PING BUSUK

Isnin, 2 Disember 2013

ISTERI PROJEK DENGAN BOSS 2 KALI SEHARI..

Isteri Curang Berzina Dua Kali Sehari Dengan Majikan
   Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.
Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.
“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.
“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.
Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.
Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.
“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan.
Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.
“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, menurut sumber Hmetro.
“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.
Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu. – Metro

dunia.... dunia.. sudah semakin menghampiri usia akhir nya...

Jumaat, 29 November 2013

ALLAH TAALA BAYAR CASH PADA PENJENAYAH INI...

  • Maut kemalangan selepas samunAnggota bomba cuba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kereta akibat bertembung dengan sebuah lori di Jalan Simpang Temin, Felda Lasah, Sungai Siput.
SUNGAI SIPUT - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dan wang kutipan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dibawanya dilarikan tiga lelaki di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa yang sedang memandu kereta Proton Saga BLM dihimpit sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki dan memaksanya untuk memberhentikan kereta.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, seorang daripada suspek keluar dan mengugut mangsa supaya keluar dari kereta dan melarikan kenderaan itu bersama wang dianggarkan puluhan ribu ringgit hasil kutipan duit AIM dari cawangan berdekatan.

Menurutnya, ketika suspek cuba melarikan diri, kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Simpang Temin, Felda Lasah, Sungai Siput dan menyebabkan kedua-duanya maut.

"Suspek yang memandu kereta berkenaan berusia 42 tahun dari Kampung Bahagia Sungai Siput, maut di tempat kejadian manakala rakannya berusia 37 tahun dari Kampung Suak Petai, Manong maut di Hospital Sungai Siput.

“Seorang lagi rakan suspek yang belum dikenal pasti identitinya sempat melarikan diri. Polis masih mengenal pasti identiti suspek yang masih melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, Azman mengesahkan mangsa samun tidak cedera dan hanya ditinggalkan di tepi jalan. Pihak polis juga berjaya menemui semula barangan milik mangsa yang disamun termasuk wang tunai.

ALLAH TAALA bayar cash ajer, buat jahat lagi...

Khamis, 28 November 2013

GILA SEKS, PUNCA MEREKA MENGANUT SYIAH...


Kebenaran untuk berkahwin secara mutaah yang kononnya menghalalkan zina dikenali pasti sebagai faktor utama menyebabkan segelintir umat Islam di negara ini terutama lelaki, terjebak dengan fahaman Syiah. 

Penolong Pengarah, Seksyen Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas'od, berkata kesimpulan itu berdasarkan pengakuan 141 pengikut fahaman terbabit yang direkodkan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) setakat ini. 



Syiah buat hadis palsu 

Katanya, kebanyakan pengikut Syiah daripada kalangan orang Melayu tidak mahu menceritakan secara terperinci mengenai kahwin mutaah, namun Syiah buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar. 

Mereka tahu zina perkara jijik dan berdosa besar, tetapi dalam Syiah benda jijik dimuliakan... Nikah mutaah mulia, bahkan mendapat pahala lagi, siapa yang bermutaah sekali sama martabatnya dengan Saidina Hassan, dua kali sama dengan Saidina Hussin dan tiga kali sama dengan Saidina Ali. 


Pengikut Syiah percaya, kahwin mutaah yang sebenarnya menghalalkan zina dalam Islam, akan diberikan pahala yang besar seperti yang diterima Rasulullah SAW dan sahabat Baginda, katanya ketika berucap pada majlis 'Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana BAKTI: Kesesatan dan Fahaman Syiah', di sini semalam. 

Ciri penganut Syiah 

Majlis anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di Kompleks Seri Perdana itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. 

Aizam juga mendedahkan ciri penganut fahaman Syiah yang turut menggelarkan fahaman itu sebagai Mazhab Ahli Bait bagi mengelirukan umat Islam, terutama Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Katanya, antara ciri berkenaan termasuk menambah bacaan dua kalimah syahadah dan azan, solat tiga waktu sehari iaitu dengan menjamakkan Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isyak. 

Amalan lain termasuk sujud di atas batu Karbala ketika solat, tidak menunjukkan penghormatan kepada sahabat Rasulullah dan tidak terus berbuka puasa selepas mendengar azan Maghrib pada Ramadan. 

Penyebaran ajaran sesat itu yang kerap berselindung di sebalik agensi pelancongan, buku agama dan risalah serta media sosial, katanya sambil menambah pengikut Syiah di Malaysia dianggarkan sekitar 1,500 hingga 2,000 orang. 


Ceramah itu dihadiri 70 tetamu termasuk ahli BAKTI, Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) serta Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). 

Sumber

Sabtu, 23 November 2013

GADIS MAHU LELONG DARA DIA..

Gadis Tidak Bermoral, Mahu Lelong Dara
- BRAZIL : Pelajar Brazil yang menjadi tumpuan ramai kerana menjual `dara’ pada harga RM2 juta, sekali lagi membuat tawaran yang sama kepada pembida.
Catarina Migliorini, 21, mendakwa masih dara kerana pembeli sebelum ini tidak melakukan hubungan seks dengannya.
Kali ini, pelajar yang tidak bermoral ini menawarkan harga bidaan sebanyak RM264,000 dan berharap mendapat bidaan sekurang-kurangnya RM4 juta.
Aksi Migliorini dalam lelong dara sebelum ini dirakamkan oleh sebuah produksi dari Australia untuk satu dokumentari namun gadis ini mendakwa dia tidak mendapat sesen pun wang hasil bidaan berkenaan.
Dia mendakwa tidak mendapat wang yang dibayar oleh seorang pembeli dari Jepun, Natsu pada bulan Oktober lalu.
Natsu yang juga seorang jutawan berjaya menewaskan pembida dari Amerika Syarikat iaitu Jack Miller dan Jack Right serta jutawan India, Rudra Chatterjee.
Migliorini memberitahu, selepas bertemu dengan Natsu, di sebuah restoran di Sydney, dia mendakwa Natsu tidak memenuhi syarat dan mereka tidak melakukan hubungan seks.
Dia juga berkata, segala perjalanannya tidak ditanggung oleh syarikat produksi berkenaan dan percaya Natsu sebenarnya tidak wujud, sebaliknya produksi tersebut hanya mereka-rekanya untuk tujuan penggambaran.
Hasil lelongan berkenaan, menjadikan Migliorini sebagai selebriti di Brazil dan dia turut bergambar untuk majalah Playboy versi Brazil dan Argentina.
Migliorini mahu menggunakan wang itu untuk membina rumah bagi golongan miskin.
Luar negara kita ni memang macam-macam ada, jangan kita ikut pulak sudah lah yerr....


Khamis, 21 November 2013

PELAJAR MALAYSIA MAUT DI TURKI..

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.


Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam



Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam






Isnin, 18 November 2013

BERANI, UPLOAD GAMBAR " SUP LIDAH " DI FACEBOOK..


Korang tengok gambar FB di atas ni, setuju tak diaorang nie teruk dihentam pasangan couple nie buat "SUP LIDAH" Di Facebook.

Pasangan couple berkelakuan ranjang apabila mengupload gambar mereka yang sedang asyik bercumbu-cumbuan diantara satu sama lain dihentam teruk oleh kawan-kawan Facebooknya.

Yang menariknya komen backup dari kawan pasangan nie untuk mempertahankan maruah kawan mereka berkenaan gambar di atas adalah "Jangan ingt korang tuh perfect keyhh!!mereka nie daa tunang dah pun lah!!"

Sorry to say yee adik! GR nak bagi pendapat pulak, korang tue baru tunang je, bukannya kahwin lagi pun. Lagi pun korang nk jadi SUPERSTAR PORN ke nak tayang aksi intim korang kat seluruh dunia baik lupakan jelah.

Even bertunang pun bukannya korang ada 'Lesen Besar' nak buat suka hati. Baru bertunang jer pun....belum korang nie diijabkabul. Jodoh pertemuan ajal maut ditangan Tuhan Yang Esa.

Pada pembaca artikel nie nak lontarkan pandangan pasal pasangan yang perasan bagus nie, jangan segan-segan yer. Komen jer apa pun bagi pandangan pasal dua ekor nie.


GR kata: Asal tak post gambar bogel berdua jerk...kalau rasa dah hebat sangat!

kesian dia makbapak dia org ni kan, apa lah nak jadik ngan anak anak kita semua....

Sabtu, 16 November 2013

KLIP VIDEO LUCAH REMAJA TERSEBAR...

Klip Lucah Remaja Melayu Melakukan Hubungan Seks Selepas Balik Kelab Tersebar - Sebuah klip video selama 5 minit 28 saat yang memperlihatkan satu pasangan remaja Melayu melakukan hubungan seks di sebuah hotel kini tersebar di beberapa lama web lucah popular.
Pasangan berkenaan didakwa pihak yang memuat naik video berkenaan sebagai baru sahaja pulang dari bergembira di kelab malam.
Tidak tahulah mereka pasangan suami isteri atau apa… kalau bukan maknanya berzina…dan itu sudah satu hal…ditambah lagi dengan kebodohan merakamkan aksi yang tidak sepatutnya.
Ini bukan kali pertama dan seolah-olah semakin menjadi satu perkara yang macam diterima di negara ini.
Kalau dahulu benda macam ini bukan main kecoh, namun sekarang orang acuh tak acuh.
Artis yang pernah terbabit dalam aksi yang tidak sepatutnya dirakam pun kembali berlakon dengan muka tembok. Macam tidak ada apa-apa yang berlaku.
Rasanya, tak lama lagi akan jadi semacam kebangaan pulak kot kalau dapat rakam aksi seks dan sebarkan kepada orang ramai… glamour tak bertempat. – MyNewsHub
ini lah jadinya bila dosa sudah menjadi mainan mereka dan kita kita semua... subhanaallah...