PING BUSUK

Jumaat, 7 Disember 2012

FUHHH DAPAT BONUS RM300K..KO ADA KER..



ROSMALIZA (kiri) menerima royalti bonus bernilai RM300,000 daripada Abdullah (tiga daripada kanan) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Alhamdulilah, syukur..rezeki datang dari NYA hasil kerja keras yang tidak mengenal erti penat dan sanggup menghadapi apa jua cabaran dan rintangan yang mendatang..akhir nya.. dapat bonus RM 300,000..
Apaaaa..... RM300,000...wowwww... banyakk tuu..
apa yang aku buat selama ini, 
wanita yang menghayun buaian juga mampu mengoncang dunia.. 
nak tau apa yang dia buat... baca artikel bawah nie...

KUALA LUMPUR - Syarikat pengedar produk pelangsingan badan yang popular dengan jenama Alpha Lipid SD II, NZ New Image Sdn. Bhd.(New Image) optimis untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang berjaya.
Eksekutif Pemasarannya, Rosmaliza Miswan berkata, ini dapat dilihat daripada kecemerlangan yang diperoleh 700 orang pengedar syarikat tersebut yang diraikan dalam majlis 60th Malaysian Royalty di sini pada 18 November lalu.
Majlis yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi itu menyaksikan kesemua mereka menerima royalti bonus berjumlah RM14.7 juta.
Rosmaliza berserta seorang lagi pengedar, Norazuan Osman merupakan antara pengedar yang menerima royalti bonus tertinggi RM300,000 seorang.
"Kami berbangga kerana kesemua pengedar yang menerima durian runtuh itu terdiri daripada usahawan bumiputera.
"Kami mahu melihat lebih ramai yang terlibat dan berjaya meraih pendapatan yang lumayan pada tahun depan," katanya.
errmmm.. bisness nie.. boleh cuba ni..ada sesapa tak yang boleh ajar saya, saya pun nak bonus RM300,000 gak..boleh beli kereta sport idaman kalbu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan