PING BUSUK

Ahad, 27 September 2015

KETENANGAN JERAM TOI, JELEBU NEGERI SEMBILAN.

Assalammualaikum,

Baru baru ini ketika cuti sekolah bulan 9 / 2015, saya dan juga keluarga sepupu sepupu telah  pergi  berkelah di Air terjun Jeram Toi, Jelebu Negeri Sembilan.
lokasi dekat jer,  dari Kuala Lumpur ikut highway lekas terus masuk ke susur jelebu atau kuala kelawang.
Tempat yang sungguh menarik dan tak rugi jika anda semua turut ke sana.

Daya tarikan Jeram Toi ini ialah air terjun nya yang bertingkat 7 yang mengalir deras dari puncak 
Gunung Telapak Buruk.
Jeram Toi ini di bawah kawal selia  Jabatan Perhutan Negeri Sembilan.

Pihak berwajib turut menyedia kan segala macam kemudahan buat pengunjung seperti
bilik persalinan, kemudahan BBQ dan kolam buatan untuk kanak kanak dan orang dewasa.




Aktiviti penting bila sampai ialah bergambar beramai ramai..


Jaga lah keselamatan diri anda dan kelauarga sebab bahaya sentiasa ada di sini.






nie air terjun di tingkat pertengahan


air nya sejuk nyaman dan mendamai kan..





Kolam besar turut  di sedia kan , cuma air nya sedikit keruh  sebab ada mendapan daun2 kering di dasar nya, harap pihak berwajib dapat membersih kan nya



Juga turut di sedia kan kolam untuk kanak kanak siap dengan papan gelongsor nya sekali...  
memang seronok anak anak  mandi manda di sini





Gaya penerjun bebas..


Juga di sedia kan kemudahan tangga untuk kita semua mendaki ke puncak air terjun, 
memang amat memudahkan kita semua.


Ni lokasi paling atas  air terjun..



tempat menarik untuk bergambar gaya sakan gitu..





Jalan masuk ke  lokasi Jeram Toi, gerai gerai makan dan kemudahan parking yg besar di sedia kan. 



Tang ni yang tak pekenan nya, pengunjung yang tidak ada kesedaran sivik dalam menjaga kebersihan.
Kerna nanti di takuti di cemari dengan kencing tikus, 
oleh itu harap pihak berkenaan dapt bertindak kepada pengunjung yang tidak pernah pergi sekolah ni.


AlHAMDULILAH kami semua selamt pergi dan selamt pulang ke rumah.

jumpa lagi.

Jumaat, 18 September 2015

RUMAH FARAH FAUZANA JADI HOMESTAY, JOMM...



Farah Fauzana yang merupakan seorang DJ di saluran radio Hot FM memang bertuah kerana sudah pun mengumpul aset seperti rumah kediaman.

Gambar di bawah adalah merupakan salah satu rumah beliau yang terletak di Shah Alam. Ia kini telah dijadikan homestay oleh beliau.

Apa lagi jom kita terjah!!!!













sumber ;http://viralkisahnya.blogspot.com/

Khamis, 3 September 2015

ANTARA 9 BENDA PELIK YANG DI JUAL DI INTERNET TERMASUK DARA..

Baru-baru ini kita digemparkan apabila sesuatu yang lucu telah diiklankan di laman web Mudah.my. Di samping itu, jom kita tengok benda-benda lain yang pernah ditawarkan di dunia internet...

Khamis, 20 Ogos 2015

KISAH BENAR, DI GODA WANITA CANTIK DAN SEKSI

Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik. 




Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering 'terpaksa' melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia. 

Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya. 

Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata "Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara."

Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya. Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.

Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan. Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah "Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita."http://ewksem.blogspot.com

Read more: http://www.beritahariann.org/2013/06/kisah-benar-digoda-nafsu-perempuan.html#ixzz3jDeOkIEQ

Selasa, 18 Ogos 2015

AWEK JPJ CUN JADI TUMPUAN RAMAI..


"TOLONGLAH saman saya!" demikian berpuluh-puluh komen dalam perkongsian mengenai 'awek JPJ cun' ini dalam masa satu hari.
 
Siapakah siapa awek JPJ cun ini sebenarnya?
 
Berdasarkan laman foto Instagram, 'gadis JPJ cun' tersebut adalah Mira Filzah yang merupakan seorang model dan pelakon.
 
Difahamkan, beliau kini terlibat dalam telemovie komedi bertajuk Din Sardin.
 
Menurut sebuah blog hiburan, Mira juga pernah mengacarakan program televisyen seperti Qari Junior dan Hijabista.
 
Beliau juga muncul dalam drama Dunia Lola dan yang terbaru, Eksperimen Cinta.
 
Selain aktif di Instagram, wanita tersebut juga akfif menulis blog dan Twitter, malah mempunyai kelab peminat, Miracle.FC di laman foto yang sama.

sumber; sinar harian