Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fatihin Abshar telah berkongsi sedikit pandangan dan review beliau berkenaan filem Dracula Untold yang baru ditayangkan di pawagam seluruh dunia baru-baru ini.
Dalam entri tersebut, beliau mengupas dan memberi penjelasan sebenar disebalik filem Dracula tersebut. Yang menariknya dalam filem itu didapati terdapat fakta yang telah diputarbelit oleh Hollywood, sejarah yang telah dipesongkan dan dalam filem itu seolah-olah ingin menggambarkan sisi negatif yang terdapat pada tokoh Islam pada ketika itu.
Ikuti sepenuhnya entri beliau di bawah, bagi kami penerangan ini sesuatu yang berbaloi untuk kita ketahui.
Melihat cerita Dracula Untold memang benar mencabarbegitu dashyat putar belit Hollywood dalam mengggelapkan Sultan Al Fateh dalam filem inisekarang mudah sahaja nak mengubah sejarah
buat saja movies, masukkan elemen love sikit supaya penonton mudah cair
( kalau buat buku orang tak baca, kalau buat movies, genre action pula, confirm marketing dan audiensnya lebih meluas)tunjukkan sisi Vlad the Impaler yang sangat baik sampai sanggup korbankan diri kerana rakyatnyamanakala Turki Uthmaniyah dimainkan sebagai kerajaan yang sangat kejam dan gila kuasayang hairannyamereka tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh delegasi Turki dengan mengetuk paku ke dalam kepalanya
(dulu delegasi ialah orang tidak boleh dibunuh walaupun dalam perang sekalipun, kalau bunuh, itulah jenayah paling terbesar waktu ketika dahulu)mereka tidak tunjukkan penyembilan beramai ramai umat islam seramai 300,000 ribu orang di Wallachia oleh Vladmereka tak tunjukkan pula payudara wanita dipotong dan penderaan seksual terhadap muslimah muslimah Islam oleh Vladmereka tidak pula menunjukkan orang miskin direbus hidup oleh Vladmereka tak pula tunjukan yang Vlad pernah meracun sungai Danubetetapi dalam filem
nahsekarang
Sultan Muhammad Al Fatih, sultan yang terbaik menurut sabda Nabi
pembuka Kota Constantiinople
Di mana strategi beliau merupakan strategi perang paling terbaik di dunia oleh pakar strategi zaman iniPenawanan pula dibuat secara aman, tidak ada pembunuhan beramai ramai seperti apa yang dibuat oleh Rom, Parsi, dan Monggol apabila mereka menawan sebuah kota
(Tapi seperti biasa, kebanyakan dokumentari dan buku sejarah Bharat kata tentera alFateh telah membakar, membunuh,menyembelih dan merogol rakyat jelata selama 3 hari 3 malam)Malah Sultan Mehmet II( Al Fateh) juga digelar sebaik baik raja menurut hadis nabitapi kini sudah dianggap dunia sebagai
seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dek kerana filem ini!Jannisari, kumpulan tentera komando elit pada Turki Uthmaniyah juga tidak terlepas dari fitnah ini
Iya,sememangnya sejarah merakamkan Turki Uthmaniyah mengambil anak anak Kristian sebagai ahliYa,dalam satu sudut nampak seperti oppress
tetapi tujuan Sultan mengambil anak anak Kristian, ialah golongan ini tidak ada kepentingan pollitik ataupun mana mana hubungan dalam pimpinan negara
ini memastikan tidak berlaku “coup-de-etat” di kalangan tentera Janissari terhadap kerajaanMalah pengambilan bukannya sekejam digambarkan dalam filem ini
direkodkan ibu bapa Kristian merebut merebut menghantar anak mereka ke Jannisari kerana mereka akan mendapat paling terbaik oleh negaraMereka akan belajar secara percuma, disekolah percuma, makanan diberi percumasiap ada ibu bapa yang menyamar jadi Kristian lagi semata mata ingin menghantar anak mereka untuk menyertai Jannisari!!mana tidaknya
semua percumaKata sejarawan Georgiades Arnakis
“Polisi Turki Utmaniyah antara paling baik kepada golongan Kristian berbanding kerajaan sebelumnya seperti Byzatine dan Roman”Satu lagi
Lakonan Dominic sebagai Sultan Mehmet agak tidak sesuai
( nama pun cerita kait sejarah kan, mestilah buat betul betul ikut karakter,orang dalam bidang lakonan mesti lagi sangat tekankan benda ini)Kalau kita ihat lukisan Gentile Bellini yang melukis muka Mehmet Al Fateh
ia lebih segak dan hensem kotsebab sultan sultan di Turki Utmaniyah waktu itu sangat dijaga rutin hidupnya dan pemakanannya oleh pakar pakar nutrisi sentiasa supaya tampak segak dan tampanmereka tinggi
badan sasa
tidak gemukbila musuh melihat sahaja sudah kagum dan geruniya dalam durasi 92 minit sememangnya waktu yang sangat singkat untuk menceritakan sebuah tamadun yang bertahan lebih 600 tahun lamanya
saya akuiSaya juga tidak memaksumkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan membuat kesimpulan bahawa tamadun ini tidak mempunyai sisi sisi gelap yang boleh diambil iktibarbanyak jugatetapi
menghitamkan zaman kerajaan Turki Uthmaniyah pada era kegemilangannya
dan memutihkan Vlad The Impaler yang sangat kejam dan seorang pembunuhadalah tindakan kurang adil bukan sahaja sebagai sejarawan
tetapi dari segi manusiawi!* apapun
kelemahan kita orang islam juga ada
filem Malaysia masih di tahap memalukan
Dari Mamak Cupcake, Rindu Awok 101%,movies races races. mat rempit jadi contoh, hantu terlompat, hantu puyong, tak habis filem tahyul yang tidak membina penontonlihat saja mereka
membuat movies ini bukannya ilmu sejarah datang dengan tiba tiba
semuanya dengan kajian dan bacaanmoga sinar kebangkitan filem filem Melayu dapat dipelopori seperti MrTheAllShared dan Hamasah Syabab yang akan memenuhi vakum kekosongan filem filem berkualiti dari tempatan mahupun dari dunia islamtiba masanya kita pula menyebarkan propanganda melalui filem!
maksud saya bukan lagi filem filem cinta islamiktetapi filem sejarah islam kita!————————————–
TAMBAHAN
alaaa, come on la wey, movies je kot
yang overeacting sangat ni kenapa?
movies untuk entertaiment je layes, it just a movies.cuba bayangkan perkara sama kepada kita. contohnya. ada orang hasilkan movies tentang kisah kita, semua hampir sama, dari tempat lakonan guna rumah kita, nama guna nama sebenar, mak ayah kita guna nama yang sebenar juga. tetapi, filem ni habis semua totally menghina kita, family kita, imej kita….
kata kita gila, kejam, pencuri, perogoltuan masih anggap itu hiburan lagi ka?disiplin menceritakan sejarah perlu dijaga
tidak kira ianya sekadar fisyen, tetapi apabila dimasukkan karakter yang diambil dari sejarah
Ketulusan dalam menyampaikannya perlu berhati hatianda mungkin rasa ini hiburan, pergi baca comment di youtube oleh non muslim di europe di dracula untold reviewbaca apa mereka kata tentang turki uthmaniyah sekarang“oppressor, kejam, melampau,barbaric
lepas tu siap sokong lagi Vlad sebagai hero”lihat satu dua movies tentang sejarah Turki
terus comment seperti expert dalam sejarah ketamadunan Turkisudah ramai yang dah percaya dek kekurangan ilmu tentang sejarah sebenar dari cerita inisekarang
hiburan lagi kah?*sensitiviti kepada sejarah hanya pada mereka yang tahu kepentingannya…
INI KISAH SI DRACULA PENGHISAP DARAH UMAT ISLAM
Sosok 'mayat hidup' yang takut bawang putih dan salib, menghisap darah mangsanya dileher dengan gigi taring seperti yang digambarkan dalam filem-filem karya Barat. Betul kan?
Disaat generasi kita hari ini disogokkan dengan pelbagai karya-karya watak si penghisap darah ini, percayakah anda jika watak Dracula itu sebenarnya wujud?
Dia sebenarnya adalah manusia biasa yang hidup sezaman dengan Sultan Muhammad Al-Fateh pada kurun ke 15.
Ketika itu berlaku peperangan antara empayar Islam dan empayar Kristian dalam merebut wilayah untuk meluaskan kekuasaan masing-masing. Kemuncak peperangan itu apabila runtuhnya Kontantinopel ke dalam penguasaan Turki Utjmaniyyah.
Baca kisah ini dulu kalau nak faham cerita ini, Pemimpin Terbaik Yang Disebut Dalam Hadis Nabi.
Dracula atau nama sebenarnya Vlad III berasal dari sebuah kawasan bernama Walachia di Rom. Dia adalah keturunan keluarga diraja kawasan itu yang ditugaskan oleh pihak gereja untuk menghapuskan penguasaan Islam ke atas wilayah tersebut.
Dracula.
Secara ringkas, Vlad III merupakan salah seorang panglima tentera salib. Disebutkan bahawa dia banyak melakukan pembunuhan terhadap umat Islam. Lelaki yang digelar Dracula ini telah membunuh 300 ribu umat Islam.
Korbannya dibunuh dengan pelbagai cara yang kejam. Antaranya dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya dan disula.
Paling kejam bila Vlad III melakukan taktik seksaan psikologi dengan melakukan hukuman Impalement - dimana sebatang tombak tajam akan ditusuk melalui dubur menembusi perut, kerongkong hingga keluar semula pada bahagian mulut atau kepala. Bukan hanya orang dewasa, bayi kecil turut menjadi mangsa.
Beliau digelar Dracula yang bermaksud Son of Dracul (dragon) kerana perbuatannya dan para tenteranya yang suka meminum darah manusia yang diseksa mereka.
Apabila wakil kerajaan Turki datang untuk mengutip cukai di wilayah yang telah dikuasai Islam ketika itu, Vlad III membunuh utusan tersebut sewenang-wenangnya.
Kerana kekejaman itu, Sultan Muhammad Al-Fateh mengisytiharkan perang untuk memburunya.
Vlad III bersama tenteranya pernah pergi ke sebuah kawasan di Bulgaria yang berada dalam penguasaan kerajaan Uthmaniyyah. Mereka menyamar untuk masuk ke kawasan itu lalu membunuh lebih kurang 23,000 orang penduduknya!
Pernah sewaktu dalam perjalanan mencari Vlad III, Sultan Muhammad Al-Fateh bersama tenteranya lalu di sebuah kawasan hutan yang telah dibakar. Disitu, mereka menemui hampir 20 ribu manusia yang dipacak dengan kayu diatas tanah (human impalment).
Hanya serangan besar-besaran keatas Vlad III pada tahun 1476 berjaya menamatkan riwayat lelaki kejam itu. Vlad III akhirnya tewas ditangan Sultan Muhammad Al-Fateh dan kepalanya di penggal ditepi kawasan bernama Danua Snagov.
Manipulasi sejarah
Sebuah buku berjudul Dracula Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib karya Hyphatia Cneajna menyatakan, kekejaman dilakukan Vlad III cuba dimanipulasi oelh Barat sejak zaman dahulu agar tidak tercoreng di wajah mereka.
Sekejam mana pun dia, Barat harus melindungi namanya kerana dia salah seorang pahlawan yang sangat kejam dalam perang salib mereka.
Maka, untuk menyembunyikan sejarah sebenar hero kejam itu, diciptakan sebuah watak fiksyen bagi mengalih tumpuan dunia daripada fakta sebenar.
Menurut penulisan Hpyhatia, penggunaan simbol salib dalam karya watak penghisap darah itu juga bersifat manipulasi.
Simbol salib merupakan salah satu cara Barat menghapuskan sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sebaliknya mengangkat kehebatan mereka.
Bahkan diciptakan sinopsis kononnya Baratlah yang mampu mengalahkan Dracula, sekaligus menutup sejarah kehebatan peranan Sultan Muhammad Al-Fateh yang sebenarnya mengakhiri riwayat manusia kejam itu.
Jadi, tahulah anda kini siapa Dracula yang sebenarnya!
Ia tidak perlu ditembak dengan peluru perak atau anak panah yang sudah dijampi, mahupun menggunakan batang salib.
Dracula hanyalah manusia biasa yang pernah diburu suatu ketika dahulu kerana melanggar perjanjian dan telah menyeksa ribuan umat Islam.
Propoganda Jahat Barat
Sejak dahulu, kita sudah biasa dihidangkan dengan karya-karya Barat yang bersifat propoganda dan memanipulasi sesuatu fakta.
Begitu memualkan apabila tokoh pahlawan Islam agung seperti Muhammad Al-Fateh yang turut digelar Mehmet The Conqueror digambarkan berlawanan sama sekali dalam filem Dracula Untold.
Seorang tokoh yang sudah disebut Rasulullah SAW sebelum kelahirannya, tetapi disifatkan sebagai manusia kejam dalam karya itu. Malah, ditamatkan riwayatnya oleh Dracula.. Kah kah..
Sampai begitu sekali Barat memutar belit fakta kerana tidak mahu melihat sejarah kekalahan mereka di tangan pemimpin Islam itu.
Dan malangnya kita hanya mampu tersenyum bila muda mudi Islam berkata, "Janganlah skeptikal sangat. It's just a movie. Nothing at all!"
Alahai, mungkin kita masih lagi ortodoks. Baiklah, mari kita cuba jadi lebih liberal sempena kedatangan tahun baru masihi nanti. Hmm..
Selamat tinggal 2014, selamat datang 2015.
-SENTIASAPANAS.COM
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan