PING BUSUK

Jumaat, 22 Mac 2013

RM231,000 ..BALU DAPAT ..DUIT INSURAN

 “Saya memang tidak menyangka akan menerima pampasan sebanyak ini walaupun mengetahui suami hanya sempat mencarum sebanyak RM250 untuk kali pertama sebelum meninggal dunia akibat kemalangan enam bulan lalu.


Demikian kata Nurul Huda Nordin, 32, balu kepada Azizi Zainuddin Omar yang menerima pampasan insurans Prudential BSN takaful, baru-baru ini.

Nurul Huda melahirkan rasa syukur kerana wang sebanyak RM231,950.10 itu membantu kehidupannya bersama anak-anak.

Menurutnya, dia akan menunaikan hasrat arwah suaminya untuk membeli sebuah rumah dan membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak mereka.

“Sebelum ini arwah pernah bercadang untuk membeli rumah di sekitar kawasan ini malah ada membawa saya ke sebuah tapak perumahan untuk menempah rumah berkenaan.

“Namun, hasrat arwah suami tidak tercapai kerana dia terlibat dalam kemalangan maut apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang di Kilometer 38 Jalan Ipoh - Lumut,” katanya.

Katanya, dia akan menunaikan hasrat arwah suaminya itu demi keselesaan empat anaknya yang berusia antara 16 bulan hingga lapan tahun.

“Saya juga akan menyimpan sebahagian besar baki wang ini untuk perbelanjaan sekolah anak-anak,” katanya.

Pampasan insurans Prudential BSN takaful disampaikan  wakil Prudential BSN takaful, Nurul Hamizan Ahmad.

Nurul Huda berkata, dia akan turut membelikan polisi insurans untuk anak-anak demi masa depan mereka.


Begitu lah penting nya insuran ni, HARI INI ADA LAH ANUGERAH, SEMALAM SUDAH MENJADI SEJARAH.. ESOK ADAL AH MISSSTERIIII..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan