PING BUSUK

Jumaat, 29 November 2013

ALLAH TAALA BAYAR CASH PADA PENJENAYAH INI...

  • Maut kemalangan selepas samunAnggota bomba cuba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kereta akibat bertembung dengan sebuah lori di Jalan Simpang Temin, Felda Lasah, Sungai Siput.
SUNGAI SIPUT - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dan wang kutipan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dibawanya dilarikan tiga lelaki di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa yang sedang memandu kereta Proton Saga BLM dihimpit sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki dan memaksanya untuk memberhentikan kereta.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, seorang daripada suspek keluar dan mengugut mangsa supaya keluar dari kereta dan melarikan kenderaan itu bersama wang dianggarkan puluhan ribu ringgit hasil kutipan duit AIM dari cawangan berdekatan.

Menurutnya, ketika suspek cuba melarikan diri, kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Simpang Temin, Felda Lasah, Sungai Siput dan menyebabkan kedua-duanya maut.

"Suspek yang memandu kereta berkenaan berusia 42 tahun dari Kampung Bahagia Sungai Siput, maut di tempat kejadian manakala rakannya berusia 37 tahun dari Kampung Suak Petai, Manong maut di Hospital Sungai Siput.

“Seorang lagi rakan suspek yang belum dikenal pasti identitinya sempat melarikan diri. Polis masih mengenal pasti identiti suspek yang masih melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, Azman mengesahkan mangsa samun tidak cedera dan hanya ditinggalkan di tepi jalan. Pihak polis juga berjaya menemui semula barangan milik mangsa yang disamun termasuk wang tunai.

ALLAH TAALA bayar cash ajer, buat jahat lagi...

Khamis, 28 November 2013

GILA SEKS, PUNCA MEREKA MENGANUT SYIAH...


Kebenaran untuk berkahwin secara mutaah yang kononnya menghalalkan zina dikenali pasti sebagai faktor utama menyebabkan segelintir umat Islam di negara ini terutama lelaki, terjebak dengan fahaman Syiah. 

Penolong Pengarah, Seksyen Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas'od, berkata kesimpulan itu berdasarkan pengakuan 141 pengikut fahaman terbabit yang direkodkan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) setakat ini. 



Syiah buat hadis palsu 

Katanya, kebanyakan pengikut Syiah daripada kalangan orang Melayu tidak mahu menceritakan secara terperinci mengenai kahwin mutaah, namun Syiah buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar. 

Mereka tahu zina perkara jijik dan berdosa besar, tetapi dalam Syiah benda jijik dimuliakan... Nikah mutaah mulia, bahkan mendapat pahala lagi, siapa yang bermutaah sekali sama martabatnya dengan Saidina Hassan, dua kali sama dengan Saidina Hussin dan tiga kali sama dengan Saidina Ali. 


Pengikut Syiah percaya, kahwin mutaah yang sebenarnya menghalalkan zina dalam Islam, akan diberikan pahala yang besar seperti yang diterima Rasulullah SAW dan sahabat Baginda, katanya ketika berucap pada majlis 'Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana BAKTI: Kesesatan dan Fahaman Syiah', di sini semalam. 

Ciri penganut Syiah 

Majlis anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di Kompleks Seri Perdana itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. 

Aizam juga mendedahkan ciri penganut fahaman Syiah yang turut menggelarkan fahaman itu sebagai Mazhab Ahli Bait bagi mengelirukan umat Islam, terutama Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Katanya, antara ciri berkenaan termasuk menambah bacaan dua kalimah syahadah dan azan, solat tiga waktu sehari iaitu dengan menjamakkan Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isyak. 

Amalan lain termasuk sujud di atas batu Karbala ketika solat, tidak menunjukkan penghormatan kepada sahabat Rasulullah dan tidak terus berbuka puasa selepas mendengar azan Maghrib pada Ramadan. 

Penyebaran ajaran sesat itu yang kerap berselindung di sebalik agensi pelancongan, buku agama dan risalah serta media sosial, katanya sambil menambah pengikut Syiah di Malaysia dianggarkan sekitar 1,500 hingga 2,000 orang. 


Ceramah itu dihadiri 70 tetamu termasuk ahli BAKTI, Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) serta Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). 

Sumber

Sabtu, 23 November 2013

GADIS MAHU LELONG DARA DIA..

Gadis Tidak Bermoral, Mahu Lelong Dara
- BRAZIL : Pelajar Brazil yang menjadi tumpuan ramai kerana menjual `dara’ pada harga RM2 juta, sekali lagi membuat tawaran yang sama kepada pembida.
Catarina Migliorini, 21, mendakwa masih dara kerana pembeli sebelum ini tidak melakukan hubungan seks dengannya.
Kali ini, pelajar yang tidak bermoral ini menawarkan harga bidaan sebanyak RM264,000 dan berharap mendapat bidaan sekurang-kurangnya RM4 juta.
Aksi Migliorini dalam lelong dara sebelum ini dirakamkan oleh sebuah produksi dari Australia untuk satu dokumentari namun gadis ini mendakwa dia tidak mendapat sesen pun wang hasil bidaan berkenaan.
Dia mendakwa tidak mendapat wang yang dibayar oleh seorang pembeli dari Jepun, Natsu pada bulan Oktober lalu.
Natsu yang juga seorang jutawan berjaya menewaskan pembida dari Amerika Syarikat iaitu Jack Miller dan Jack Right serta jutawan India, Rudra Chatterjee.
Migliorini memberitahu, selepas bertemu dengan Natsu, di sebuah restoran di Sydney, dia mendakwa Natsu tidak memenuhi syarat dan mereka tidak melakukan hubungan seks.
Dia juga berkata, segala perjalanannya tidak ditanggung oleh syarikat produksi berkenaan dan percaya Natsu sebenarnya tidak wujud, sebaliknya produksi tersebut hanya mereka-rekanya untuk tujuan penggambaran.
Hasil lelongan berkenaan, menjadikan Migliorini sebagai selebriti di Brazil dan dia turut bergambar untuk majalah Playboy versi Brazil dan Argentina.
Migliorini mahu menggunakan wang itu untuk membina rumah bagi golongan miskin.
Luar negara kita ni memang macam-macam ada, jangan kita ikut pulak sudah lah yerr....


Khamis, 21 November 2013

PELAJAR MALAYSIA MAUT DI TURKI..

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.


Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam



Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam






Isnin, 18 November 2013

BERANI, UPLOAD GAMBAR " SUP LIDAH " DI FACEBOOK..


Korang tengok gambar FB di atas ni, setuju tak diaorang nie teruk dihentam pasangan couple nie buat "SUP LIDAH" Di Facebook.

Pasangan couple berkelakuan ranjang apabila mengupload gambar mereka yang sedang asyik bercumbu-cumbuan diantara satu sama lain dihentam teruk oleh kawan-kawan Facebooknya.

Yang menariknya komen backup dari kawan pasangan nie untuk mempertahankan maruah kawan mereka berkenaan gambar di atas adalah "Jangan ingt korang tuh perfect keyhh!!mereka nie daa tunang dah pun lah!!"

Sorry to say yee adik! GR nak bagi pendapat pulak, korang tue baru tunang je, bukannya kahwin lagi pun. Lagi pun korang nk jadi SUPERSTAR PORN ke nak tayang aksi intim korang kat seluruh dunia baik lupakan jelah.

Even bertunang pun bukannya korang ada 'Lesen Besar' nak buat suka hati. Baru bertunang jer pun....belum korang nie diijabkabul. Jodoh pertemuan ajal maut ditangan Tuhan Yang Esa.

Pada pembaca artikel nie nak lontarkan pandangan pasal pasangan yang perasan bagus nie, jangan segan-segan yer. Komen jer apa pun bagi pandangan pasal dua ekor nie.


GR kata: Asal tak post gambar bogel berdua jerk...kalau rasa dah hebat sangat!

kesian dia makbapak dia org ni kan, apa lah nak jadik ngan anak anak kita semua....

Sabtu, 16 November 2013

KLIP VIDEO LUCAH REMAJA TERSEBAR...

Klip Lucah Remaja Melayu Melakukan Hubungan Seks Selepas Balik Kelab Tersebar - Sebuah klip video selama 5 minit 28 saat yang memperlihatkan satu pasangan remaja Melayu melakukan hubungan seks di sebuah hotel kini tersebar di beberapa lama web lucah popular.
Pasangan berkenaan didakwa pihak yang memuat naik video berkenaan sebagai baru sahaja pulang dari bergembira di kelab malam.
Tidak tahulah mereka pasangan suami isteri atau apa… kalau bukan maknanya berzina…dan itu sudah satu hal…ditambah lagi dengan kebodohan merakamkan aksi yang tidak sepatutnya.
Ini bukan kali pertama dan seolah-olah semakin menjadi satu perkara yang macam diterima di negara ini.
Kalau dahulu benda macam ini bukan main kecoh, namun sekarang orang acuh tak acuh.
Artis yang pernah terbabit dalam aksi yang tidak sepatutnya dirakam pun kembali berlakon dengan muka tembok. Macam tidak ada apa-apa yang berlaku.
Rasanya, tak lama lagi akan jadi semacam kebangaan pulak kot kalau dapat rakam aksi seks dan sebarkan kepada orang ramai… glamour tak bertempat. – MyNewsHub
ini lah jadinya bila dosa sudah menjadi mainan mereka dan kita kita semua... subhanaallah...

Jumaat, 15 November 2013

MANGSA KEMALANGAN DALAM KEADAAN BOGEL....

Sebuah van telah mengalami kemalangan dengan melanggar sebatang pokok.Keadaan van remuk dan paling menyayat hati penumpang mati dan tercampak keluar dari van dalam keadaan bogel. Admin - jangan tension sangat ya.. kih kih kih.. 


sumber http://www.ceritaapakah.com

 hehehe...kalau aku terkena, korang pun mesti lah terkena juga, mana adil aku jer yg torkono... hehehehhe

Rabu, 13 November 2013

DATO SITI KENA BOM DI ALAM MAYA ANGKARA TEGUR KJ

Sebenarnya majoriti memang membenci FAM. Nak cari penyokong FAM neh ibarat mencari jarum peniti dalam air sungai. Kalau nasib ko baik, ko jumpa la balik jarum yang ko tercicirkan tue. Tapi most of the time nasib memang tak berapa nak baik. Kalau dah jatuh, alamak lebur je jawabnya.

Siang tadi Cik CT Nurhaliza kita ikhlas nak menasihati dan menegur KJ rentetan dari siri serangan oleh serangan KJ terhadap FAM. Tapi CT Nurhaliza tersilap percaturan kat sini sebab penyokong2 bola di negara ini sememangnya anti FAM. 

Jadi serangan KJ terhadap FAM diraikan oleh orang ramai sebenarnya. Ramai dok tepuk tangan neh. Bukan bangsa cina jek. India, melayu, iban ke kadazan ke apa seme tepuk tangan. Silap2 bangla, nepal dan indonesia pun tumpang tepuk sekali beb. 

Dan ia adalah pengetahuan umum sebenarnya.

Di negara ini kita sudah tahu peminat bola sepak memang menyampah dekat FAM. Ia bukan rahsia lagi beb. Kalau baru minat bola, itupun sebab pasukan negeri baru menang final, seboleh2nya elakkan berkata2 atas benda yang kita kurang jelas. 

FAM memang layak kena maki. Bila KJ lawan FAM, orang dah angkat dia HERO sebab dia LAWAN FAM. Sesiapa lawan FAM sememangnya HERO di mata peminat2 bola sepak negara. Nak buat macam mana suka tak suka pun. Point penting dia satu je. LAWAN FAM. Titik. FAM dah dipolitikkan sampai ke satu tahap yang orang rasa .. tak payah korang nak tahu secara detail la. Kang tak pasal2 jadi kes lain pula.

Hehe..

 
Puncanya?

Orang lain yang di sindir KJ, orang lain pula yang keluarkan nasihat.. awat cik kak oi? 



Ct Nurhaliza ikhlas bagi nasihat. Kita faham. Sangka baik neh. Cuma sayangnya nasihat tak kena gaya dan tak kena tempat. Bila FAM kena MAKI, sound, bidas, dan sebagainya, orang bukan rasa simpati kat FAM bahkan mengalakkan lagi untuk sesiapa membantai FAM habis2an. Siti mungkin baru, takpela. Di maafkan. Anggap ini sebagai pengajaran berguna. Cuma harap2 CT Nurhaliza berlapang dada la baca komen2 yang mengherdik statement CT kerana rata2 nya menganggap CT sedang melakukan bodek tahap maksima.


sumber;sozcyili


Ahad, 10 November 2013

( VIDEO ), GADIS DI HEMPUK DENGAN PERIUK...

[Video] Gadis Dihempuk Periuk Oleh Ibu Sendiri Gara Gara…
… - Bayangkan anda dihempuk dengan periuk oleh ibu sendiri gara-gara dia tak tahan mendengar suara ‘merdu’ anda..
Sadiskan..
Itu yang terjadi pada seorang gadis remaja di Brazil yang melalak dengan lagu popular dendangan Alicia Keys, Girl On Fire sambil merekodkannya menerusi ‘web cam’.
Namun apa yang tak disangka ialah ibunya telah menyerang gadis tersebut, mungkin gara-gara suara bising anaknya itu menganggu aktiviti yang dilakukan oleh ibunya pada ketika itu.
Iyalah, mana tahu maknya sedang syok layan drama kat tv, tiba-tiba anak buat bising.
Mana tak menyirap maknya kan.
Nyanyi lagu Girl On Fire, alih-alih dia yang kena Fire! Hahaha..
Apa-apa pun layan je la dulu video ini ya untuk hiburan hari Ahad anda! – MyNewsHub
amik kau, kan dah kena, melalak tak tentu pasal, sore bukan sedap pun.. hehehe

Sabtu, 9 November 2013

RAMAS BUAH DADA MODEL UNTUK DANA AIDS..

Dana AIDS, Penderma Boleh Ramas Buah Dada Model    Pelik, meramas buah dada dimaksudkan tak lain mengumpul dana untuk AIDS.
Caranya penderma boleh ramas buah dada para model sepuasnya.

Beginilah aksi untuk mendapatkan wang banyak dalam waktu sekejap.

Mereka rela buah dada diramas – ramas calon penderma tanpa memperdulikan maruah diri… 

sumber– paapaada.blogspot

kalau buat kat tempat kita nie, confirmmmm.... penuh..

SIAPA KATA MINUM AIS TAK BAGUS, BACA NI...


Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Teruskan membaca untuk lebih memahami. Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya. ~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut. **Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin....

berkongsi perkara baik..... sebarkan..

Jumaat, 8 November 2013

MUKA PECAH DI BELASAH JIRAN....

  • Suspek parah dibelasah jiranSuspek parah di kepala selepas bergelut dengan jiran mangsa.
KUALA LIPIS - Suspek yang memecah masuk rumah penduduk di Kampung Berchang, di sini pagi kelmarin dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan lanjut.

Sebelum ini, suspek yang juga warga asing berusia 30an menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis akibat parah di kepala dan badan ketika bergelut dengan jiran mangsa.

Difahamkan, semasa memecah masuk rumah mangsa, suspek bersama dua lagi rakan memakai baju dan seluar dalam serta mengikat tangkal di bahagian pinggang bagi melindungi diri.

Sinar Harian semalam melaporkan kejadian rompakan di rumah kedai milik Kamarudin Yusof, 42, di Kampung Berchang.

Dalam kejadian jam 3 pagi Rabu lalu, tiga suspek dipercayai warga asing bertindak memecah masuk rumah kedai yang didiami empat sekeluarga dalam satu kejadian rompakan bersenjata.

Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, suspek dipercayai memotong bahagian besi tingkap sebelum memecah masuk rumah dan mencederakan mangsa menggunakan kayu dan parang.

Menurutnya, suspek yang tidak sempat menggeledah rumah mangsa bertindak melarikan diri setelah bunyi bising dari arah halaman rumah.

Beliau berkata, seorang daripada suspek bergelut dengan jiran mangsa yang datang membantu dan dalam pergelutan itu suspek serta jiran mangsa mengalami kecederaan.

“Dua lagi suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan semak berhampiran dan polis menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) untuk mengesan suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga mendatangkan kecederaan.

Saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membantu siasatan.


Sabtu, 2 November 2013

SANGGUP ROGOL IBU SENDIRI KALAU KELANTAN MENANG...

Piala Malaysia, Sanggup Rogol Ibu Sendiri?
 - KALAU dah buat status sanggup rogol mak sendiri jika Kelantan menang Piala Malaysia Ahad ini, individu itu pasti mempunyai masalah mentalnya yang kurang waras serta mungkin berpotensi melakukan jenayah.
Satu akaun Facebook atas nama Elman Ganu, membuat status sebegitu rupa termasuk sanggup menjadikan ibunya sebagai pelacur.
Dulu, golongan yang mahukan publisiti murahan buat status setakat berlari bogel dan memotong kemaluan yang mengundang kecaman hebat di Facebook, inikan pula status kejam yang jelas menggambarkan sikap anak derhaka pemilik akaun berkenaan.
Budaya sebegini, sukar hendak dibendung kerana ia melibatkan laman sosial yang berjuta penggunanya.
Pengawalan sikap anak-anak agar tidak melampaui bantas, jika dikaji dari sudut mana pun ia pasti mesti bermula dari didikan dari rumah oleh keluarga dan kedua-dua ibu bapa.
Elman ini mungkin penyokong pasukan Terengganu yang gagal ke perlawanan akhir jadi, dia agak marah dan tidak berpuas hati sehingga turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada para penyokong Kelantan.
Piala Malaysia musim lepas pun dah macam-macam status merepek muncul dalam Facebook sehingga menjadi viral dan individu berkenaan dikecam teruk, musim depan apa pulak ya. – MyNewsHub

Apalah nak jadi dengan bebudak sekarang ni, berfikir guna kepala lutut...

PARTI HALLOWEEN DI SAMBUT MERIAH OLEH ARTIS ISLAM KITA, TAHNIAH...


Semalam, merupakan hari di mana sambutan Halloween meriah diadakan di negara-negara Barat. Secara ringkas, Halloween adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober yang dikaitkan dengan makhlus halus, syaitan, ahli sihir dan hantu.

Pada malam tersebut kanak-kanak akan berpakaian aneh dan mengetuk pintu rumah orang untuk meminta gula-gula dengan menjerit ‘trick or treat!’.




Orang dewasa pula, merayakannya dengan sambutan yang lebih ke arah ‘kedewasaan’ seperti mengadakan parti di mana semua orang datang dengan berpakaian dengan berunsur seram. Itu di negara Barat.

Tapi nampaknya, sambutan Halloween turut menular ke negara kita termasuk dalam kalangan artis.
Namun mungkin menyedari kontroversi yang pernah tercetus pada tahun sebelum ini bagi artis yang memuatnaik gambar mereka merayakan Halloween, tahun ini tak ramai berbuat demikian.




Bagaimanapun, masih ada artis Malaysia yang dikesan meraikan malam semalam dan tidak kisah untuk memuat naik gambar di laman sosial. Antaranya Shasha Saidin dan Juliana Evans.

Tidak kira Shasha, Juliana mahu pun artis-artis lain yang terbabit menyambut Halloween, niat mereka mungkin sekadar suka-suka sahaja untuk memeriahkan suasana. Tak apalah, kami faham.

Tapi dah alang-alang suka sangat menyambut setiap perayaan, kami ingin mencadangkan kepada mereka agar tidak lupa menyambut satu lagi perayaan yang bakal jatuh pada 5 November depan, iaitu awal Muharam.


Mereka ini semua, ( bukan artis saja), mana boleh di tegur, kalau kita tegur, melenting lah  dia orang ini semua nya, jawapan paling populor ialah, " korang semua ingat korang tu bagus sangat ker, boleh masuk syurga ker, aku ada kacau hidup korang ker, nak tunjuk alim konon, " gitu lah jawapan sombong dan berlagak nya mereka ni.....

assalammualaikum...

jom layan album kumpulan halloween ni, lagi best.....
fuhhhhh memang layan...


Jumaat, 1 November 2013

‘Botingkek’ versi omputih.. layannnn

Lagu ‘Botingkek’ nyanyian Waris dan Juzzthin sememangnya cathy dan menjadi siulan ramai.
Justeru apabila ia tersenarai dalam pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) ramai peminat lagu ini tumpang gembira.
Malangnya, badan penilai AIM 20 telah membuat keputusan untuk menggugurkan lagu ini daripada senarai setelah mendapati lagu tersebut mempunyai persamaan dengan lagu ‘Racks’ nyanyian rapper Amerika Syarikat, YC.
Perkara ini diumumkan Ketua Juri AIM 20, Datuk Ramli MS kepada akhbar Berita Harian.
Jika tidak digugurkan, ‘Botingkek’ yang merupakan lagu ciptaan DJ Fuzz akan berentap dengan empat lagu lain bagi kategori Lagu Hip Hop Terbaik.
Menurut Ramli, hasil penilaian mendapati ‘Botingkek’ mempunyai persamaan dari mula hingga akhir dengan lagu ‘Racks’.
Bagaimanapun sebuah lagi lagu yang dinilai semula kerana mempunyai unsur ciplak iaitu ‘Inilah Janjiku’ nyanyian Amran Ismail tidak menerima nasib sama seperti ‘Botingkek’.
Lagu yang dikatakan menciplak ‘I Heart You’ nyanyian kumpulan Indonesia, Smash itu terselamat kerana didapati persamaan yang wujud tidak banyak.
Begitu pun peminat Waris masih boleh berbangga kerana sebuah lagi lagunya, ‘Rembau Most Wanted’ masih tercalon dalam AIM 20. – MyNewsHub

‘Botingkek’ Digugurkan Dari AIM Sebab Lagu Ciplak