Assalammualaikum...
Cuti sekolah pertengahan tahun datang lagi, masa ini lah ramai yang mengambil peluang untuk pergi bercuti.
Saya dan keluarga memilih pulau mutiara PULAU PINANG untuk destinasi percutian kami kali ini.
memang dah lama sangat tidak mengunjungi Pulau Mutiara ni.. jommmmm...
Kami bertolak dari klang dalam pukul 7.15 pagi isnin 9/6/2014. sampai sekitar jam 12 tengahari..
Tu dia, kami masuk ikut Jambatan ke dua, jambatan baru tu..
ni info tentang jambatan terpanjang di asia tenggara nie.;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jambatan_Sultan_Abdul_Halim_Muadzam_Shah
Sebaik saja kami masuk ke pulau, kami di sambut dengan hujan renyai-renyai, ketika itu lah kami ternampak papan iklan tentang muzium perang, jadik, kami singgah lah kejap. Amik gambar jer kat luar. tak masuk pun, tiket mahal, rm20 sorang dewasa, 1 family dah kat Rm100, baik kita pergi makan, hehehe.
di bawah nie info nya, Dengar cerita, dia kata tempat ni berhantu, nasib baik tak masuk.
http://www.jomjalan.com.my/listings/muzium-perang-penang/
sedap nya weiii
Dari batu maung itu, kami bergerak terus ke arah Balik Pulau,
woww... rupa nya ketika ini ada lah musim pesta durian dari bulan jun hingga ogos,
maka, dengan bangga nya kami pun layan lah sebijik durian D18 harga RM25 sebijik, memang besar, sedap, lemak.. power.. sukar untuk di gambar keenakan rasa buah durian Balik Pulau yang sememang nya terkenal ini.. Apa lagi, ada masa lagi ni.. nanti abis. tengok gambar tu, dusun atas bukit, pemandangan nya indah sekali. ok bawah ni ada info sikit, boleh buat tempahan lagi.. terbaikk;
https://www.facebook.com/DurianBalikPulau111
ni pemandangan dari bilik sewa, perkampungan nelayan telok bahang,
chalet sportfishing, memang best. sebab betul betul depan laut. kadar nya pun amat amat berpatutan.
di bawah ini info nya, korang boleh lah like yer.
https://www.facebook.com/hotelsportfishing.pnktb
ok, ini adalah destinasi wajib untuk anda kunjungi.
Taman Rama-rama Pulau Pinang.
memang banyak spesis-spesis rama-rama yang pelbagai warna di sini, taman nya pula memang cantik dengan bunga-bungaan nya, masuk pun tak lah mahal sangat.
kalau korang nak tau, taman ini di iktiraf sebagai santuari rama-rama dan serangga tropikal yang pertama di DUNIA. world class tu., bukan saja ada rama-rama, tetapi ianya menempat kan pelbagai serangga, kala jengking dan spesis katak pun ada. ok jom pergi tempat lain pulak.
http://www.butterfly-insect.com/
sedara mara nie hehhehe
senja di Batu Feringgi
petang, selepas saja keluar dari taman rama rama, kami terus pergi ke pantai Batu feringgi, mandi manda. tapi saya tak mandi lah, anak anak saja. air laut nya memang jernih dan bersih, tiada tompokan minyak atau sampah sarap, terbaik lah. ok
berdepan dengan pantai ada satu taman yang di nama kan.
Tropical spice Garden.
cantik tak, memang cantik.. rugi kalau tak masuk.
ada bermacam-macam tumbuhan hutan ada dalam taman ni.
ok, nak tau lebih lanjut tentang taman nie, cuba rujuk kat sini
http://www.jumiesamsudin.com/2011/12/tropical-spice-garden-penang-yang.html
http://www.wonderfulmalaysia.com/attractions/tropical-spice-garden-batu-ferringhi.htm
ok,ni hari kedua, kami singgah sekejap kat taman botani pulau pinang, memang amat amat tenang di sini.
cuma encik monyet dah pupus agak nya di sini, seekor pun tak ada lagi, maka hilang lah seri nya taman ini yang dulu sememang nya di penuhi oleh monyet-monyet yang berkeliaran di sini.
taman botani ni dulu juga di kenali dengan nama taman kebun bunga dan di iktiraf antara yang tercantik di dunia, dulu lerr...
masuk free jer ok
http://junjaafar.blogspot.com/2013/02/taman-botani-pulau-pinang.html
ok, dah sampai bawah Bukit Bendera. ada train bawak kita naik ke atas yer, tiket pun tak mahal sangat.
apa macam encem tak anak bujang ku ini, perkenal kan iqmal.
harga tiket, rm 8 jer bagi kita warga malaysia. budak rm 4. ok lah tu kan...
errmmm naik bas ke seremban dari kl pun baru 4 inggit hahaha... lupa kan lah, nak happy kan.. jom naik atas..
menara komtar dari puncak bukit bendera.
pilih lah destinasi anda
di atas puncak Bukit Bendera ni, kita boleh melihat pemandangan indah bandar Georgetown. memang cantik. Dan di atas ni, ada macam macam tau, ada gerai jual baju dan cenderamata. ada juga muzium burung hantu. harga makanan dan minuman pun tak mahal.
ok tak per... ni ada info mereka yang dah pergi sana.
http://denai.my/bukit-bendera-tempat-menarik-dengan-tarikan-barunya/
Turun saja dari atas Bukit Bendera, kami terus turun ronda-ronda di bandar georgetown.
nampak anak bujang dan anak dara ku, perkenal kan daniel dan niesa
apa apa hal makanan kat sini semua memang sedap, memang murah dari keyy elll . Makanan populor dia, nasik kandaq lerrr.... yang atas roti cicah sup ayam , sedapp....
.
sambil ronda ronda tu, anda jangan lupa cari art street di tepi bangunan-bangunan lama yang banyak bertebaran di sana. tapi kena sediakan lah payung, air yang cukup, sebab pencarian nya memang memenat kan. kami jumpa satu ni ajer hahahaha.....
lagi satu, art street di penang ini di iktiraf antara 10 terbaik di dunia, so.. carik jangan tak carik. leh layan blog kat bawah nie.
http://youandipenang.blogspot.com/2013/02/antara-tempat-menarik-di-pulau.html
bila malam menjelma, jalan-jalan di night market batu feringgi ada lah tempat yang wajib anda kunjungi, singgah sekejap kat hard rock nie dulu amik gambar.
ni lah suasana malam hari di Batu Feringgi, ada jual macam macam souvenir di sini, harga pun tak mahal sangat, kedai makan pun banyak.. malam di sini memang hapening. sambil cuci mata tengok minah saleh hehehe
http://www.eyriqazz.com/2013/01/batu-ferringhi-night-market.html
ok hari terakhir hendak balik dah, chalet kami di ambil dari jeti, nmpak tak.. masih belum siap sepenuh nya, tapi memang best duduk di sini.
tu diaaa...abang ensem, bergambar sakan di balkoni hotel mewah kami. dengan pemandangan indah bot bot nelayan telok bahang.
apa -apa hal sebelum balik, memang kena singgah beli jeruk yang sememang nya populor jeruk madu pak ali nie, untuk pengetahuan anda, pak ali baru saja meninggal dunia 2 bulan lepas, dia merupa kan pengasas jeruk madu yang populor ini.. jom beliiii dulu 10 kilo, banyak nya... 1 kilo sudah ler.
sempat lagiiii tuuu hahahhhaa
ok, itu ajer perjalanan kami... sebenar nya ada banyak sudah tempat yang kami pergi, cuma malas nak di bloging jer.. jumpa lagi di destinasi percutian yang lain pula..
wassalam