PING BUSUK

Rabu, 3 Januari 2018

KUALA LUMPUR 2018

 Masa lalu adalah sejarah. Hari ini adalah goresan, Hari esok adalah harapan, Selamat datang 2018. Seiring perginya kenangan, Menyambut harapan....



Isnin, 29 Ogos 2016

KUALA LUMPUR KOTA PELACURAN DUNIA..

APA yang pasti, Kuala Lumpur makin hampir menjadi kota pelacuran nombor satu dunia tidak lama lagi.

Fakta menceritakannya.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendedahkan, Kuala Lumpur kini berada di ranking kelapan kota pelacuran dunia dengan nisbah 52 orang pelacur bagi setiap 10,000 penduduk.

Secara nisbah juga, Kuala Lumpur di ranking lebih tinggi berbanding Thailand yang kini berada di tangga ke-10 dengan nisbah 45 orang pelacur setiap 10,000 penduduk.

“Kami mengingatkan pihak berkuasa supaya Kuala Lumpur tidak menjadi bandar bandar raya maksiat,” kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Mapim melahirkan kekesalan dengan menyifatkan, cukup dengan ribuan bilangan pelacur dari luar negara yang kini membanjiri KL dan bandar-bandar utama dalam negara.

Gesaan Mapim lahir ketika umat Islam melahirkan kebimbangan sekiranya pihak berkuasa Kuala Lumpur, membuka ruang menambah lesen rumah urut sedia ada.

Bukan rahsia, lesen rumah urut disalah guna dengan berfunsgi sebagai tempat pelacuran. Malah, sudah menjadi rahsia terbuka mengenai operasi kumpulan jenayah terancang di sebalik kegiatan rumah urut akan menambahkan masalah yang sedia ada.

Industri pelacuran di Malaysia kini bernilai lebih RM3.6 bilion. Satu angka yang memalukan bagi sebuah negara majoriti Islam dan meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan.

Melihat kepada operasi pusat urut dan pusat hiburan yang bercambah di sekitar KL, bermakna KL berpotensi menjadi pusat pelacuran Asia, jika ruang dan peluang dibuka untuk beroperasi secara berlesen.

“Kami membantah keras Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka semula permohonan lesen baharu rumah urut sekitar ibu kota,” kata Mohd Azmi.

Soalnya, apakah keperluan rumah urut dibiarkan bercambah sedangkan pihak berkuasa gagal melaksanakan penguatkuasaan. Selain pusat urut haram, rumah urut berlesen sedia ada turut cenderung menawar khidmat seksual yang menyalahi undang-undang.

Pihak berkuasa, kata Mohd Azmi, tidak harus hanya memikirkan soal permintaan sedangkan pemantauan dan penguatkuasaan mana-mana pihak yang menyalah guna lesen ternyata gagal dilaksanakan dengan berkesan.

Mapim juga melahirkan rasa khuatir dengan percambahan pusat-pusat urut di kota raya dan bandar-bandar utama di negara ini kerana ia akan membuka peluang untuk kegiatan maksiat dilakukan oleh pihak yang mengambil kesempatan.

Selain mendesak DBKL tidak menambah lesen rumah urut serta melahirkan kekesalan berikutan kegagalan menangani pusat pelacuran haram, Mapim menyindir agar lesen rumah urut yang sedia ada dipantau dan dikawal sebelum memikirkan untuk membuka permohonan lesen baharu yang akhirnya tidak mampu dikawal selia olehpihak berkuasa.
-MYNEWSHUB.CC

Isnin, 22 Ogos 2016

MAUT DI HEMPAP JENGKAUT

LOKASI:
Tanah gantia sungai tua Selayang
Mangsa seorang lelaki warga bangladesh tersepit dibawah bucket jengkaut dan telah disahkan meninggal oleh pihak ambulan. Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba. Operasi dilakukan oleh BBP Selayang
.






INDAHNYA CIPTAAN YANG MAHA ESA

Cantik kan...
Dekat je, lokasi nya, Port Dickson N9
Suasana senja yang mengasyik kan..













Rabu, 18 Mei 2016

6 BANDAR DI DUNIA YANG PENUH DENGAN DOSA-DOSA.

    Bagi sesetengah bandar yang ada di dunia, pesta seks, arak dan pelacuran sememangnya menjadi pusat tumpuan pelancong yang berkunjung di seluruh dunia di samping dapat menjana pendapatan ekonomi yang lumayan..Kalau korang nak tahu kat mana tempat-tempat tu, meh usha kat bawah ni..

1. Pattaya, Thailand – Bandar Seks






Pattaya adalah syurga seks paling banyak dikunjungi di dunia. Pertunjukkan seks dan tarian transeksual merupakan tarikan utama pelancong di bandar yang terletak di pesisir Teluk Thailand, sebelah Tenggara Bangkok ini. Anda tidak perlu menunggu malam jika ingin mencari pelacur. Mereka boleh ditemui 24 jam di sini. Pondan cantik juga ditawarkan di sepanjang jalan di bandar Pattaya ini.



2. Manama, Bahrain – Bandar Pesta






‘Selamat Datang ke Pesta Oasis Timur Tengah’, itulah ucapan selamat datang yang bakal anda terima jika berkunjung ke Manama, Bahrain, sebuah kawasan yang dekat dengan Arab Saudi. Sekiranya di Arab Saudi, kerajaan mengeluarkan undang-undang yang ketat dalam menghalang rakyatnya melakukan pesta di negara tersebut, namun di Manama, semua perkara boleh di runding. Ingin clubbing atau pesta seks? Usah risau kerana di Manama hal tersebut adalah perkara biasa dan sah. Walaupun bandar ini dikenali dengan jumlah penduduk Muslim terbesar di kawasan padang pasir, namun sejak 2001, bandar ini sudah mulai mengamalkan sikap liberal dalam penerimaan budaya Barat.


3. Las Vegas, US – Bandar Judi




Las Vegas merupakan syurga bagi kaki judi. Semua orang boleh berjudi tak kira waktu sama ada siang atau malam. Hampir seluruh wilayah Las Vegas menyediakan tempat untuk berjudi, walaupun belum sah di sisi undang-undang sepenuhnya, para pelacur sudah lama menjadi daya tarikan aktiviti di setiap kasino. Walau apa latar belakang pengunjung, Las Vegas tetap menjadi tempat persinggahan terbaik di Amerika. ‘Go and Sin’, itulah moto bagi industri judi yang dikendalikan di Las Vegas.



4. Rio de Jeneiro, Brazil – Bandar Topless




Wanita di Brazil rata-ratanya memiliki persona wajah dan kecantikan yang luar biasa. Tidak hairanlah jika kebanyakkan Top Super Model dunia berasal dari sini. Cuba anda kunjungi pantai-pantai di sana, kebanyakkannya mempunyai wanita yang bertelanjang pada bahagian dada sedang lalu lalang sambil bersuka ria. Suasana semakin liar ketika matahari terbenam di sudut pantai. Sejumlah rumah pelacuran juga didirikan di tepi pantai bagi mereka yang ingin memuaskan nafsu. Pelacuran adalah industri yang sah di bandar ini. Jika tiba musim karnival, muzik dan wanita seksi akan membawa anda lebih jauh ke alam fantasi.


5. Moscow, Rusia – Bandar Clubbing




Apa yang terjadi apabila negara komunis bertukar wajah? Masyarakatnya kini telah mengalami kejutan budaya dan menjadi histeria. Itu yang berlaku di Moscow,Rusia. Setiap kelab malam di sana akan memainkan muzik techno hardcore hinggalah ke muzik rock. Hampir semua anak muda Moscow menghabiskan waktu di kelab-kelab malam ini. Jika ingin mendapatkan teman sosial, hampir semua kelab malam menyediakan perkhidmatan ini. The Hungry Duck, bar yang menganjurkan Ladies Night tiga kali seminggu serta penari bogel selama 24 jam. Pelacuran sememangnya dilarang di Moscow dan biasanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi.



6. Amsterdam, Belanda – Bandar Marijuana




Amsterdam memiliki puluhan kafe marijuana, salah satu jenis dadah. Marijuana, rokok dan dadah serta yang lainnya merupakan perkara yang sah di sisi undang-undang di negeri kincir angin ini. Tidak ada peraturan yang menyebutkan benda-benda terlarang tersebut perlu dijalankan dengan mengikut prosedur tertentu. Kebebasan ini juga di rasakan oleh mereka yang mengamalkan seks sesama jenis. Mereka dengan bebas meng’ikrar’kan hubungan sesama jenis tersebut. Mereka di sana juga tidak meyakini Tuhan itu wujud, jadi tidak ada yang mempersoalkan perkara tersebut di Amsterdam.



SUMBER....

Selasa, 17 Mei 2016

LELAKI INI SUKA DI PIJAK-PIJAK. PELIK TAPI BENAR.


Impian Pelik lelaki bernama Georgio T. Dia menggelar dirinya sebagai manusia karpet dan mengaku suka membalut tubuhnya dengan karpet. Lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat juga sudi dipijak-pijak, bahkan menikmatinya.

Pada awal impian masa kecilnya. Georgio yang membesar di Malta, sudah tahu apa cita-citanya ketika dewasa kelak. Ketika kanak-kanak lain bermimpi menjadi doktor atau angkasawan, Georgio sangat ingin menjadi karpet.

Waktu kecil, Georgio mengaku lebih suka meletakkan beban pada tubuhnya dan membiarkan kucing peliharaannya berjalan di atas tubuhnya.

Ketika ibunya akan memasuki bilik Georgio dan melihatnya bermain permainan yang pelik, ibunya mengatakan "Georgio, kamu akan mempunyai banyak masalah ketika dewasa nanti".

Peringatan dari ibunya ternyata tidak mengecilkan niat Georgio untuk mengembangkan obsesnya.
Kebelakangan ini, aksi manusia karpet yang dilakonkan lelaki 52 tahun itu menjadi pemandangan biasa di  pesta New York.

Setiap kali beraksi, Georgio meminta bayaran yang murah. Dia juga menerima tips kerana menjemput orang lain bersuka ria dengan berdiri dan menari di atas tubuhnya.

Ketika beraksi, Georgio membalut tubuhnya dengan karpet,hanya lubang untuk pernafasan di sekitar mulutnya.

Walaupun dia meletakkan harga untuk jasanya, dia mendakwa aksinya menjadi manusia karpet bukanlah sumber utamanya untuk menghasilkan wang. Dia hanya ingin menikmati ketika orang-orang memijaknya. Semakin banyak orang memijaknya, semakin baik perasaan yang dia rasakan.

Georgio mengatakan, orang-orang boleh menari atau melompat di atas tubuhnya selama berjam-jam, tanpa keluhan darinya. Bahkan, ia mengatakan orang rela membayarnya untuk mendapatkan kesenangan itu.


Georgio menjalani kehidupan yang berbeza pada siang hari, dia adalah seorang tukang urut di Fairfield County, Connecticut, dan pada malam hari dia menjadi manusia karpet.

Meskipun jasanya banyak dicari orang, ternyata hiburan ala Georgio juga kerap ditolak. Orang ramai panik dan tidak mahu mendekatinya. Sementara yang lain begitu bersemangat untuk memijak-mijaknya.

Ada daripada mereka menghabiskan berjam-jam memijak-mijak seluruh tubuhnya dan bermain-main dengan wajahnya dengan high heels, sementara yang lain melompat dan menari.

Manusia karpet itu pernah dipijak oleh lelaki seberat 185 kg. Dia juga memegang rekod wanita terbanyak yang berdiri di atas tubuhnya.

Luar biasanya, Georgio mengaku tidak pernah cedera selama pertunjukannya. Dia membocorkan rahsianya, sebelum menyarungkan karpet, dia akan melakukan meditasi untuk beraksi selama 12 jam tanpa henti.

Percaya atau tidak, Georgio bukanlah satu-satunya karpet manusia di New York City. Ada orang lain mempunyai nama gelaran sama sepertinya, ia adalah 'Kevin si manusia karpet'.


sumber,,

Sabtu, 26 Mac 2016

TERKINI; 6 MAUT , KEMALANGAN NGERI VAN KILANG DAN LORI

Johor ;Enam terbunuh manakala tiga cedera selepas van kilang dinaiki bertembung dengan lori pasir di Jalan Seelong Kampung Seelong Jaya Johor-Bahru Johor, awal pagi ini.
Maklumat awal diterima antara yang terbunuh adalah masing-masing tiga lelaki dan wanita.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan berhubung pada 6.16 pagi.
Katanya, satu jentera bersama tiga anggota anggota diketuai Pegawai Bomba Noraraasyil Azim Norahmat ke tempat kejadian.
"Jentera sampai ke lokasi kira kira 6.54 pagi. Terdapat enam mangsa yang meninggal dunia manakala tiga yang cedera dihantar ke hospital berdekatan,” katanya.




SUMBER ; METRO

Sabtu, 19 Mac 2016

PANTAI PORT DICKSON DI SENJA HARI


Assalammualaikum..

Lama nya tak update apa apa di blog nie.
berabuk sudah..

ok lah , baru baru ni. saya dan keluarga abang abang saya,  berkelah dan menghitam kan kulit kami yg sememang nya kelabu asap di pantai......... pantai apa lagi yang dekat....

PANTAI PORT DICKSON..

OK..  ni beberapa keping gambar yang semmpat di muat naik.. 

LAYANNNN 














Apa macam, yuupp pantai port dickson nie,

saya memang suka ambil pic pic sunset... cantik kan... leh lahh... 

ok..  jumpa lagi

Khamis, 31 Disember 2015

BAGAIMANA ANDIK VERMANSAH GUNAKAN BONUS PIALA MALAYSIA RM50,000

025844500_1450972763-Andik_Vermansah_zaidan_nazarul__4_
Dengan bonus yang diterima sebagai Juara TM Piala Malaysia 2015 sekitar IDR157 juta (RM50,000), Andik Vermansah telah membawa kaum keluarga terdekatnya bercuti di Lombok minggu lalu.
Mendapat pelepasan dari majikannya, Selangor FA, selama 2 minggu, Andik cuba menggunakan masa singkat yang ada untuk bersama-sama keluarga kerana tanggungjawabnya kepada pasukan Gergasi Lembah Kelang itu menyebabkan mereka jarang bertemu. Andik juga mahu berkongsi ‘berkat’ kemenangan Piala Malaysia, kejuaraan pertama Andik bersama Selangor FA.
005085400_1451416901-65774eae9c1105b0f70ede68529f731a
“Saya bekerja untuk mereka. Kalau keluarga senang, saya juga senang. Karena saya berprinsip, kebahagiaan keluarga adalah nomor satu,” kata pemain yang pernah menjalani trial bersama Ventforet Kofu.
Disebabkan itu, Andik mengakui telah menyediakan sebahagian daripada bonus kemenangan yang diterimanya untuk dibelanjakan dalam ‘family-trip’ itu, sehinggakan dia sendiri tidak tahu berapakah jumlah sebenar yang dibelanjakan.
“Duit simpanan peribadi saya telah asingkan dari gaji bulanan yang diterima. Dan bonus-bonus yang diterima adalah untuk perkara-perkara yang seperti ini”, jelas Andik.
035373600_1451417309-6f8085497c677afcca29ca911dca89f2

Selepas berlibur di Lombok, Andik dan keluarganya hari berada di Surabaya selama 2 hari sahaja. Andik meneruskan perjalanan ke Jember untuk berjumpa dengan datuk dan neneknya selain membiayai kos ubahsuai 3 buah rumah – rumah ibu bapanya, rumahnya sendiri dan rumah neneknya di Jember.
“Mereka dahulu bersama saya saat masih belum punya apa-apa. Sekarang, saya ada rezeki lebih, saya ingin berbagi kebahagiaan dengan mereka. Saya hidup untuk orang tua, saudara, dan teman-teman. Karena itu, saya harus ingat mereka yang nasibnya kurang beruntung,”.
Tidak dilupakan juga, sumbangan Andik kepada rumah-rumah anak yatim melalui sebuah yayasan di Surabaya serta menunaikan zakat kepada fakir miskin melalui badan amil zakat.
Ibu dan bapa Andik Vermansah
Ibu dan bapa Andik Vermansah

“Ini kewajiban yang tidak boleh saya tinggalkan. Saya tidak akan jatuh miskin karena beramal. Justru saya merasa rezeki saya semakin lancar karena berbagi,” katanya lagi.
Perkara-perkara ini sudah dilakukan oleh Andik sejak bermain bersama pasukan Persebaya Suraya Junior sehingga sekarang. Beliau juga ada menyatakan bahawa pernah berangan-angan untuk membahagikan rezeki yang diterimanya kepada mereka yang memerlukan ketika masih belum bergelar pemain profesional.
“Mungkin karena doa orang-orang itu. Doa anak yatim dan fakir miskin cepat dikabulkan oleh Tuhan,” – Andik Vermansah
sumber

Jumaat, 4 Disember 2015

GAMBAR KEMALANGAN MAUT KERETA DAN VAN PEKERJA DI PULAU PINANG

Georgetown:
 Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabit dalam kemalangan dengan van kilang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa, Azwan Hadi Mat Nor, 36, maut selepas mengalami kecederaan teruk di kepala serta badan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kereta.
"Kita menerima panggilan pada 5.46 pagi dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.
"Pemandu van kilang berusia 50-an patah kaki manakala enam penumpang wanita cedera ringan," katanya.











sumber mymetro n fb daily traffic report

Khamis, 19 November 2015

BAYI TERBUNUH MAK SAUDARA PARAH.


Johor Bahru: Seorang kanak kanak lelaki berusia setahun tiga bulan maut manakala seorang wanita 41 tahun parah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bakar Batu Permas berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini kira kira 10 pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Qayyum Mohd Saffari sebelum itu didukung oleh wanita berkenaan yang juga ibu saudaranya, Suhaila Shaharudin untuk dibawa melintas jalan di lokasi kejadian.

Namun keduanya tidak bernasib baik selepas dilanggar sebuah lori seberat tiga tan hingga menyebabkan kanak kanak berkenaan melambung hingga ke pembahagi jalan manakala ibu saudaranya pengsan di tengah jalan.

Menurut saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang maut ialah anak bongsu daripada empat beradik manakala ibu saudaranya itu ialah orang kelainan upaya (OKU) lembam.

Suhaila kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini manakala Mohammad Qayyum di bawa ke rumah mayat hospital sama.