PING BUSUK

Sabtu, 2 November 2013

SANGGUP ROGOL IBU SENDIRI KALAU KELANTAN MENANG...

Piala Malaysia, Sanggup Rogol Ibu Sendiri?
 - KALAU dah buat status sanggup rogol mak sendiri jika Kelantan menang Piala Malaysia Ahad ini, individu itu pasti mempunyai masalah mentalnya yang kurang waras serta mungkin berpotensi melakukan jenayah.
Satu akaun Facebook atas nama Elman Ganu, membuat status sebegitu rupa termasuk sanggup menjadikan ibunya sebagai pelacur.
Dulu, golongan yang mahukan publisiti murahan buat status setakat berlari bogel dan memotong kemaluan yang mengundang kecaman hebat di Facebook, inikan pula status kejam yang jelas menggambarkan sikap anak derhaka pemilik akaun berkenaan.
Budaya sebegini, sukar hendak dibendung kerana ia melibatkan laman sosial yang berjuta penggunanya.
Pengawalan sikap anak-anak agar tidak melampaui bantas, jika dikaji dari sudut mana pun ia pasti mesti bermula dari didikan dari rumah oleh keluarga dan kedua-dua ibu bapa.
Elman ini mungkin penyokong pasukan Terengganu yang gagal ke perlawanan akhir jadi, dia agak marah dan tidak berpuas hati sehingga turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada para penyokong Kelantan.
Piala Malaysia musim lepas pun dah macam-macam status merepek muncul dalam Facebook sehingga menjadi viral dan individu berkenaan dikecam teruk, musim depan apa pulak ya. – MyNewsHub

Apalah nak jadi dengan bebudak sekarang ni, berfikir guna kepala lutut...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan