PING BUSUK

Rabu, 13 November 2013

DATO SITI KENA BOM DI ALAM MAYA ANGKARA TEGUR KJ

Sebenarnya majoriti memang membenci FAM. Nak cari penyokong FAM neh ibarat mencari jarum peniti dalam air sungai. Kalau nasib ko baik, ko jumpa la balik jarum yang ko tercicirkan tue. Tapi most of the time nasib memang tak berapa nak baik. Kalau dah jatuh, alamak lebur je jawabnya.

Siang tadi Cik CT Nurhaliza kita ikhlas nak menasihati dan menegur KJ rentetan dari siri serangan oleh serangan KJ terhadap FAM. Tapi CT Nurhaliza tersilap percaturan kat sini sebab penyokong2 bola di negara ini sememangnya anti FAM. 

Jadi serangan KJ terhadap FAM diraikan oleh orang ramai sebenarnya. Ramai dok tepuk tangan neh. Bukan bangsa cina jek. India, melayu, iban ke kadazan ke apa seme tepuk tangan. Silap2 bangla, nepal dan indonesia pun tumpang tepuk sekali beb. 

Dan ia adalah pengetahuan umum sebenarnya.

Di negara ini kita sudah tahu peminat bola sepak memang menyampah dekat FAM. Ia bukan rahsia lagi beb. Kalau baru minat bola, itupun sebab pasukan negeri baru menang final, seboleh2nya elakkan berkata2 atas benda yang kita kurang jelas. 

FAM memang layak kena maki. Bila KJ lawan FAM, orang dah angkat dia HERO sebab dia LAWAN FAM. Sesiapa lawan FAM sememangnya HERO di mata peminat2 bola sepak negara. Nak buat macam mana suka tak suka pun. Point penting dia satu je. LAWAN FAM. Titik. FAM dah dipolitikkan sampai ke satu tahap yang orang rasa .. tak payah korang nak tahu secara detail la. Kang tak pasal2 jadi kes lain pula.

Hehe..

 
Puncanya?

Orang lain yang di sindir KJ, orang lain pula yang keluarkan nasihat.. awat cik kak oi? 



Ct Nurhaliza ikhlas bagi nasihat. Kita faham. Sangka baik neh. Cuma sayangnya nasihat tak kena gaya dan tak kena tempat. Bila FAM kena MAKI, sound, bidas, dan sebagainya, orang bukan rasa simpati kat FAM bahkan mengalakkan lagi untuk sesiapa membantai FAM habis2an. Siti mungkin baru, takpela. Di maafkan. Anggap ini sebagai pengajaran berguna. Cuma harap2 CT Nurhaliza berlapang dada la baca komen2 yang mengherdik statement CT kerana rata2 nya menganggap CT sedang melakukan bodek tahap maksima.


sumber;sozcyili


Tiada ulasan:

Catat Ulasan