PING BUSUK

Sabtu, 8 Jun 2013

PUAKA JAMBATAN PULAU PINANG MAHUKAN KEPALA...


Puaka Jambatan Pulau Pinang mahukan kepala ...

Sewaktu aku budak-budak dulu, orang-orang dewasa selalu menakut-nakutkan kami dengan cerita ‘Pemotong Kepala’ “Cepat masuk rumah! Ada tukang ambil kepala orang kat luar tu!”

Begitulah kakak aku selalu kata bila dia nak suruh aku supaya cepat masuk kedalam rumah untuk mandi atau makan. Budak-budak memang leka bermain di luar rumah dan degil bila disuruh masuk ke rumah dengan memberi pelbagai alasan untuk terus bermain.Bukan main apa sangat pun …main-main tanah pasir di laman rumah…

Itulah cara yang paling berkesan supaya kami budak-budak berhambat masuk ke rumah dengan menakutkan kami dengan Pemotong Kepala ….

Aku amat takut bila bertembung dengan Benggali yang sedang menyabit rumput untuk lembu-lembunya.Benggali itu mencekak rumput panjang dengan tangan kirinya, lalu tangan kanannya yang memegang sabit mengerat rumput itu. Aduh! Aku berasa ngeri sangat, terasa macam leher aku pula yang dicekak dan dikeratnya!

Takut betul aku bila jumpa Benggali potong rumput! Maka aku sangatlah percaya pasal cerita Pemotong Kepala ini . Kononnya bila gomen nak bina jambatan, gomen perlukan kepala budak-budak untuk upacara menyemah puaka ditempat pembinaan tersebut…

Kakak aku ni pernah bercerita : Dulu ada seorang budak kena tangkap oleh seorang tukang penggal kepala.

Budak itu disimpan dalam sebuah rumah bersama dengan ramai lagi kanak-kanak yang senasib dengannya.

Untuk melekakan kanak-kanak tu semua supaya tidak menangis , kata kakak aku, mereka diberikan macam-macam permainan dan makanan di rumah itu.

Tapi kanak-kanak itu menyedari, kawan-kawannya itu semakin berkurangan menyebabkan dia ingin tahu kemana perginya…. Entah macam mana dia dapat mengintai dan dapat melihat apa yang terjadi dengan salah sorang kawannya itu…

Budak yang agak cerdik sedikit ini sentiasa berfikir mencari jalan bagaimana untuk melepaskan dirinya dari rumah tersebut. Dia perlu berikhtiar sebelum tiba gilirannya pula…

Semasa dia sedang berada dalam tandas, tiba-tiba dia lihat tong tandas itu ditarik keluar. ( Dulu-dulu kitaorang pakai tandas tong. Ada petugas yang akan mengambil tong berisi najis dan digantikan dengan tong kosong…)

Inilah peluang aku, fikir budak itu dan tanpa membuang masa, dia terus meloloskan dirinya melalui lubang tempat tong najis itu dan merayu kepada pengangkut tong najis itu supaya menolongnya lari dari tempat tersebut.

Tukang angkut tong najis itu pun masukan semula tong yang berisi najis itu semula ke tempatnya lalu meletakan budak itu ke dalam tong najis yang masih kosong itu dan membawanya pergi dari situ.

Budak itu pun selamat kembali kepada keluarganya.Aku pun tanya kakak aku, “Mana sekarang budak tu?”

Kakak aku jawab, budak tu sekarang ada kat Tanjung Rambutan.Dia jadi gila setelah melalui peristiwa yang sangat mengerikan itu …

Aku selalu juga cerita kat member aku masa kecik-kecik dulu cerita ini.Diaorang semua percaya! Ha! ha! ha!

Itu cerita dulu.Setiap kali mahu bina jambatan baru, maka setiap kali itu jugalah gomen mahukan kepala budak-budak untuk menjamu sang puaka.

Ini pula cerita pasal Potong Kepala di Pulau Pinang. Apakah jambatan lama Pulau Pinang tu masih memerlukan kepala?

Berapa banyak kepala diperlukan untuk menjamu puaka jambatan Pulau Pinang tu? Kali ini bukan sahaja kepala budak, tapi kepala bapak budak pun dijadikan mangsa.

sumber;mukabuku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan