PING BUSUK

Khamis, 25 April 2013

PERAGUT DI BELASAH TERUK DI SEREMBAN..


[Video] Peragut Ganas Dibelasah Penuh Darah Di Seremban! - Seorang peragut dibelasah teruk oleh orang awam setelah cubaanya untuk meragut seorang lelaki gagal.
Video yang dimuat naik di Youtube siang tadi memperlihatkan peragut itu berada dalam keadaan berlumuran darah.
Menerangkan kejadian yang berlaku oleh pihak yang memuat naik video berkenaan, peragut tersebut dikatakan cuba untuk meragut seorang lelaki India yang baru sahaja keluar dari sebuah bank.
Tindakannya bukan sekadar meragut, tetapi juga dia telah menetak mangsanya di bahagian muka.
Namun dia kemudiannya berjaya ditahan orang awam.
Mereka yang marah dengan perbuatannya itu bertindak membelasahnya sehingga dia pula berlumuran darah.
Kejadian dipercayai berlaku di Maybank, Seremban 2 kira-kira jam 3 petang tadi.
Melihat pada video yang dimuat naik, pihak polis telah menahan peragut tersebut dan parang yang digunakan untuk menetak mangsa juga telah dirampas.
Melihat kepada klip kejadian seperti itu, anda dinasihatkan untuk berhati-hati terutamanya ketika berada di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi seperti bank. – MyNewsHub

Rabu, 24 April 2013

PETANDA AWAL DARI MANGSA KEMALANGAN NGERI DI HIGHWAY


Mangsa Kemalangan Federal Highway Bagi petanda Awal  - Kemalangan ngeri yang berlaku pada awal pagi 21 April lalu di Lebuhraya Persekutuan pastinya mengejutkan rakyat Malaysia.
Tragedi ngeri itu telah mengorbankan 5 orang mangsa.
Tragedi tersebut pastinya mengejutkan rakyat Malaysia apabila ada diantara mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan serius seperti terputus kaki dan pelbagai lagi.
Ada orang yang mengatakan, seseorang yang bakal menemui ajal sering menunjukkan perubahan menerusi tingkah laku atau kata-kata.
Dalam kata lain dipanggil ‘petanda’.
Adakah perkara itu masih lagi rasional? Atau kita sahaja yang sering tidak perasan dengan petanda-petanda yang ditunjukkan oleh si mati sebelum menemui ajal.
Perkara tersebut disedari oleh rakan-rakan salah seorang mangsa kejadian, Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, 21 menerusi ‘update’ di Facebook mangsa.
“Malam minggu?? **’flying high’ sambil2 berbaring atas si gemok..,” itulah ‘update’ terakhir arwah menerusi akaun Facebooknya.
Adakah ‘flying high’ yang dimaksudkan oleh arwah itu pergi untuk selama-lamanya.
Jika dilihat pada update tersebut, jelas menunjukkan itu merupakan petanda yang arwah berikan kepada rakan-rakannya.
Menerusi update itu juga, ramai rakan-rakan arwah mengucapkan takziah.
Persoalan timbul, siapakah si gemok yang maksudkan oleh arwah?
Menerusi beberapa update dan gambar-gambar arwah, si gemok yang dimaksudkan adalah motosikal yang ditungganginya sewaktu kejadian.
MyNewsHub berkongsi beberapa keping gambar ‘print screen’ update serta keadaan motosikal arwah selepas kejadian.
Mangsa Kemalangan Federal Highway Bagi petanda Awal
Mangsa Kemalangan Federal Highway Bagi petanda Awal
Mengikut laporan daripada pihak polis, arwah Izzat pada ketika itu sedang menunggang motosikal lalu hilang kawalan dan melanggar Kalaychelven.
Arwah Izzat mengalami kecederaan parah di kepala dan Kalaychelven cedera parah di kepala dan putus kaki kiri.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, serta dua lagi mangsa beragama Islam, Allahyarham Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, dan Allahyarham Amirul Faiq Zainuddin, 22.
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.
Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ngeri itu. – 
MyNewsHub

Jumaat, 19 April 2013

BILIK PERCUMA UNTUK SEKS..

Sewa Bilik Percuma Untuk Seks  - Memang mengejutkan apabila terdapat seorang jejaka yang dikenali sebagai Bryan, sanggup mengiklankan perkhidmatan bilik sewa kepada pelajar-pelajar wanita yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 23 tahun secara percuma melalui beberapa laman pengiklanan portal.
Apa yang lebih memeranjatkan Bryan turut meletakkan beberapa syarat kepada penyewa yang bakal tinggal bersamanya kelak iaitu mereka perlu mengadakan hubungan seks dengannya setiap hari, boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris malah dia mahukan temannya itu mempunyai perwatakkan ceria dan ‘daring’.
Adakah mana-mana wanita sanggup menggadaikan maruah mereka demi sebuah bilik yang tidak perlu dibayar sewa tiap-tiap bulan serta bersetuju dengan segala syarat yang telah ditetapkan oleh Bryan itu?
Hmmm, tepuk dada tanyalah iman anda ya. – MyNewsHub

macam-macam hal orang-orang sekarang ni yer.....

Sabtu, 13 April 2013

PERKARA PELIK TAPI BOLEH BERLAKU....


KADANG-KADANG, PERKARA-PERKARA BURUK BOLEH BERLAKU DALAM SEKELIP MATA SAJA. MUNGKIN BERLAKU DI SAAT KITA SEDANG BERGEMBIRA ATAU SEBALIK NYA, APA PUN BERHATI-HATI LAH..LAYAN GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH NI..KREDIT TUK  BLOG.http://imsingleofcourse.blogspot.com

.BETIS TERTUSUK KAYU KETIKA BERBASIKAL



ANGKARA JUDI DALAM VIDEO GAMES, KAWAN DIKERAT-KERAT...?



MASAK ANAK SENDIRI...?


KERANA MABUK, MERCUN PUN DIMAKAN....?


Dunia kini makin pelik...? Kes-kes yang berlaku di sekeliling kita, kadang-kadang memang pelik dan sukar diterima oleh akal yang sempurna. Manusia kadangkala sanggup bertindak di luar batasan kemanusiaan sehingga binatang pun terpaksa mengaku kalah....?

Jumaat, 5 April 2013

MATI DI KELAR SEBAB PIKAT ISTERI ORANG


Maut Sebab Pikat isteri Orang KLANG : Sikap miang seorang lelaki yang cuba memikat isteri orang dengan menghantar ayat-ayat cinta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas disyaki dikelar suami wanita berkenaan di Jalan Klang Sentral di sini kelmarin.
Kejadian pukul 9.55 malam itu mengakibatkan mangsa yang berusia 22 tahun mati selepas dikelar di leher di kawasan tempat letak kereta. Mangsa berbangsa Aceh, Indonesia.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong (gambar) berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikelar dengan menggunakan senjata tajam. – Kosmo

ITU LAH,MIANG LAGI. KAN DAH KENA...