PING BUSUK

Jumaat, 7 Disember 2012

TAKTIK TERBARU MEKANIK JALANAN ..BERHATI-HATI.



[WAJIB BACA & SEBARKAN] 

Taktik Terkini Penipuan Mekanik Jalanan, Hati-hati !!

Kisah benar yang berlaku kepada seorang sahabat apabila hampir ditipu oleh samseng jalanan yang menyamar sebagai mekanik untuk mengaut keuntungan lebih.

Sumber: HOTLIPS CORNER 

Dlm prjlnan dr Bangi ke UMKL, saya singgah di Hentian Serdang, utk ke bilik air. Lps tol Sg Besi, lelaki kanan (yg agkt tangan) follow naik motor & horn 2-3 kali sambil menunjuk ke arah tayar depan kereta. Saya pn brhenti tp x keluar, takut niat x baik. Dia kata tayar abg berasap. Saya tgok dr dlm kereta, ada minyak meleleh di rim tayar, mcm myk brek.

Lps tgok myk meleleh tu, rasa cuak jga. Sbb brek mmg ada bunyi sikit sblm ni. Lelaki India yg agkt tgn tgi tu pakai baju Honda, mgaku kerja kt Pusat Servis Honda (Global Amity) yg berdekatan & ofer nk bantu. Dia kata kena pegi tepi sikit kwsn lpg, nanti kalau org/kwn Honda nmpk, dia kena tindkn disiplin.

Oleh krn mcm bole prcaya, saya pun pergi ekori dia pegi kwsn ksong sblh Desa Waterpark. Dia pun buka tayar & check set brek (calipter). Dia kata mungkin bocor. Tp nmpk mcm ok je. Myk yg meleleh pun nmpk sikit je, tak merebak pd seluruh rim tyr. Tp, x berani nk bwk, takut risiko. Dia kata boleh tolg repair, @ kalau abg x percaya, abg boleh hntr kt pusat servis. Tp, biasa la bang, harga Honda. Saya pulak baru tukar fuel pump (RM180, cari sendiri) dan servis + strainer = +/- RM210. Kalau ambil fuel pump Honda RM1,836.00

Lelaki ni kata, dia call kwn dia di Pusat Servis utk ambilkan brg di spare part yg biasa. Boleh dpt harga kurang sikit. Sy tnya harga, dia kata x tau. Lps 10 minit, kwn dia (Ramesh) sampai, bwk brg dgn resit RM1500. Wa.. ni pun dh mahal. Mula timbul ragu sikit. Saya tegur dia knpa x bgtau awal2 harga. Dia minta maaf. Lps tu diorg psg, buka yg lama, letak dlm boot blkg.

Sy kata boleh byr kemudian tak, sy x cukup cash. Nti ptg sya singgah kt Global Amity. Diorg kata x bole. Abg ambil la kt mana ATM, diaorg nk ikut. Dlm hati makin ragu. Sy kata ATM pun x cukup, kena ambil di kaunter. You ikut saya pegi UM dulu, lps tu kita ambil duit. Kwn you tu, suruh la dia masuk kerja balik.

Bila masuk kreta, sy bwk dia masuk UM, tp Ramesh (yg sorg lg) follow kt blkg naik motor. Masa ni, saya rasa mmg diaorg ni tipu & brsungguh nk duit cash, bukan tolg. Sampai UM, sy kta nk masuk library pulang buku. Diorg tgu kt parking. Kreta saya kunci.

Lps pulang buku, sy call salesman kt Honda (GLobal Amity) & tnya, ada tak staf nama Ramesh. Dia kata mcm xda, knapa? Sy kata brek sy bocor, dia tolg repair. Salesman kata, oh itu tipu tu, sbb sblm ni ada customer Honda dh kena, tp dia pegi ke pusat servis. Kreta ok je.

Sy pun minta bantuan pihak keselamatan UM & balai polis Pantai. Takut2 kena belasah ke. Polis & guard UM dtg & tgu kt kreta. Lelaki 2 org tu buat x tau je. Lps tu, baru saya turun. Sy kta kt diorg, you tipu! Honda kata you x kerja kat situ. Ramesh jwb, Honda ada byk, bang. Abg buang masa saya je la. Ktaorg cuma mau tolg. Masa ni, saya snap gmbr diorg. Polis pun tanya, apa yg saya x puas hati. Lps tanya diorg pulak, apa x puas hati. Lps tu, polis kata, Ok kalau dua2 x puas hati, kita pegi buat report kat balai.

Polis suruh diorg pegi ke balai dulu. Sy pegi follow kt blkg patrol car. Smpai kat balai, sya buat report. Dua lelaki tu x muncul2. Baru rasa lega dan sujud syukur. Lps tu sy send gmbr diorg kt salesman Honda. Dia kata baju Honda putih, bukan kelabu. Tu baju lama2 dulu.

Ada rasa lega, syukur sbb Allah selamatkan dr ditipu/ dibelasah. Bimbang, kalau2 terjumpa diorg lg. Tp, 1 lg, rasa puas hati sbb 2 penipu terkena kali ni. Dh buat kerja & tukar brg, tp x dpt apa2. Cuma, polis mcm x berminat nk tahan diorg. Ada org sebut kata2 Sydna Ali: Aku bukan penipu, tp penipu x bole tipu aku.

p/s: gambar merupakan muka dua suspek penipuan 
 
Nota : Artikel ini disebarkan bagi tujuan amaran dan kesedaran kepada orang ramai supaya mereka boleh berhati2. Dan jika ada yang telah mengalami kejadian yang sama, anda boleh sharekan pengalaman anda disini untuk disiarkan bagi tujuan pengajaran. Cerita di atas diperolehi dari sini. 

SEMOGA KITA SEMUA SELAMAT DARI SEBARANG PERKARA YANG TAK DI INGINI...

FUHHH DAPAT BONUS RM300K..KO ADA KER..



ROSMALIZA (kiri) menerima royalti bonus bernilai RM300,000 daripada Abdullah (tiga daripada kanan) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Alhamdulilah, syukur..rezeki datang dari NYA hasil kerja keras yang tidak mengenal erti penat dan sanggup menghadapi apa jua cabaran dan rintangan yang mendatang..akhir nya.. dapat bonus RM 300,000..
Apaaaa..... RM300,000...wowwww... banyakk tuu..
apa yang aku buat selama ini, 
wanita yang menghayun buaian juga mampu mengoncang dunia.. 
nak tau apa yang dia buat... baca artikel bawah nie...

KUALA LUMPUR - Syarikat pengedar produk pelangsingan badan yang popular dengan jenama Alpha Lipid SD II, NZ New Image Sdn. Bhd.(New Image) optimis untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang berjaya.
Eksekutif Pemasarannya, Rosmaliza Miswan berkata, ini dapat dilihat daripada kecemerlangan yang diperoleh 700 orang pengedar syarikat tersebut yang diraikan dalam majlis 60th Malaysian Royalty di sini pada 18 November lalu.
Majlis yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi itu menyaksikan kesemua mereka menerima royalti bonus berjumlah RM14.7 juta.
Rosmaliza berserta seorang lagi pengedar, Norazuan Osman merupakan antara pengedar yang menerima royalti bonus tertinggi RM300,000 seorang.
"Kami berbangga kerana kesemua pengedar yang menerima durian runtuh itu terdiri daripada usahawan bumiputera.
"Kami mahu melihat lebih ramai yang terlibat dan berjaya meraih pendapatan yang lumayan pada tahun depan," katanya.
errmmm.. bisness nie.. boleh cuba ni..ada sesapa tak yang boleh ajar saya, saya pun nak bonus RM300,000 gak..boleh beli kereta sport idaman kalbu..

Khamis, 6 Disember 2012

KISAH SEBENAR KEMATIAN ADIK AMINUL RASYID

Assalammualaikum.. pertama-tama nya..kita sedekah kan surah AL-FATIHAH  buat  Allahyarham adik Aminul yang telah meninggal dunia akibat di tembak polis secara mungkin tak sengaja kira-kira 2 tahun yang lalu.
Apa pun kes ini telah pun selesai semalam, apa bila Koperal Jenain yang di tuduh menembak mati arwah telah di bebas kan setelah membuat rayuan di mahkamah tinggi, setelah di jatuh kan hukuman penjara 5 tahun oleh mahkamah sesyen pada september tahun 2011.
Mahkamah berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta yang di pandu arwah. ( tembak tayar tapi kena kepala...macam mana tu.)
Beliau bersyukur dengan keputusan itu, dan memohon maaf kepada keluarga Aminul atas apa yang berlaku.
Kita kena terima dan menghormati keputusan mahkamah ini, walau pun berat. 
Untuk pengetahuan anda koperal Jenain telah di dakwa mengikut seksyen 304(a) kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
ok..full stop..kita baca dan tengok video kisah sebenar pada malam tu, dan rasa-rasa nya apa kah ada keadilan buat adik Aminul..link bawah nie
http://www.ohtidak.com/oh-kisah-sebenar-kejadian-adik-aminulrasyid-mati-ditembak/


Selasa, 4 Disember 2012

TUTUP ATAS.. BUKAK KAT BAWAH...


