PING BUSUK

Rabu, 9 Mei 2012

AZWAN ALI MENGAMUK LAGI...


Pengacara tempatan terkenal, Azwan Ali sekali lagi telah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan akaun Twitter miliknya untuk meluahkan rasa marah terhadap ibunya sendiri dengan menggunakan kata-kata kurang elok.
Perkara tersebut berlaku selepas sebuah portal menyiarkan luahan kekecewaan ibunya, Che Tom Yahaya, 78, terhadap sikap abangnya yang juga seorang ahli politik, Azmin Ali yang dikatakan telah mengabaikannya dan sudah berubah sikap.
Kemarahannya itu turut ditujukan kepada pengguna Twitter lain dengan melabelkan mereka sebagai 'bangkai'.
Walaupun ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya, pengacara terkenal ini kelihatan tidak mengalah dan menjawab setiap komen yang tidak bersetuju dengan sikapnya itu.
Sebelum ini pengacara televisyen berusia 46 tahun pernah mengancam untuk membunuh adiknya, Ummi Hafilda melalui Twitter.
Namun pada 18 Januari lalu, dia telah tampil membuat permohonan maaf selepas Ummi membuat laporan polis terhadapnya.
psstt;...ni lah nama nya..anak kurang ajar tahap melampau yang tak boleh di ajar lagi, dia tak tau ker, betapa perit  dan susah nya ibu dia mengandung dan melahir kan dia, lepas tu di besar kan dengan penuh kasih sayang dan di beri didikan sampai boleh berfikir yang mana yang baik dan yang buruk.
malas lah nak cakap. bengong nya orang.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan