Georgetown:
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabit dalam kemalangan dengan van kilang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa, Azwan Hadi Mat Nor, 36, maut selepas mengalami kecederaan teruk di kepala serta badan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kereta.
"Kita menerima panggilan pada 5.46 pagi dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.
"Pemandu van kilang berusia 50-an patah kaki manakala enam penumpang wanita cedera ringan," katanya.
sumber mymetro n fb daily traffic report
Tiada ulasan:
Catat Ulasan