PING BUSUK

Khamis, 28 Ogos 2014

GAMBAR GADIS BERTUDUNG BESAR JADI BUALAN HANGAT DI LAMAN2 SOSIAL

Serius, ramai rakan kami meluahkan rasa terkejut ketika menonton program Wanita Hari Ini semalam.
Semua gara-gara melihat gaya tudung seorang jemputan di studio yang hadir bagi mempromosikan butiknya di program tersebut.
Bukan apa, tudung dikenakan wanita tersebut boleh dikatakan terlalu besar jika dibandingkan dengan saiz kepala muslimah biasa yang bertudung. Hinggakan ada yang nakal membuat lawak bahawa ia menyamai watak Queen Amidala dalam filem Star Wars!Susulan itu, gambar wanita berkenaan mulai tersebar dan menjadi viral di laman-laman sosial.
Perkara ini sampai ke pengetahuan wanita tersebut yang dikenali sebagai Aimi.
Nyata, dia amat bengang hingga mempertimbangkan mahu menyaman individu yang memperolokkan dirinya.
Berikut pula komen Aimi di laman Facebook
Sebenarnya, gaya tudung begini memang stail kegemaran Aimi sejak dahulu dan mereka yang rapat dengannya sudah lama tahu.
Dari satu segi betul juga kata Aimi menerusi status Facebook di bawah ini iaitu jika kita berpakaian untuk kepuasan diri sendiri mengapa mahu pedulikan cakap-cakap orang?
Pada pandangan kami cara pemakaian tudung dalam kalangan muslimah di negara ini yang ranggi dan mengikut trend semasa atau lebih dikenali sebagai hijabista adalah bagus tapi kenyataannya, tak semua sesuai dan boleh diterima untuk tatapan umum.
Dalam Islam sendiri terdapat garis panduan jika niatnya benar-benar mahu menutup aurat termasuk tudung wajib labuh menutup dada dan tidak dipasang sanggul tinggi.
Jadi hati-hatilah dalam keterujaan mahu berfesyen ya – jangan sampai matlamat utama tudung sudah lari maksudnya. – Webberita

Jumaat, 22 Ogos 2014

GAMBAR MAYAT ROBIN WILLIAMS..

Ramai terkedu seketika apabila pemenang Oscar yang juga pelawak terkenal Robin Williams, 63, diumumkan meninggal dunia 11 Ogos lalu.
Paling mengejutkan adalah cara kematian Robin yang memilih untuk mengakhiri riwayat hidupnya dengan membunuh diri.
Pelakon Good Will Hunting, Mrs Doubtfire dan Good Morning Vietnam ini didapati menjerut leher sendiri menggunakan tali pinggang ketika ditemui di kediaman mewahnya di Tiburon, California.
Dalam pada keputusan penuh autopsi belum diumumkan, gambar sijil kematian Robin yang dikeluarkan semalam (20 Ogos) telah disebarkan di internet.
Tak hanya gambar sijil tersebut, turut dikongsikan di media-media sosial terutama Twitter adalah gambar mayat mendiang dengan leher mempunyai kesan dijerut tali pinggang yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Walau pun gambar ini mungkin tak kisah ditatap oleh sesetengah orang namun ia tentu mengganggu emosi keluarga dan peminatnya yang tidak mahu mengenang Robin dalam keadaan begini. –Webberita | 

Khamis, 7 Ogos 2014

DI ROGOL DAN DI PAKSA TELAN AIR MANI

– Seorang pensyarah sebuah kolej swasta didakwa telah mengikat, memukul dan merogol pelajar sebelum memaksa dia menelan air mani.
China Press melaporkan bahawa pensyarah berusia dalam 40-an telah memanggil gadis yang berusia 21 tahun untuk bertemu dengannya di pejabat beliau bagi membincangkan kerja kursus beliau.
Semasa berada di bilik, pensyarah tersebut mengajak mangsa berhubungan badan namun ditolak.
Namun pensyarah tersebut mengugut untuk mengagalkan pelajar tersebut. Kerana takut digagalkan, mangsa bersetuju untuk mengikuti pensyarah pergi untuk sarapan pagi dengan menaiki kereta pensyarahnya.
Namun sebaik memasuki kereta, pensyarah tersebut telah mencekik leher pelajar tersebut dan merampas telefon bimbitnya.
Pensyarah membawa mangsa ke rumahnya di Sentul di mana pelajar itu diikat, dibogelkan dan dirogol.
Tak hanya dirogol, pelajar tersebut juga dipaksa untuk menelan air mani pensyarah tersebut. Beliau kemudian meninggalkan pelajar tersebut di stesen LRT.
Pelajar, disertai oleh kakaknya, telah membuat laporan di balai polis Sentul, Kuala Lumpur. –Webberita