Gara-gara cuba mempertahankan beg tangan dan telefon bimbit seorang gadis terpaksa menanggung kesakitan akibat ditetak di bahu dan lengan.
Perkara ini dikongsikan sendiri gadis tersebut menerusi akaun Facebook miliknya.
Pada kejadian 28 Ogos lalu, mangsa mendakwa disamun ketika berjalan kaki pulang dari LRT Pandan Indah.
Penyamun yang dipercayai memang menunggu masa sesuai berlari ke arahnya bersama pisau pemotong daging dan bertindak menetak lengan dan bahu apabila kehendaknya dilawan. Dia kemudiannya melarikan diri dengan motosikal jenis Lagenda berwarna biru.
Nampaknya, gadis ini turut bersetuju kerana meski pun telefon bimbitnya selamat namun sakit dialami tidak berbaloi.
Jadi kepada kaum wanita di luar sana, sentiasalah waspada dan hati-hati kerana penyangak kini berada di mana-mana.
Tapi jika sudah takdir nasib anda disamun maka biarlah hilang barang asalkan nyawa tidak melayang.. –Webberita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan