PING BUSUK

Khamis, 31 Disember 2015

BAGAIMANA ANDIK VERMANSAH GUNAKAN BONUS PIALA MALAYSIA RM50,000

025844500_1450972763-Andik_Vermansah_zaidan_nazarul__4_
Dengan bonus yang diterima sebagai Juara TM Piala Malaysia 2015 sekitar IDR157 juta (RM50,000), Andik Vermansah telah membawa kaum keluarga terdekatnya bercuti di Lombok minggu lalu.
Mendapat pelepasan dari majikannya, Selangor FA, selama 2 minggu, Andik cuba menggunakan masa singkat yang ada untuk bersama-sama keluarga kerana tanggungjawabnya kepada pasukan Gergasi Lembah Kelang itu menyebabkan mereka jarang bertemu. Andik juga mahu berkongsi ‘berkat’ kemenangan Piala Malaysia, kejuaraan pertama Andik bersama Selangor FA.
005085400_1451416901-65774eae9c1105b0f70ede68529f731a
“Saya bekerja untuk mereka. Kalau keluarga senang, saya juga senang. Karena saya berprinsip, kebahagiaan keluarga adalah nomor satu,” kata pemain yang pernah menjalani trial bersama Ventforet Kofu.
Disebabkan itu, Andik mengakui telah menyediakan sebahagian daripada bonus kemenangan yang diterimanya untuk dibelanjakan dalam ‘family-trip’ itu, sehinggakan dia sendiri tidak tahu berapakah jumlah sebenar yang dibelanjakan.
“Duit simpanan peribadi saya telah asingkan dari gaji bulanan yang diterima. Dan bonus-bonus yang diterima adalah untuk perkara-perkara yang seperti ini”, jelas Andik.
035373600_1451417309-6f8085497c677afcca29ca911dca89f2

Selepas berlibur di Lombok, Andik dan keluarganya hari berada di Surabaya selama 2 hari sahaja. Andik meneruskan perjalanan ke Jember untuk berjumpa dengan datuk dan neneknya selain membiayai kos ubahsuai 3 buah rumah – rumah ibu bapanya, rumahnya sendiri dan rumah neneknya di Jember.
“Mereka dahulu bersama saya saat masih belum punya apa-apa. Sekarang, saya ada rezeki lebih, saya ingin berbagi kebahagiaan dengan mereka. Saya hidup untuk orang tua, saudara, dan teman-teman. Karena itu, saya harus ingat mereka yang nasibnya kurang beruntung,”.
Tidak dilupakan juga, sumbangan Andik kepada rumah-rumah anak yatim melalui sebuah yayasan di Surabaya serta menunaikan zakat kepada fakir miskin melalui badan amil zakat.
Ibu dan bapa Andik Vermansah
Ibu dan bapa Andik Vermansah

“Ini kewajiban yang tidak boleh saya tinggalkan. Saya tidak akan jatuh miskin karena beramal. Justru saya merasa rezeki saya semakin lancar karena berbagi,” katanya lagi.
Perkara-perkara ini sudah dilakukan oleh Andik sejak bermain bersama pasukan Persebaya Suraya Junior sehingga sekarang. Beliau juga ada menyatakan bahawa pernah berangan-angan untuk membahagikan rezeki yang diterimanya kepada mereka yang memerlukan ketika masih belum bergelar pemain profesional.
“Mungkin karena doa orang-orang itu. Doa anak yatim dan fakir miskin cepat dikabulkan oleh Tuhan,” – Andik Vermansah
sumber

Jumaat, 4 Disember 2015

GAMBAR KEMALANGAN MAUT KERETA DAN VAN PEKERJA DI PULAU PINANG

Georgetown:
 Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabit dalam kemalangan dengan van kilang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa, Azwan Hadi Mat Nor, 36, maut selepas mengalami kecederaan teruk di kepala serta badan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kereta.
"Kita menerima panggilan pada 5.46 pagi dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.
"Pemandu van kilang berusia 50-an patah kaki manakala enam penumpang wanita cedera ringan," katanya.











sumber mymetro n fb daily traffic report