-kanak, mahupun bayi, mereka tetap menzalimi dan mendera tanpa belas kasihan dan hati perut!!
Syiah mengelar bayi ini!

Syiah, mungkin saat kamu mengelar, dia diam seribu bahasa, atau dia cuma menangis tanpa merayu kamu menghentikan sikap tidak berperikemanusiaan kamu! TAPI ingatlah! MATI itu PASTI! AKHIRAT itu PASTI! Syurga neraka itu pasti! Allah pasti membalas setiap amal kamu walau sebesar zarah!

Kami faham kenapa kamu menyiksa dan menzalimi muslim-sunni di Syria!
TAPI kami tidak faham kenapa kerajaan kita Malaysia masih tidak mahu menghalau keluar duta Syria di Malaysia yang menyokong Bashar ASSad??!!

Duta Syria, bashar ASSad dan sekutunya sama sahaja!! KELUAR dari negara kami!!
Lihat lah keadaan anak ini, betapa sakit nya dia.. sedang kan kita yang terluka sikit pun dah menjerit kesakitan, ini kan pula di hiris seperti ini. Apa punya bangsatnya lah manusia yang melaku kan kekejaman ini. Moga ALLAH TAALA  membalas si pelaku ini dengan seberat berat nya.
HANYA SEBAB DIA DILAHIRKAN DIDALAM KELUARGA MUSLIM-SUNNI!!

Ini yang dilakukan Syiah padanya, tak kiralah dewasa, tua, kanak-kanak, mahupun bayi, mereka tetap menzalimi dan mendera tanpa belas kasihan dan hati perut!!
Syiah mengelar bayi ini!

Syiah, mungkin saat kamu mengelar, dia diam seribu bahasa, atau dia cuma menangis tanpa merayu kamu menghentikan sikap tidak berperikemanusiaan kamu! TAPI ingatlah! MATI itu PASTI! AKHIRAT itu PASTI! Syurga neraka itu pasti! Allah pasti membalas setiap amal kamu walau sebesar zarah!

Kami faham kenapa kamu menyiksa dan menzalimi muslim-sunni di Syria!
TAPI kami tidak faham kenapa kerajaan kita Malaysia masih tidak mahu menghalau keluar duta Syria di Malaysia yang menyokong Bashar ASSad??!!

Duta Syria, bashar ASSad dan sekutunya sama sahaja!! KELUAR dari negara kami!!