PING BUSUK

Ahad, 10 Februari 2013

NEELOFA DAN HANS ISAAC DAPAT RESTU, BILA LAGI NAK NIKAH


Hubungan Neelofa Dan Hans Isaac Dapat ‘Green Light’ Dari Ibu Lofa - Seperti yang semua sudah tahu, pengacara Nona, Neelofa dan pengarah kacak Hans Isaac dikatakan menjalinkan hubungan cinta. Namun kesahihan dakwaan tersebut masih menjadi tanda tanya kepada semua orang.
Hubungan Neelofa Dan Hans Isaac Dapat ‘Green Light’ Dari Ibu Lofa
Menurut ibu aktres jelita ini, beliau sendiri masih tidak jelas dengan ‘hubungan cinta’ di antara anaknya dan lelaki tersebut.
Walaubagaimana pun, Noor Kartini Noor Mohamed menerima ketentuan takdir seandai telah tertulis jodoh anaknya bersama dengan Hans Isaac.
“Soal jodoh ini bukan saja berkait dengan ketentuan Allah SWT malahan turut melibatkan hati dan juga perasaan. Selaku ibu, jika itu adalah jodoh anak saya takkan nak menolak pula. Dengan penolakan itu akan membuatkan hati anaknya hancur kerana terpaksa akur dengan kemahuan ibu bapanya.”
“Oleh itu, saya doakan agar anak saya ditemukan dengan jodoh yang soleh dan mampu membimbingnya sekaligus menjadi ketua keluarga yang terbaik,” jelasnya kepada portal Murai.com.
Menurut ibu Lofa ini, beliau tidaklah terlalu mengenali Hans Isaac memandangkan hanya  pernah bertemu beberapa kali sahaja. Apapun beliau mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan