PING BUSUK

Jumaat, 18 Julai 2014

PESAWAT MAS DI SANGKA PESAWAT MUSUH, SEBAB ITU DI TEMBAK JATUH.

Kiev : Media sosial komander pemberontak Ukraine mendakwa pihaknya telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkut tentera tidak jauh dari lokasi pesawat Malaysia Airlines yang terhempas dekat sempadan Russia.
Komen daripada komander tertinggi "Republik Rakyat Donetsk" itu mengaku puak pemisah telah menembak jatuh pesawat MH17 yang disangkakan sebuah pesawat pengangkut Ukraine yang besar. 
"Kami baru menjatuhkan sebuah (pesawat) An-26 dekat Torez. Ia jatuh dekat lombong di Progress (Ukraine)," kata laman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik oleh media Ukraine, menurut kenyataannya. 

Puak pemberotak itu pernah menembak jatuh sebuah pesawat An-26 di kawasan timur Ukraine yang dikuasai mereka pada 14 Jun lalu membunuh 49 kakitangan kerajaan.

"Kami telah memberi amaran (pada tentera Ukraine) jangan terbang di 'langit kami'," kata Strelkov dalam satu pos.

"Dan ini video yang mengesahkan 'burung itu jatuh'," katanya dalam satu pos lain. - AFP 
sementara itu. Beberapa mayat kelihatan di kawasan kejadian pesawat Malaysia Airlines terhempas di Ukraine dan buat masa kini tiada tanda penumpang yang terselamat.
Seorang wartawan Associated Press mengira sekurangnya 22 mayat di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan Rusia.
Menurut saksi kejadian, pesawat telah meletup di ruang udara sebelum serpihan bertaburan di kawasan yang luas.

Penduduk berhampiran yang terkejut berkata, serpihan pesawat itu telah ditemui di sebuah kampung yang terletak kira-kira 9 kilometer dari lokasi pesawat terhempas.
Foto
SERPIHAN pesawat terhempas. FOTO AFP

“Saya baru nak tidur pada jam 4 petan (waktu tempatan) apabila terdengar bunyi kuat,” kata Katya, 64.

“Ia seperti gempa bumi.”

Anaknya Natalya, 36, berkata dia berlari ke bilik di tingkat bawah tanah rumah bersama anaknya apabila bunyi letupan itu kedengaran.

Presiden Ukraine Petro Poroshenko memanggil tragedi ini sebagai satu kejadian pengganasan dan menyeru siasatan antarabangsa diadakan. - AFP
sementara itu juga."Kali terakhir suami menghubungi saya kira-kira 4.40 petang tadi (semalam) memberitahu dia sedang menaiki pesawat dari Amsterdam ke KLIA.
"Dia sempat berpesan see you tomorrow (jumpa esok) kepada saya dan dijangka tiba di KLIA pada jam 6.10," kata Mariam Yusof, isteri kepada kapten pesawat MH17 Wan Amran Wan Hussin ketika dihubungi Harian Metro sebentar tadi.
Menurutnya, dia terkejut apabila mendapat berita pesawat yang membawa 295 penumpang itu terhempas melalui berita di televisyen.

"Maaf saya masih terkejut," katanya enggan mengulas lanjut kerana masih bersedih dengan insiden berkenaan.
Foto
SERPIHAN pesawat MH17 yang ditemui di lokasi terhempas. FOTO Reuters

Wan Amran mula berkhidmat di MAS sejak 1999.
menurut berita  pesawat itu dipercayai ditembak jatuh pada ketinggian 10,000 meter. Menurut seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat itu dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Buk.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko, berkata di laman Facebooknya, pesawat itu terbang pada ketinggian 10,000 meter apabila ia ditembak dengan peluru berpandu daripada pelancar roket Buk.
Pelancar serupa dilihat oleh wartawan Associated Press berhampiran bandar Snizhne di timur Ukraine, awal Khamis.

Sementara itu, Malaysia Airlines mengesahkan telah terputus hubungan dengan penerbangan MH17 dari Amsterdam dan lokasi terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine. - Agensi
sumber mymetro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan