PING BUSUK

Isnin, 21 Mei 2012

PANAS... FASHA SANDHA DI TUDUH NGANDUNG ANAK HARAM

Pelakon Fasha Sandha melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila berita kegembiraan kehamilannya dipertikaikan beberapa pihak termasuk mendakwa dia telah "projek" di luar negara sebelum ini.

Fasha, 28, yang mengesahkan dia ‘bunting pelamin' baru-baru ini memberitahu, dia dan suami, Rizal Ashram Ramli tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah ke atasnya.

“Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?

“Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan.

“Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu,” katanya tegas.



psstt; tak baik lah korang nie ..tuduh dia mcm tu, wat fasha.. jangan tunggu-tunggu lagi.. ambil tindakan mahkamah dengan seberapa segera, maklum lah, mulut tempayan boleh lah ditutup tapi kalau mulut manusia nie. dah laa bau longkang lepas tu tak boleh tutup pulak.

Jumaat, 18 Mei 2012

WAJAH PRAMUGARI PESAWAT SUKHOI SEBELUM MAUT..



Ajal dan maut datang tanpa disedari.. sentiasalah kita dekat kan diri kepada NYA..
AL FATIHAH kepada mereka-mereka yang beragama islam di dalam pesawat ini, moga roh mereka tenang dan aman di sana... aminnn...












sumber; siakap keli.

Khamis, 17 Mei 2012

ZALIM; BAYI DI BAKAR DAN DI PANGGANG


Zaman moden yang konon bertamadun hari ini,  buang bayi tidak kira lelaki perempuan tanpa belas, rasa sayang dek kerana berzina dan lahir anak hasil perhubungan yang haram. Inilah malang yang menimpa si kecil yang tidak berdosa sama sekali ini. 
Si bayi kecil inilah antara golongan yang dijamin Allah SWT ahli syurga dan pemberi Syafaat. Adakah kita akan diberi syafaat mereka jika kita yang bunuh mereka? Kembalilah kepada ajaran Islam, jauhilah budaya cinta tanpa batas agama, jauhilah mendedah aurat di khalayak dan jauhilah pergaulan bebas yang akhirnya akan menarik manusia ke dalam lembah perzinaan.

Marilah kita semua Berusaha menegakkan Syariat Islam agar segala kerumitan jenayah yang kian merbahaya ini dapat dibendung dengan keadilan Islam. Wallahualam.- Melayukini
mood... sedih nengok gambar nie...

Rabu, 16 Mei 2012

HARIAN METRO BUAT IKLAN SEX....

JOM PERGI NGURUT  hehehehe....



Aku bukan nak masuk campur atau nak memandai tuduh orang itu ini, tapi petang tadi sambil cari iklan kat Harian Metro aku terstop sebentar kat satu iklan ni, terkejut jugak aku bila akbar Metro siarkan iklan urut B2B, Pehhh aku nak ke tempat tu, nak tengok B2B yang di Iklan ni apa bendanya, katanya 'Full Service', ehemmm waw waw waww... nanti aku cerita bab aku seludup ke tempat B2B tu.

Aku rasa B2B ni urutan badan ke badan, antara si pengurut dan orang yang di urut. Rasanya benda ni salah dari segi undang-undang. Undang-undang Agama lagi la beb.

Di sini aku nak kepastian yang benar atau tidak METRO beri ruang pada mereka ini untuk membuat iklan yang boleh hancurkan bangsa dan Agama. 

Nak cari untungpun pada-pada la beb!!  METRO mesti JAWAB !!!!

psst : berapa hinggit korang dapat ambik iklan ni beb? 
sumber ;http://aktivispendangjr.blogspot.com

Selasa, 15 Mei 2012

PERANGAI JELIK PEMIMPIN UMNO....DI BUKIT JALIL

Artikel di bawah ni di salin terus dari blogger Empayar Pemuda.
Moga mereka yang berkenaan ambil iktibar, jangan terlebih BODEK untuk jadi calon PRU hingga terlupa AHLI-AHLI di bawah.. layannnnn.........



TAHNIAH!!! EP ucapkan kepada Seluruh ahli UMNO sempena Sambutan Hari UMNO ke 66 yang lalu. Meriah… memang meriah…


Tetapi di dalam kemeriahan hari perasmian pada Jumaat lalu, ada beberapa perkara yang tak berapa sedap mata memandang. Bukan tujuan EP nak menghentam sesiapa tapi“there’s always room for improvement” bak kata omputeh.

EP memulakan perjalanan seawal 2 pagi menuju Kuala Lumpur untuk sama-sama meraikan hari bersejarah UMNO. Di sepanjang lebuhraya kami beriringan dengan berpuluh-puluh bas yang membawa ahli UMNO. Di hentian R&R pula sesak dengan ahli-ahli UMNO yang datang dari Utara. Terasa seronok pula melihat senario ini.

Setelah berhenti mandi dan berehat di rumah member…akhirnya kami tiba juga di Stadium Putra Bukit Jalil setelah berjam-jam terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Almaklumlah berpuluh ribu kenderaan ingin menuju ke tempat yang sama. Kemeriahan semakin terasa.. Kehangatan semakin membara. Lautan manusia merah putih mewarnai Stadium Putra Bukit Jalil. Masing-masing berasa bersemangat menunggu detik perasmian oleh YAB Dato Sei Najib. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik, tak kira tua muda duduk bersama-sama bagi meraikan hari UMNO.

EP rasa terharu melihat kesungguhan mereka untuk sama-sama berada di Bukit Jalil. TAPI yang peliknya pucuk pimpinan UMNO seolah-olah tidak terharu dengan sokongan ahli UMNO. Yang jeliknya semua exco tertinggi duduk di atas pentas bersama-sama PM. Bukankah molek sekiranya mereka sama-sama duduk di bawah bersama ahli-ahli yang lain. Biarlah PM dan beberapa tokoh saja yang berada di atas. Kenapa perlu duduk di atas? Ini bukan mesyuarat Agong … ini sambutan hari UMNO!!!



Bertambah jeliknya.. apabila usai PM memberi ucapan, menteri-menteri serta exco-exco kelam-kabut bangun untuk bersalam dan mengucapkan tahniah kepada beliau. Tidak ada waktu lainkah? Ini pertama kali mereka bertemu PM kah? Sakit juga mata EP memandang gelagat exco-exco ini yang seolah-olah ingin ‘mengipas’ tak kena tempat.

Bertingkat-tingkat jeliknya bila waktu jamuan bermula. Semua exco tertinggi makan bersama PM. Di dalam bilik berhawa dingin di jamu dengan makanan yang enak-enak. Alangkah moleknya jika mereka makan bersama ahli yang lain. Beramah-mesra, bergurau senda. Mendekatkan diri dengan rakyat. Tidak terdetik kah di hati mereka, “ahli-ahli yang lain.. sudah makan kah mereka?”

Berblok-blok jeliknya melihat Exco-exco yang sanggup berbaris di depan kereta PM untuk mengiringi PM pulang walhal pada ketika itu mereka boleh beramah mesra dengan ahli-ahli UMNO yang hadir dari seluruh Malaysia… sejurus selepas PM meninggalkan majlis, pimpinan tertinggi UMNO termasuk Exco Wanita, Pemuda dan Puteri macam tak cukup tanah turut sama angkat kaki meninggalkan Stadium Bukit Jalil. Cuma ada beberapa Menteri dan Timbalan Menteri je yang beramah mesra dengan ahli UMNO pada ketika itu…Tahniah EP ucapkan pada mereka..antaranya ialah YB Razali Ibrahim..Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia…

EP yang dari tadi sakit mata, sekarang sudah membawa ke sakit hati. Janganlah pentingkan diri sendiri. Orang lain bersengkang mata, menahan letih mengharungi perjalanan beratus-ratus kilometer, menyarungkan baju keramat UMNO dari awal pagi hingga kini… ANDA? Datang disambut. Kenderaan di ascord.. tak perlu meredah kesesakan dan tak perlu berjalan kaki sejauh lebih 3km… Kelam kabut nak balik kenapa????

Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik tadi yang duduk bersama.. kini mula meninggalkan tapak perasmian. Masing-masing mencari kenderaan yang harus mereka naiki. Ada yang sesat, ada yang salah bas, ada yang tak tahu ke mana nak dituju. Pada waktu ini di mana ketua mereka? Bukankah sepatutnya mereka bersama-sama ahli yang lain, menghantar mereka ke bas… Melambai tangan dan mengucapkan terima kasih. Di mana mereka?

Dari sakit mata, ke sakit hati, sekarang dah ke sakit jiwa EP dibuatnya dek perangai exco-exco ni. Kesian EP tengok makcik-makcik yang lost ni. Kami bantu apa yang patut. Nak pinjamkan handphone.. makcik-makcik ni tak tau siapa yang mereka harus hubungi. Maklumlah bila dah ramai-ramai. Tempat pun tak familiar.. sepatutnya perlu ada AJK yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal seperti ini.

EP meninggalkan Stadium Bukit Jalil pada jam 1.00 pagi. Di waktu ini masih ada saki baki ahli UMNO yang menunggu kenderaan mereka. Di harap mereka semua selamat tiba ke destinasi masing-masing.

Banyak yang boleh dipelajari dari peristiwa ini. Bagi yang di atas, janganlah lupa pada ahli yang di bawah. Semangat juang  adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik tadi harus disanjungi. Tanpa mereka siapalah ANDA. UMNO juga takkan utuh hanya dengan pucuk pimpinan sahaja. Hargai mereka. Bertukar senyuman, bersalaman, bertanya khabar.. walaupun remeh dan kecil bagi ANDA tapi BESAR ertinya bagi mereka d bawah. ANDA ingin disanjungi dan dihormati. Tapi pernahkah ANDA menyanjungi dan menghormati ahli-ahli anda? Di mana ANDA apabila anak-anak buah anda memerlukan anda?...

so...renung-renung kan dan selamat berpolitik yerr....
sumber;http://empayar-pemuda.blogspot.com

Isnin, 14 Mei 2012

NAK BELI WANITA TUK D JADI KAN ISTERI, AMIK NO NIE..



Seronoknya!

Itu kaedah terkini untuk membeli bini ...

Oh! Berikut nombor untuk dihubungi ...

J
JANGAN  LUPA UNTUK LIKE  DI SINI
hehehehe.... jangan mare yerr....

Jumaat, 11 Mei 2012

SAIFUL APEK VS DAVIS TEO UNTUK RM200K..



Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.

Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Saiful berkata, Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan.



psstt; kami peminat2 menyokong penuh sebarang tuntutan yang ingin di buat, moga berjaya. Penerbit ini sudah terlalu mewah hasil dari titik peluh artis kita. Contoh paling dekat... SHAW BROTHERS hari ini mewah dan kaya raya 7 generasi hasil kehebatan ALLAYARHAM TAN SRI P RAMLEE..sedang kan tuan empunya badan, pergi dalam kemiskinan. Hidup penuh derita 7 generasi...
peaceee......

Rabu, 9 Mei 2012

PENYOKONG BERSIH HINA SULTAN SELANGOR



Posting ni di cilok dari MyMassa...makin lama puak-puak yang menyokong Anwar ni makin kurang ajar......cuba baca komen ini di Malaysiakini..



Komen tersebut dipaparkan dalam artikel ini(http://www.malaysiakini.com/news/197320).



Ini profil Syed Abd Hakiim..





Syed Abd Hakiim merupakan seorang penyokong tegar BERSIH!!!



Tidak hairanlah kenapa dia begitu biadap dengan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Kerana salah satu matlamat utama BERSIH adalah menghapuskan Raja-raja Melayu dan membentuk negara REPUBLIK dengan Anwar Ibrahim sebagai Presiden Pertama Malaysia.



Tolong sebarkan pendedahan ini untuk sedarkan orang Melayu bahawa BERSIH sememangnya bermatlamat untuk menggulingkan Kerajaan dan Raja-raja Melayu dengan menggunakan tuntutan pilihanraya sebagai topeng mereka. Tidak hairanlah kenapa penyokong BERSIH sanggup derhaka kepada Raja-raja Melayu kerana bagi mereka, Anwarlah raja mereka yang cuba mereka naikkan dengan gulingkan Kerajaan.

*PDRM, SKMM.....mohon sangat-sangat penderhaka ini diambil tindakan sewajarnya. DAULAT TUANKU!!!


sumber; Empayar Pemuda...
pssttt; nak berpolitik pun jgn sampai hina raja sendiri, malu kat bangsa lain...  

AZWAN ALI MENGAMUK LAGI...


Pengacara tempatan terkenal, Azwan Ali sekali lagi telah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan akaun Twitter miliknya untuk meluahkan rasa marah terhadap ibunya sendiri dengan menggunakan kata-kata kurang elok.
Perkara tersebut berlaku selepas sebuah portal menyiarkan luahan kekecewaan ibunya, Che Tom Yahaya, 78, terhadap sikap abangnya yang juga seorang ahli politik, Azmin Ali yang dikatakan telah mengabaikannya dan sudah berubah sikap.
Kemarahannya itu turut ditujukan kepada pengguna Twitter lain dengan melabelkan mereka sebagai 'bangkai'.
Walaupun ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya, pengacara terkenal ini kelihatan tidak mengalah dan menjawab setiap komen yang tidak bersetuju dengan sikapnya itu.
Sebelum ini pengacara televisyen berusia 46 tahun pernah mengancam untuk membunuh adiknya, Ummi Hafilda melalui Twitter.
Namun pada 18 Januari lalu, dia telah tampil membuat permohonan maaf selepas Ummi membuat laporan polis terhadapnya.
psstt;...ni lah nama nya..anak kurang ajar tahap melampau yang tak boleh di ajar lagi, dia tak tau ker, betapa perit  dan susah nya ibu dia mengandung dan melahir kan dia, lepas tu di besar kan dengan penuh kasih sayang dan di beri didikan sampai boleh berfikir yang mana yang baik dan yang buruk.
malas lah nak cakap. bengong nya orang.....

Selasa, 8 Mei 2012

NGINTAI ANAK DARA .. TERIMA AKIBATNYA..


 Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam tandas di sebuah ladang berdekatan Jalan Bintangor, di sini, menerima padah apabila dia melecur disimbah air panas oleh mangsa intipannya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 20-an dikatakan menggelupur kesakitan akibat melecur di muka, dada, bahu kiri dan lengan akibat terkena air panas selepas disimbah seorang pekerja wanita di ladang berkenaan.

Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan sering mengintai pekerja wanita yang menggunakan tandas berkenaan dengan menebuk beberapa lubang pada dindingnya. Menurutnya, perbuatan lelaki yang juga pekerja ladang itu dikatakan sudah lama berlarutan menyebabkan beberapa pekerja wanita berang dan memasang perangkap.


“Tengah hari tadi (semalam), lelaki terbabit dikatakan mengulangi perbuatan sama apabila mengintai seorang pekerja wanita yang memasuki tandas itu.

“Rupa-rupanya wanita itu hanya berpura-pura menggunakan tandas kerana dia sebenarnya mahu memerangkap lelaki warga asing itu. Malah, wanita berkenaan dipercayai sudah berpakat dengan rakan lain untuk ‘mengenakan’ lelaki itu.


“Ketika asyik mengintai, seorang daripada rakan wanita menyimbah air panas ke arah lelaki itu menyebabkan dia melarikan diri sambil menjerit kesakitan,” katanya.



Sumber itu berkata, lelaki terbabit bernasib baik kerana segera dihantar beberapa pekerja ladang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei.

“Bagaimanapun, berikutan kecederaan parah dialaminya, lelaki terbabit dirujuk ke Hospital Sibu,” katanya.


Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan memaklumkan, keadaan lelaki terbabit dilaporkan stabil.
psstt;..sib baik air panas,kalau kena simbah ngan asid.. baru padan muka.. hehehe

Isnin, 7 Mei 2012

FENOMENA BULAN BESAR..



Imej bulan penuh yang paling besar dan cerah pada tahun ini dapat dilihat kelmarin selepas ia berada dekat dengan Bumi.
Pakar-pakar berkata, bulan itu kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding pada hari biasa.
Jarak bulan dengan Bumi ketika itu ialah 357,000 kilometer.
Beberapa jurugambar agensi berita antarabangsa berjaya merakamkan gambar bulan itu di beberapa buah bandar raya utama.
Seorang penulis buku 50 Great Myths of Popular Psychology, Scott Lilienfeld dari Universiti Emory di Atlanta, Amerika Syarikat menyatakan terdapat kepercayaan tinggi bahawa kelakuan ganjil akan berlaku ketika bulan penuh. - Agensi

Rabu, 2 Mei 2012

VIDEO; MAJLIS PENIKAHAN FASHA SANDHA...



Ini ada lah video majlis pernikahan fasha sandha dan pasangannya khas tuk saya dan anda semua peminat fasha.
 Moga pasangan pengantin ni kekal bahagia hayat..
jom layann....