HAIRAN BIN AJAIB.. PENING MEMIKIR KAN NYA.. TERBELIAK BIJIK MATA MENENGOK NYA..  APA KER HAL NYA DIA ORANG NIE...
aku yang tidak faham atau mereka yang tidak faham?
Hukumnya bukan meletak kain atau benang kat kepala tetapi menutup aurat.
Dan menutup aurat bukan sekadar rambut.
Bahagian badan lain kecuali muka dan tapak tangan (ikut mazhab Shafie) juga perlu ditutup.
Bukan setakat letak kain kat kepala kononnya tudung tapi abis semua seksyen lain badan diperagakan.
Dan yang dalam gambar-gambar ni bukan yang pertama ok…dah makin banyak gaya camni duk timbul di internet. Bermakna dah makin ramai kot yang duk bertudung ikut persepsi sendiri di luar sana.
Apa tujuan mereka bertudung sebenarnya?
 Fesyen Bertudung Kategori Sewel?
Sumber;http://mynewshub.my

Isnin, 3 Disember 2012

GADIS-GADIS CANTIK YANG DI HUKUM MATI

Memang sadis tengok gadis-gadis cantik ini yang dihukum mati oleh polis di China. Mereka ini telah melakukan pelbagai kesalahan seperti menganaiya, membunuh serta menyeludup dadah. Mereka telah diberi rupa tetapi gunakan dengan cara yang salah.














