PING BUSUK

Jumaat, 21 September 2012

BILA JENAYAH BERLAKU DEPAN MATA...

ALHAMDULILAH, syukur ke hadrat ILAHI.. 
kerna kita masih di kurnia kan keselamatan dari  NYA..
Tapi.. kalau korang belek-belek surat khabar dan mengikuti berita dalam dua tiga hari nie, kita di gegar kan dengan jenayah-jenayah berat tahap kritikal yang boleh membuat kan kita  kecut perut bila memikir kan nya....
Apa agak nya boleh menyebab kan mereka ter gamak  melaku kan nya.. jom kita tengok..antara berita panas minggu ini..

KES 1


 Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa.
Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara.
Nak salah kan sape ni, si perogol nie dah memang kerja dia..  otak sentiasa berjalan untuk mencari cara memerangkap mangsa nya.. yang si mangsa plak, tak boleh berfikir ker sekejap.. ada ker keja yang boleh bagi gaji senang-senang  RM400 sehari.. ermmm..
kes2

satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta peronda polis yang sedang membawa banduan telah berlaku di jalan By-Pass (Kuantan-Kemaman) berhampiran Taman Dato’ Rashid tengahari tadi.
Difahamkan penjenayah terbabit berjaya merampas pistol polis dan melarikan diri menghala ke hutan Beserah menghala ke Pelabuhan Kuantan. banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan. Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.
“Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan,
Dah macam filem holywood plak, tapi berita terbaru si penjenayah telah pun berjaya di tahan semula. 
kes 3

 Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan. laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala.
“Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah,” 
 suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya.
Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung.
Tergamak nya dia mencampak kan bayi yang di kandung kan nya selama 9 bulan dari tingkat 3 rumah nya, sudah lah buat dosa bersekedudukan, pas tu dosa membunuh pulak. maka neraka jahanam lah tempat kau yang kekal abadi.. yang heran plak tu..boleh keluarga dia tak sedar yang anak nya mengandung.
 tak kan tak nampak perut anak nya membuncit semacam jer.. ermmm..
 kes 4

 “Saya sudah menetap di sini hampir 28 tahun, namun ini adalah kejadian pertama yang berlaku dalam keluarga kami.”
Demikian luahan Thannimalai Muthu, 63, berhubung pergaduhan yang berlaku di hadapan rumahnya, malam kelmarin, dekat Ladang Bukit Lembu yang menyebabkan isterinya, Kalyani Krishnan, 57, maut.
Suspek dianggarkan kira-kira 20 orang menggunakan motosikal dan menaiki kereta menyerang seorang mangsa di hadapan jalan besar dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan.
Seorang lagi lelaki yang cuba membantu turut ditetak apabila penjenayah melepaskan tembakan ke arah keretanya sehingga terbabas ke pintu pagar sekolah.
Lelaki itu kemudian ditarik keluar oleh penjenayah sebelum ditetak.
Difahamkan, semasa anak lelaki mangsa, Kathiraven, 23, lari pulang ke rumah, Kalyani cuba menghalang penjenayah dari terus menyerang namun cubaannya gagal apabila ditembak.
Kejadian turut menyebabkan beberapa kerosakan lain, termasuk kemusnahan harta benda apabila beberapa motosikal dirosak dan dibakar selain beberapa kereta memasuki kawasan rumahnya turut dirosakkan.
Menurut Thannimalai, isterinya seorang penoreh getah sementara dia baru sahaja pencen dari melakukan pekerjaan itu dan tidak pernah mengganggu atau bermusuhan dengan sesiapa.
Ni baru betul-betul macam filem. Gaya jenayah nya plak dah macam kartel-kartel dadah mexico yang membunuh mangsa nya tanpa belas kasihan. Dasyat sungguh kan, bila perkara macam ni boleh berlaku di negara kita.
 kes 5

Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam.
Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin , 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis.
“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.
“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.
Sampai hati dia tembak kawan dia hanya kerana nak jadi kaya sekejap di dunia ni, itu lah nama nya kuasa wang, boleh mengakibat kan jiwa jadi kacau bilau di buat nya.. moga roh aruah di cucuri rahmat dan di tempat kan di kalangan orang-orang yang beriman ..
APA PUN. KITA SEMUA DI SARAN KAN BERHATI-HATI ,KERANA JENAYAH ADA DI MANA-MANA DI KALA WAKTU KITA TERLEKA SEBENTAR.. INGAT TU..
ASSALAMMAUALAIKUM..









Sabtu, 8 September 2012

HARI NI HARI JADI SAYA 8/9/2012..


ALHAMDULILAH...
Hari ini pada kira-kira 41 tahun yang lalu... aku di lahirkan ke alam dunia ini...di hospital kuala pilah negeri sembilan, 
namun begitu, aku di besar kan di selangor 
pada usia ku baru masuk 3 tahun setelah 
ibu ku yang tersayang pergi menyahut panggilan ilahi.
aku telah di ambil oleh ibu saudara ku
dan di bawa ke shah alam .
Di besar kan dalam suasana dan keluarga lain, tidak 
memberi apa-apa perbezaan pun kerna ibu saudara ku 
membela aku seperti mana ibu-ibu yang lain di dunia ini.
 setelah tamat persekolahan aku bekerja dan bertemu jodoh 
di shah alam dan hari ini.. aku tinggal
di rumah pangsa di bandar baru klang bersama -sama 
dengan isteri dan 4 orang cahaya mata ku yang tersayang.
 moga dengan usia yang semakin meningkat ini, 
aku bermohon pada MU YA ALLAH agar 
di beri kekuatan dan kesihatan yang baik untuk aku terus mengharungi kehidupan yang mendatang..aminnnn..


  anak anak ku


keluarga ku..


 anak bongsu ku iqmal

putra putri ku..

Sabtu, 4 Ogos 2012

JPN.. korang tak wat keja kerr..?


      “Saya umpama hantu bernyawa. Walaupun masih hidup, tetapi ‘dimatikan’ oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Siti Salbiah Kasmori, 45, yang mengalami pelbagai kesukaran dalam kehidupan kerana di dalam rekod JPN, dia sudah meninggal dunia 11 tahun lalu.
Ibu tunggal itu berkata, sejak kesilapan itu berlaku 11 tahun lalu, dia sudah membuat aduan kepada kepada JPN tiga kali pada 2001, 2006 dan 2008, namun masalah itu belum diselesaikan.
“Masalah ini menyukarkan hidup saya. Lebih teruk, saya tidak boleh menerima pencen arwah suami kerana secara rasminya saya sudah mati. Selain itu, saya risau keluar rumah kerana bimbang ditahan polis.
“Malah, pada Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu, saya tidak dibenarkan mengundi kerana dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saya sudah meninggal dunia,” katanya yang ditemui di rumahnya di Bandar Seri Alam, Masai, dekat sini.
Siti Salbiah berkata, dia menyedari status dirinya dikategorikan sudah meninggal dunia oleh JPN ketika mahu memohon MyKad baru diperkenalkan kerajaan pada 2001.
Ni lah masalah rakyat kecik di bawah yang sering di abai kan, agak-agak koranglah, terasa tak heran nya,
11 tahun adalah masa yang agak lama.
Dah 3 kali buat report tu, tak ada tindak kan jugak. 
Apa yang JPN ni buat. opis ada aircond, sejuk jer. Tak kan pening pale kot, ada masalah rumah tangga ker, 
Tapi, nape kakak ni yang jadi mangsa nya..  
kesian akak ni.
macam mana boleh terjadi perkara kesilapan nie, 
ni mesti time -time nak raya. staf-staf JPN sedang sibuk order kuih raya, pilih baju kurung siap dan macam2 lagi xtvt dia orang.
kesian akak ni.
Gaji dah naik, bonus  udah dapat. apa lagi yang orang-orang JPN ni nak. Ni 1 masalah, ada banyak lagi masalah-masalah rakyat bawahan nie. Ada kes macam bola pun ada.
Di tendang sana, di tendang sini. Akhir nya .. masalah tak selesai jugak, nasib...nasib... 
renung-renungkan dan selamat berpuasa

Ahad, 22 Julai 2012

MAYBANK PENIPU.. DENGAR CERITA NYA LAH...

