Assalammualaikum,
Baru baru ini ketika cuti sekolah bulan 9 / 2015, saya dan juga keluarga sepupu sepupu telah pergi berkelah di Air terjun Jeram Toi, Jelebu Negeri Sembilan.
lokasi dekat jer, dari Kuala Lumpur ikut highway lekas terus masuk ke susur jelebu atau kuala kelawang.
Tempat yang sungguh menarik dan tak rugi jika anda semua turut ke sana.
Daya tarikan Jeram Toi ini ialah air terjun nya yang bertingkat 7 yang mengalir deras dari puncak
Gunung Telapak Buruk.
Jeram Toi ini di bawah kawal selia Jabatan Perhutan Negeri Sembilan.
Pihak berwajib turut menyedia kan segala macam kemudahan buat pengunjung seperti
bilik persalinan, kemudahan BBQ dan kolam buatan untuk kanak kanak dan orang dewasa.
Aktiviti penting bila sampai ialah bergambar beramai ramai..
Jaga lah keselamatan diri anda dan kelauarga sebab bahaya sentiasa ada di sini.
nie air terjun di tingkat pertengahan
air nya sejuk nyaman dan mendamai kan..
Kolam besar turut di sedia kan , cuma air nya sedikit keruh sebab ada mendapan daun2 kering di dasar nya, harap pihak berwajib dapat membersih kan nya
Juga turut di sedia kan kolam untuk kanak kanak siap dengan papan gelongsor nya sekali...
memang seronok anak anak mandi manda di sini
Gaya penerjun bebas..
Juga di sedia kan kemudahan tangga untuk kita semua mendaki ke puncak air terjun,
memang amat memudahkan kita semua.
Ni lokasi paling atas air terjun..
tempat menarik untuk bergambar gaya sakan gitu..
Jalan masuk ke lokasi Jeram Toi, gerai gerai makan dan kemudahan parking yg besar di sedia kan.
Tang ni yang tak pekenan nya, pengunjung yang tidak ada kesedaran sivik dalam menjaga kebersihan.
Kerna nanti di takuti di cemari dengan kencing tikus,
oleh itu harap pihak berkenaan dapt bertindak kepada pengunjung yang tidak pernah pergi sekolah ni.
AlHAMDULILAH kami semua selamt pergi dan selamt pulang ke rumah.
jumpa lagi.
uj503 jordan 4 university blue,jordan 6 retro,jordan shoes,aj 1 bred,jordan 4 sail,jordan 4 bred,jordan 6 infrared,aj11,jordan 4 fire red
BalasPadam