Ahad, 2 Disember 2012

PELACURAN DI SANA SINI


kesah dah tauladan buat semua rakyat malaysia..
Saya tertarik membaca tulisan/siasatan blogger Kickdefella mengenai isu pelacuran di sini dan di sini.
Bagaimanapun, ia memerlukan perancangan teliti dan juga penyamaran bagi mendapatkan gambaran sebenar dan sejelasnya.
Di Kuala Lumpur, pelacuran ada banyak ‘taraf’ – bermula dari taraf paling daif hinggalah ke tahap VVIP.
Berbagai usaha dilakukan pihak berkuasa terutama pihak polis (D7 – Judi , Maksiat dan Kongsi Gelap)- namun ia bagai tak berkesudahan.
Suatu ketika dahulu, saya selalu mengikuti pelbagai operasi dijalankan polis – sehingga saya kini sudah lagi tidak ‘bergiat’ dalam liputan operasi serbuan.
Saya kemudian beralih ke bidang ‘jalanraya’ dan bahan seperti yang anda baca dalam blog ondscene ini.
Wartawan penyiaran aka penerbit TV3, Mazidul merupakan yang tetap memperjuangkan isu-isu sebegini dan tidak pernah kenal penat dan gentar.
Bagaimanapun, adakah kuasa polis yang menangkap ribuan pelacur, ibu dan bapa ayam itu – mampu melumpuh atau setidak-tidaknya mengurangkan aktiviti tertua di dunia itu?
Dalam bahasa pasarnya – Takkan Hari-hari Nak Serbu.
Malam ini serbu, esok akan ada lagi kumpulan lain, di lokasi sama beroperasi.
Di manakah silapnya?
Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak tetapi sebagai rakyat, saya harus tahu apa yang dilakukan oleh pihak yang berwajib – adakah memadai atau sekadar melepaskan batuk di tangga?
Seawal jam 9 pagi tadi, saya bersama seorang rakan wartawan, mengambil keputusan untuk membuat tinjauan mengenai isu ini.
Ye, lokasi ini bersebelahan dengan Petaling Street.
Puluhan warga asing yang hampir kesemuanya adalah warga Bangladesh – yang saya yakin, hampir semuanya juga adalah berugama Islam.
Beberapa foto dirakamkan – dan lihatlah mereka ini – apakah mereka buat di sini?
Mereka sebenarnya menunggu giliran untuk melanggan pelacur ‘kelas bawahan’ – dan dengan bangganya bersalaman sesama sendiri apabila terserempak rakan mereka baru ‘selesai’ melanggan pelacur.
Kini giliran mereka pula untuk masuk, dan akan keluar  semula setelah selesai seawal 10 minit dan mungkin ada sehingga 30 minit.
Begitu mudah mereka masuk ke dalam pintu besi yang dikawal oleh bapak-bapak ayam tanpa banyak soal. Bapak ayam bersepah merata-rata tempat di lokasi ini.
Saya akhirnya mengambil keputusan untuk mendekati kawasan ini setelah meletakkan kereta agak jauh.
Sempat menyapa beberapa lelaki warga Bangladesh terbabit yang mengaku sebagai Islam, dan apabila ditanya mengenai adakah mereka tahu, hari ini adalah Maulidul Rasul, mereka sekadar tersenyum.
Pergerakan saya dengan rakan mula dicurigai oleh kira-kira 20 bapak ayam yang menunggu di depan pintu besi ketika melalui di hadapan mereka.
Saya dan rakan memakai t-shirt dengan lagak seperti pekerja kontrak, tetapi agaknya kerana kasut yang agak tidak nampak seperti pekerja kontrak – cubaan saya untuk masuk , dihalang.
“Sori encik, lu orang Malaysia, tarak boleh masuk. Operasi banyak kuat. Bangla saja boleh masuk”
Benar, warga Bangladesh dan beberapa warga asing lain dari negara jiran dengan mudah dapat masuk tanpa banyak soal.
Ketika itu juga, beberapa lelaki Melayu bermotosikal turut berhenti dan ‘hampa’ kerana mereka juga tidak dibenarkan masuk.
Kehadiran saya dan rakan nampak tidak disenangi , menyebabkan saya mengambil keputusan untuk beredar ke lokasi lain.
Jam 12 tengahari, saya ke Jalan Thambypillai, Brickfields- yang kini sudah dikenali sebagai kawasan Little India.
Setelah meletakkan kereta kira-kira 500 meter jauhnya, saya berjalan kaki ke deretan bangunan ini – puluhan bapak ayam menunggu di luar pintu yang terbuka luas.
Kali ini saya menyamar dengan keadaan lebih selekeh dan memakai kasut sukan buruk sambil membawa suratkhabar lama – supaya kononnya saya dan rakan lebih mudah masuk.
Anggapan saya salah – kerana bapak dan mak ayam di sini amat peramah dan langsung tidak melihat sesuatu yang ganjil terhadap kami.
Pintu pertama saya masuk, terletak di tingkat atas, disambut seorang bapak ayam.
“Bang, mari-mari, 30 ringgit saja. China ada, Melayu ada. Tak payah kondom pun ada. Kasi baik punya servis.”
Saya mengintai bilik-bilik yang ada – ada yang sedang mengemas tilam, ada yang berdiri depan pintu , ada yang cuba menarik ke dalam bilik.
Saya terpaksa berpura-pura pening untuk memilih , walhal sebenarnya saya hampir termuntah dengan bau hanyir di dalamnya.
“Takpa, mau tengok-tengok dulu“, kata saya pada seorang apek , usia kira-kira 60 tahun.
Saya kemudian turun, dan masuk pula ke pintu sebelah – juga terbuka luas.
Kira-kira 5 wanita sedang duduk di kerusi dan saya terkejut melihat seorang wanita Melayu, usia kira-kira 25 tahun – tanpa mekap dan boleh memegunkan sesiapa jua yang tengok. Pakaiannya agak sopan.
“Bang, 30 ringgit   je.”
“Takpa, nak tengok-tengok dulu”
Saya masuk hingga ke belakang, ada kira-kira 20 bilik di kiri kanan yang setiap satu ada tilam tanpa cadar, kolah air dan lantai yang  kotor.
Bau tak payah cerita.
Ada yang dah pangkat ahsoo, ada ahmoi dan beberapa lagi dari negara jiran dan seorang wanita Melayu itu – dengan pelbagai bentuk rupa dan bentuk badan.
Ketika itu, pelanggan silih berganti keluar masuk beberapa bilik – kebanyakannya adalah lelaki Melayu yang saya anggarkan ada yang berusia lebih 60 tahun.
Keadaan amat sibuk sekali seolah-olah di dalam kawasan Bursa Saham.
Bapak ayam, mak ayam, anak ayam – semuanya peramah dan tidak mengesyaki apa-apa.
10 minit kemudian, saya keluar setelah kononnya hanya sekadar melihat-lihat dahulu sebelum pilih, dan pergi ke pintu sebelah pula.
Juga di sini, suasana lebih sibuk – dan saya hanya mengambil masa kira-kira 3 minit berada di dalamnya sebelum keluar kerana baunya yang amat hanyir.
Di kawasan ini. pelanggannya lebih ramai lelaki Melayu berbanding di kawasan Petaling Street.
Saya meninggalkan tempat itu dengan beribu persoalan.
Kawasan-kawasan tersebut bukan sekali, bukan 2 kali, bukan 5 kali, bukan 10 kali, malah dianggarkan sudah puluhan kali diserbu dan pelacur-pelacur serta mak, bapak ayam ditahan.
Tapi, mengapa ia masih beroperasi?
Bagi saya, polis sudah melakukan tugas mereka, malah mereka mungkin sudah berapa kali termuntah hanya semata-mata untuk membanteras kegiatan itu.
Persoalan pokok sebenarnya ialah premis itu sendiri – tanpa premis, tidak mungkin mereka beroperasi di bawah pokok atau di sebalik tiang lampu.
Little India - Gambar Hiasan
Apakah kuasa yang ada pada pihak berkuasa tempatan – DBKL?
Perkara paling asas -Bekalan api, air – tidak dipotong malah ianya akan timbul semula hanya beberapa jam selepas polis mengangkut pelacur-pelacur itu.
Tinjauan di kala Maulidul Rasul – benar-benar membuktikan, pihak berkuasa tempatan hanya tutup sebelah mata, sedangkan mereka patut tahu, ketika itulah pihak-pihak begini akan lebih giat menjalankan aktiviti ini.
Manakah unit-unit risikan mereka , apa guna kerajaan membuang wang rakyat jutaan ringgit menggaji dan memberikan pelbagai kursus dan kemudahan – tetapi hasilnya menghampakan.
Saya tidak mahu mengaitkan dengan unsur rasuah kerana ia harus dibuktikan – namun, ia tidak  perlu peralatan canggih untuk menghapuskan kedua-dua tempat ini kerana ia boleh dilihat oleh sesiapapun tanpa perlu menyamar.
Di Petaling Street – warga Bangladesh, berugama Islam, dibiarkan melakukan maksiat  , di Brickfields, Melayu juga berugama Islam – juga dibiarkan melakukannya.
Bukankah lebih baik, dari menunjuk-nunjuk dalam perhimpunan Maulidul Rasul itu, pihak yang sepatutnya menjalankan tugas – lakukannya – kerana perkara sebeginilah sebenarnya yang memecahbelahkan umat Islam – taktiknya, dengan melemahkan iman umat Islam itu sendiri.
Jika saya sebagai wartawan yang tiada imuniti jika apa-apa berlaku ketika penyamaran dilakukan, apatah lagi pihak berkuasa yang ada imuniti – tetapi mereka tidak lakukannya.
Rakyat sudah jelak dengan pelbagai alasan diberikan – kerana perkara semudah itu tidak dapat diselesaikan, maka jangan bermimpi untuk bercakap mengenai perkara lain.
Memang bercakap itu mudah, tetapi, saya khuatir, tiada tindakan tegas dilakukan, berkemungkinan ada pihak-pihak tertetnu yang berkepentingan dan menutup sebelah mata demi periuk nasi mereka sendiri.
Saya tidak akan bercakap mengenai pelacur-pelacur kelas atasan yang agak sukar dikesan/dibuktikan , tetapi yang di depan matapun tak terbuat, maka apa lagi yang boleh kita katakan?
Umat yang bersatu sekalipun, tetapi jika di’jajah’ oleh pihak lain, pasti akan menghancurkan jua.
Artikel ini mungkin tidak menyenangkan beberapa pihak , tetapi sampai bilakah ianya akan berakhir kerana kita sudah tidak sanggup lagi untuk menyerbu hari-hari, dan akan berulang semula ,dan lagi, dan lagi, dan lagi…
sumber;http://ondscene.my

Sabtu, 1 Disember 2012

WAHH.. BARU NAIK PELAMIN, DAH NGANDUNG DAH.. TERBAIK..

Alhamdulilahh.... dan tahniah lah buat pasangan pengantin baru kita yang sama padan macam pinang di belah dua ini  pelakon farid kamil dan diana danielle kerna bakal menimang cahaya mata  tak lama lagi..
Baru jer duduk di atas pelamin dah mengandung, itu lah yang di nama kan bunting pelamin gred A ..
Diana yang bernikah dengan Farid pada 3 november yang lalu telah memuat naik gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif di laman istagram beliau dengan caption " the most precious birtday present, thanks Allah SWT "
Tu dia... alhamdulilah dan tahniah lah sekali lagi, moga berbahagia ke akhir hayat..aminn..