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu..

Pagi ni ada cerita sikit, kisah pelanggan MAYBANK dan BANK kesayangan nya.. tapi rasa nya kita pun dah biasa dengan masalah ni, apa pun jom kita layan tengok apa yang mamat ni marah kan sangat...
ooooo patut lah, maybank tenet dia kena block..
kalau kita kena pun angin kan..
yerlah..mamat ni kan pelanggan tetap nya , pihak bank kena lah jaga hati dan nurani perasaan si mamat ni..
apa pun tahniah pada admin facebook maybank ni.. tenang ajer walau pun mamat ni tengah angin satu badan...
 Tapi kalau anda masih ingat.. ramai orang yang memang marah sangat kat si MAYBANK ni.. 
Kata nya bank yang menzalimi pelangan dan pekerja nya.. 
Kalau tak cayer cuba baca banner kat bawah nie..
Apa macam ..cayer tak .Dulu saya pernah dapat risalah ni..
mereka mereka yang tak puas hati ni, begitu giat mempermosi kan tentang keburukan bank ni, tapi sekarang.. dan senyap jer..
ada sesapa leh bagi tau saya tak..dah satel ker.. gaji dah di naik kan lah tu..tu yang senyap.. duit dah masyukkk hehhee...

Sebagai pelangan , anda sememang nya ada hak anda. Guna kan hak anda.. 
 ok  ..selamat berpuasa...

Sabtu, 21 Julai 2012

POLIS YANG BUNUH, MAT REMPIT PULAK YANG DI TUDUH NYA..

 Assalammualaikum.. selamat berpuasa..
 pagi ni ada cerita hangat  sikit lah, MASIH INGAT KISAH polis trafik yang mati di kata kan di belasah MAT REMPIT..di Klang .. ni crita awal nya...





 ”Jangan jadi jantan dayus!”, polis trafik koma dipukul mat rempit 


Anak anggota polis trafik yang koma akibat dipukul dua mat rempit semasa bertugas, Khairunnissa, 20 tahun mahu mat rempit itu datang berjumpa keluarganya. Pesannya, supaya dua mat rempit itu jangan jadi lelaki dayus. Perbuatan tidak berperikemanusiaan dua mat rempit itu telah mengundang kemarahan masyarakat. Menurut Harian Metro, mangsa kini sudah boleh mula menerima cecair makanan ke dalam badan menerusi tiub.

Polis trafik koma dibelasah mat rempit

"Jangan jadi jantan dayus!", polis trafik koma dipukul mat rempit - Terbakor

Mat rempit jantan dayus!

“Cuma saya pesan jangan jadi jantan dayus, tolonglah datanglah jumpa kami,” hanya itu mampu diluahkan dalam nada sedu, Khairunnissa Mustaghni, 20, anak perempuan anggota polis trafik yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, di sini, Ahad lalu.
Ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, semalam, anak bongsu daripada dua beradik itu turut sebak ketika mengingatkan kembali ayahnya, Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang terdetik sesuatu perkara seperti berlaku sekarang.
“Masa itu kami tengok cerita Korea ada adegan pelakonnya koma. Abah kata kalau dia koma macam itulah jadinya,” katanya yang tak dapat menahan sebak.
Isteri Mustaghni, Norizan Shahidin, 53, pula berkata, dia bagaikan mendapat sinar harapan apabila doktor memberitahu suaminya sudah boleh menerima cecair makanan menerusi tiub.
Sebelum ini, katanya, apabila cecair itu dimasukkan tindak balas negatif apabila keluar kembali kerana badan suami tak dapat menerima.
sumber; harian metro.
  ok  tu crita selepas kejadian, tak pasal-pasal mat rempit yang kena tuduh.. ok..ni crita terbaru kes tersebut...

  Kematian Koperal Mustaghini Tabri yang pada mulanya dipercayai akibat dirempuh dan dilibas dua pelesit rempit dalam satu operasi pada Jun lalu bertukar kepada satu dakwaan kecuaian oleh rakan sekerja mangsa sehingga membunuh anggota polis trafik berkenaan.
Tertuduh Koperal Mohd. Sedi Mat, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Hurman Hussain di sini semalam atas tuduhan membunuh tanpa niat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Mohd. Sedi sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh namun kemudian tuduhan terhadapnya diubah kepada Seksyen 304 kanun sama.
Dia didakwa menyebabkan kematian Mustaghini, 58, iaitu melakukan perbuatan gopoh atau cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa di Jalan Lingkungan, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang di sini pukul 1.45 pagi pada 3 Jun lalu.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali
sumber; kosmo.
ok sekarang ni apa yang di kata kan sebenar nya, pihak polis memang suka baling-baling orang semasa buat roadblok.
cara tu memang terlalu bahaya, mat2 rempit tu bukan nya penjenayah kes berat. membunuh ker, merompak ker.. tapi takat merempit jer, tak kan abang2 polis ni tak pernah rasa muda. akibat nya, tuhan tunjuk kan pembalasan nya. so..yang mengata mat rempit tadi JANTAN DAYUS, elok la mintak maaf balik. 
Saya ni bukan lah sokong mat mat rempit ni, cuma cara pihak polis menangani isu rempit ni membahaya kan diri dan orang lain, kalau tak caya. cuba tengok malam minggu waktu operasi benteras mat rempit ni di laku kan. 
apa pun AL FATIHAH  buat aruah..
ok chow n selamat menjalani ibadah puasa...


Isnin, 16 Julai 2012

CERAI PAS - UMNO VERSI SANG SUAMI


Masih ingat kisah isteri umno yang diceraikan oleh suami pas baru2 neh? Bagi yang tidak tahu boleh rujuk sini dan sini terlebih dahulu.


Sebenarnya bukan lah rakyat malaysia CERIA nak bercakap pasal masalah rumahtangga orang. Bahkan rata2 rakyat malaysia merasa DUKA nak bercakap pasal tue sebab apa bukan best pun dok jaja2 masalah rumahtangga orang neh.

Tapi oleh kerana makcik = isteri umno = dok meluahkan perasaan melalui paper utusan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi balas dari umum dan mengundang persepsi serong terhadap pas, maka nak taknak orang awam pun tak pasal2 terbabit sama dalam insiden tersebut.

Yang umno beria2 kutuk suami pas yang menceraikan isteri umno demi politik. Yang orang pas beria2 bekap suami pas atas alasan isteri umno nusyuz sebab keluar rumah tanpa izin suami pas untuk hadir ke program anjuran kawasan setempat yang turut menampilkan hasan ali sebagai salah seorang tetamu ketika itu.

Sebenarnya memang kalau nak di ikutkan sesiapa pun tak berhak nak menilai apa2 dan memberikan apa2 kesimpulan sebab kita tidak berada di posisi sang suami pas ataupun di posisi sang isteri umno. Jalan terbaik damaikan sahaja dua pihak yang bertelingkah neh. 

Namun dalam masa yang sama kedua2 pasangan neh diharapkan gunakan cara yang sesuai bagi membincangkan masalah rumahtangga. Akhbar ataupun apa2 media sekalipun bukan lah tempat yang sesuai untuk mendamaikan dua pihak yang bertelingkah. Percayalah. 

Namun tindakan si suami pas tampil di media harakahdaily adalah semata2 nak betulkan tanggapan negatif yang dilemparkan terhadapnya. Pandai2 lah korang buat penilaian sendiri. Apa pun.. elakkan dari sebelah menyebelahi. Kalau mampu damaikan, kalau tak mampu lebih baik takyah ikut campur. Tengok sudah lah.
.( kata blogger http://sozcyili.blogspot.com )

 “Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.

Pada masa yang sama katanya,  bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.

Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.

Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.

Kes perceraian mereka juga turut dibahas hangat dalam laman social facebook dan twitter yang bersandarkan PAS menjadi dalang kepada perceraian itu.

Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mengakui isterinya adalah aktivis Umno.

“Malah beliau menjadi guru al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji, saya tidak kisah tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan politik.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini dia begitu mencabar, mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan PAS, dia juga sudah tidak hormatkan saya lagi, apa hukumnya keluar rumah atau pergi ke suatu tempat yang suami tidak suka.

“Malah saya bimbang kalau-kalau perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh terkeluar aqidah. Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana tidak sanggup mendengarnya,”ujarnya.

Yahya turut memberitahu, isterinya keluar menyertai program Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun Che Hasnah merahsiakannya.

“Dia hanya memberitahu pergi program cabutan bertuah, tetapi selepas dua hari baru saya tahu perkara sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu saya.

“Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri mengajar al-Quran,”ujarnya.

Sambungnya, perceraian itu turut mendapat sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas isterinya itu, Ustaz Che Hussin.

Akibat perselisihan faham semakin tidak dapat dikawal, beliau terpaksa berpuasa dua hari untuk mengurangkan ketegangan yang dicipta isterinya sendiri.

Akhirnya, pada 11 Julai lalu, mereka sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.

Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang (gambar atas kiri), yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum mereka bercerai, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che Hasnah agar kembali pada Yahya.

“Bagaimanapun Che Hasnah enggan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu kepada mereka beruda untuk membuat keputusannya,”ujarnya yang turut hadir pada pertemuan itu. -HD-
mario..; ish..ish..ish.... politik..politik.... macam-macam bahana yang datang bila sudah terlalu taksub kan.. ermmm ..bila nak PRU  ni.. tak sabar dah nak pergi memangkah.. heheheh...

Khamis, 5 Julai 2012

BILIONAIR MISTERI SEDEKAH RM 2.2 BILION BINA MASJID SELURUH NEGARA


Seorang hartawan misteri mencetuskan kejutan apabila menyatakan hasratnya untuk menyumbang RM2.2 bilion bagi membina masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Difahamkan, penderma tidak menetapkan jumlah khusus untuk disalurkan kepada setiap negeri tetapi bergantung kepada jumlah yang dipohon oleh jawatankuasa surau dan masjid melalui Jawatankuasa Program Amal Jariah dan Wakaf (AJWA).
Pengerusi jawatankuasa itu, Abu Bakar Mat Drom berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi mentadbir dan mengelola wang penderma serta menjalankan amanah individu berkenaan untuk menyalurkan sumbangan itu kepada pihak yang layak.

“Sumbangan penderma ini besar jumlahnya yang akan digunakan untuk membina surau, masjid, madrasah, pusat tahfiz dan juga dewan sekolah serta pusat penempatan anak yatim di seluruh negara.
“Penderma telah mengamanahkan agar tidak mendedahkan identitinya dan saya selaku pengerusi pengelola menjaga amanah ini dan akan menjalankan tanggungjawab ke arah pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan oleh penderma,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurutnya, sebagai pendahuluan sebuah surau bakal dibina di Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim di sini bagi menggantikan surau yang telah uzur dengan kos yang dianggarkan berjumlah RM400,000.
Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar, ADUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Kassim Mohamad.
Sementara itu, Mohd. Ali menyambut baik hasrat penderma berkenaan dalam membantu kerajaan negeri membina lebih banyak surau, masjid dan rumah anak yatim di negeri ini namun tetap berharap dapat dipertemukan dengan individu terbabit.
Katanya, perjumpaan dengan penderma itu adalah penting bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kesulitan di kemudian hari kerana ianya melibatkan banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pelajaran negeri.
“Saya akan arahkan satu pertemuan diadakan bersama penasihat undang-undang dan kewangan negeri, pihak JAIM, jabatan pelajaran serta agensi yang terlibat bagi mengelak daripada berlakunya masalah,” katanya.
psstt; alhamdulilah.. mudah mudahan rezeki si hartawan tu bertambah-tambah lagi..