Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai akibat sesak nafas kerana tercekik bebola ikan dalam kejadian di Taman Sejati Indah di sini, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.10 petang tadi ketika mangsa berusia empat tahun sedang makan tengah hari bersama ahli keluarganya.
Difahamkan, bebola ikan bersaiz sebesar duit syiling 50 sen lama itu tersangkut di kerongkong ketika mangsa mahu menelannya hingga mengalami kesukaran bernafas.
Sumber berkata, ibu mangsa berusia 30-an dengan bantuan ahli keluarga cuba mengeluarkan bebola ikan terbabit tetapi gagal lalu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bakar Arang berhampiran.
Sumber berkata, ibu mangsa berusia 30-an dengan bantuan ahli keluarga cuba mengeluarkan bebola ikan terbabit tetapi gagal lalu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bakar Arang berhampiran.
BEBOLA ikan yang dimakan mangsa. FOTO Omar Osman
Menurutnya, bebola ikan terbabit akhirnya berjaya dikeluarkan, namun keadaan mangsa dilaporkan tenat lalu dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Jabatan Kecemasan HSAH pada jam 3.53 petang oleh doktor yang merawatnya. Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat," katanya.
Sementara itu, jurucakap polis yang dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima laporan kejadian dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
sumber; http://www.hmetro.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan