Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada 12 Ogos lalu, rakyat Malaysia khususnya berpeluang menyaksikan fenomena hujan meteor yang telah berlaku sekitar jam 11 malam dan ke atas. Biarpun ada yang mendakwa tidak dapat melihat, pihak tertentu menjelaskan ia adalah atas faktor cuaca hujan yang berlaku di kawasan tertentu. Admin cuba mendapatkan video hujan meteor dari Malaysia, namun sehingga kini masih lagi belum ditemui. Apa yang yang boleh admin hidangkan di sini adalah gambar-gambar yang diambil dari negara kita sendiri.
Hujan meteor di ruang angkasa Malaysia pada malam tarikh 12 dan 13 Ogos 2013
Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pancuran meteor Perseid dari buruj Perseus pada malam 12 dan 13 Ogos ini demikian menurut laporan yang disiarkan oleh media
Berhubung laporan itu, fenomena yang dikenali sebagai pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam Isnin sehingga subuh pada Selasa
Mengenai perkara tersebut, Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang
Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer
Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Turut dimaklumkan waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam.
Tips untuk menyaksikan fenomena ini dengan lebih jelas
-Jauhi daripada bandar
-Jauhkan diri dari Pencemaran cahaya yang tinggi di bandar
-Pandang ke arah timur laut dan pandang separuh ke atas langit
-Jauhkan diri dari Pencemaran cahaya yang tinggi di bandar
-Pandang ke arah timur laut dan pandang separuh ke atas langit
sumber;http://www.nizarazu.com
terima kasih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan