Moga mereka yang berkenaan ambil iktibar, jangan terlebih BODEK untuk jadi calon PRU hingga terlupa AHLI-AHLI di bawah.. layannnnn.........
TAHNIAH!!! EP ucapkan kepada Seluruh ahli UMNO sempena Sambutan Hari UMNO ke 66 yang lalu. Meriah… memang meriah…
Tetapi di dalam kemeriahan hari perasmian pada Jumaat lalu, ada beberapa perkara yang tak berapa sedap mata memandang. Bukan tujuan EP nak menghentam sesiapa tapi“there’s always room for improvement” bak kata omputeh.
EP memulakan perjalanan seawal 2 pagi menuju Kuala Lumpur untuk sama-sama meraikan hari bersejarah UMNO. Di sepanjang lebuhraya kami beriringan dengan berpuluh-puluh bas yang membawa ahli UMNO. Di hentian R&R pula sesak dengan ahli-ahli UMNO yang datang dari Utara. Terasa seronok pula melihat senario ini.
Setelah berhenti mandi dan berehat di rumah member…akhirnya kami tiba juga di Stadium Putra Bukit Jalil setelah berjam-jam terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Almaklumlah berpuluh ribu kenderaan ingin menuju ke tempat yang sama. Kemeriahan semakin terasa.. Kehangatan semakin membara. Lautan manusia merah putih mewarnai Stadium Putra Bukit Jalil. Masing-masing berasa bersemangat menunggu detik perasmian oleh YAB Dato Sei Najib. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik, tak kira tua muda duduk bersama-sama bagi meraikan hari UMNO.
EP rasa terharu melihat kesungguhan mereka untuk sama-sama berada di Bukit Jalil. TAPI yang peliknya pucuk pimpinan UMNO seolah-olah tidak terharu dengan sokongan ahli UMNO. Yang jeliknya semua exco tertinggi duduk di atas pentas bersama-sama PM. Bukankah molek sekiranya mereka sama-sama duduk di bawah bersama ahli-ahli yang lain. Biarlah PM dan beberapa tokoh saja yang berada di atas. Kenapa perlu duduk di atas? Ini bukan mesyuarat Agong … ini sambutan hari UMNO!!!
Bertambah jeliknya.. apabila usai PM memberi ucapan, menteri-menteri serta exco-exco kelam-kabut bangun untuk bersalam dan mengucapkan tahniah kepada beliau. Tidak ada waktu lainkah? Ini pertama kali mereka bertemu PM kah? Sakit juga mata EP memandang gelagat exco-exco ini yang seolah-olah ingin ‘mengipas’ tak kena tempat.
Bertingkat-tingkat jeliknya bila waktu jamuan bermula. Semua exco tertinggi makan bersama PM. Di dalam bilik berhawa dingin di jamu dengan makanan yang enak-enak. Alangkah moleknya jika mereka makan bersama ahli yang lain. Beramah-mesra, bergurau senda. Mendekatkan diri dengan rakyat. Tidak terdetik kah di hati mereka, “ahli-ahli yang lain.. sudah makan kah mereka?”
Berblok-blok jeliknya melihat Exco-exco yang sanggup berbaris di depan kereta PM untuk mengiringi PM pulang walhal pada ketika itu mereka boleh beramah mesra dengan ahli-ahli UMNO yang hadir dari seluruh Malaysia… sejurus selepas PM meninggalkan majlis, pimpinan tertinggi UMNO termasuk Exco Wanita, Pemuda dan Puteri macam tak cukup tanah turut sama angkat kaki meninggalkan Stadium Bukit Jalil. Cuma ada beberapa Menteri dan Timbalan Menteri je yang beramah mesra dengan ahli UMNO pada ketika itu…Tahniah EP ucapkan pada mereka..antaranya ialah YB Razali Ibrahim..Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia…
EP yang dari tadi sakit mata, sekarang sudah membawa ke sakit hati. Janganlah pentingkan diri sendiri. Orang lain bersengkang mata, menahan letih mengharungi perjalanan beratus-ratus kilometer, menyarungkan baju keramat UMNO dari awal pagi hingga kini… ANDA? Datang disambut. Kenderaan di ascord.. tak perlu meredah kesesakan dan tak perlu berjalan kaki sejauh lebih 3km… Kelam kabut nak balik kenapa????
Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik tadi yang duduk bersama.. kini mula meninggalkan tapak perasmian. Masing-masing mencari kenderaan yang harus mereka naiki. Ada yang sesat, ada yang salah bas, ada yang tak tahu ke mana nak dituju. Pada waktu ini di mana ketua mereka? Bukankah sepatutnya mereka bersama-sama ahli yang lain, menghantar mereka ke bas… Melambai tangan dan mengucapkan terima kasih. Di mana mereka?
Dari sakit mata, ke sakit hati, sekarang dah ke sakit jiwa EP dibuatnya dek perangai exco-exco ni. Kesian EP tengok makcik-makcik yang lost ni. Kami bantu apa yang patut. Nak pinjamkan handphone.. makcik-makcik ni tak tau siapa yang mereka harus hubungi. Maklumlah bila dah ramai-ramai. Tempat pun tak familiar.. sepatutnya perlu ada AJK yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal seperti ini.
EP meninggalkan Stadium Bukit Jalil pada jam 1.00 pagi. Di waktu ini masih ada saki baki ahli UMNO yang menunggu kenderaan mereka. Di harap mereka semua selamat tiba ke destinasi masing-masing.
Banyak yang boleh dipelajari dari peristiwa ini. Bagi yang di atas, janganlah lupa pada ahli yang di bawah. Semangat juang adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik tadi harus disanjungi. Tanpa mereka siapalah ANDA. UMNO juga takkan utuh hanya dengan pucuk pimpinan sahaja. Hargai mereka. Bertukar senyuman, bersalaman, bertanya khabar.. walaupun remeh dan kecil bagi ANDA tapi BESAR ertinya bagi mereka d bawah. ANDA ingin disanjungi dan dihormati. Tapi pernahkah ANDA menyanjungi dan menghormati ahli-ahli anda? Di mana ANDA apabila anak-anak buah anda memerlukan anda?...
so...renung-renung kan dan selamat berpolitik yerr....
sumber;http://empayar-pemuda.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan