PING BUSUK

Rabu, 26 Februari 2014

STATUS TERAKHIR DI FB SEBELUM AJAL DATANG MENJEMPUT..


"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun....dukacita dimaklumkan bahawa Adiba Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 1.30 petang. Moga Allah menempatkannya di kalangan para solehin dan shuhada'. Tolong doakan keampunan buat beliau dan mendapat rahmat dan belas ihsan Allah swt. Doakan juga segala amal solehnya diterima Allah swt."


Bayangkan suatu hari nanti, waris saya akan menulis di ruang status begini. mungkin ramai yang akan menjenguk wall melihat status terakhir saya atau status apakah yg sering diupdate. mungkin jugak ramai yang akan text / call number saya. tapi antara yang sibuk bertanya kesahihannya, berapa pulak yang akan datang pada hari pengebumian saya atau sedekahkan Al-Fatihah ataupon bacakan Yasin untuk saya ?


Status ucapan takziah kepada diri sendiri di atas adalah dari seorang remaja bernama Dieba Yazt Mien di Facebooknya pada 7 Februari 2014 iaitu 15 hari sebelum dia terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Kampung Perana, Langkawi, 2 hari lalu, 22 Februari 2014 yang meragut nyawanya.

Kemalangan antara sebuah bas dan motosikal yang meragut nyawa Yasmin
Status takziah kepada diri sendiri pada 7/2/2014
Lebih memilukan hati, 22 Februari merupakan tarikh ulang tahun hari kelahirnya Dieba. Ya, mungkin ini hanyalah satu kebetulan sahaja. 

Sehari sebelum kemalangan, Dieba ada memuatnaik status di Facebook yang seakan-akan menduga hari itu merupakan hari terakhir bagi dirinya. 

Status di Facebook miliknya:- "esok nak have fun puas-2 ^_^ mana lah taw kod-2 esok malam last aku hidup :) dan aku senyum depan semua yang aku sayangg:). Status yang mendapat 111 likes dan 13 comments.


Pastinya ramai yang salah faham dengan status "nak have fun puas-2". Dieba sebenarnya seorang gadis yang baik dan maksud statusnya itu hanyalah bergembira bersama dengan keluarga dan rakan-rakannya di sekolah.

Tetapi, mulut orang, kita tak dapat nak tutup. Berikut adalah penafian dari rakan-rakan sekolahnya termasuklah pelajar senior yang mengenali Dieba.


Pastinya kisah ini menyentuh hati bagi setiap insan yang membacanya. Apa-apa pun, ajal maut adalah di tangan tuhan. Marilah kita mendoakan Allahyarham Dieba atau nama sebenarnya Adiba Yasmin AHmad ditempatkan di kalangan para solehin dan shuhada. Semoga beliau mendapat rahmat dan belas ihsan Allah SWT. Amin. Al-fatihah.
sumber; My Media Hub. 

p/s: Facebook Dieba Yazt Mien telah dibuang oleh keluarga beliau. Harap maklum.

alfatihah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan