PING BUSUK

Sabtu, 21 Julai 2012

POLIS YANG BUNUH, MAT REMPIT PULAK YANG DI TUDUH NYA..

 Assalammualaikum.. selamat berpuasa..
 pagi ni ada cerita hangat  sikit lah, MASIH INGAT KISAH polis trafik yang mati di kata kan di belasah MAT REMPIT..di Klang .. ni crita awal nya...





 ”Jangan jadi jantan dayus!”, polis trafik koma dipukul mat rempit 


Anak anggota polis trafik yang koma akibat dipukul dua mat rempit semasa bertugas, Khairunnissa, 20 tahun mahu mat rempit itu datang berjumpa keluarganya. Pesannya, supaya dua mat rempit itu jangan jadi lelaki dayus. Perbuatan tidak berperikemanusiaan dua mat rempit itu telah mengundang kemarahan masyarakat. Menurut Harian Metro, mangsa kini sudah boleh mula menerima cecair makanan ke dalam badan menerusi tiub.

Polis trafik koma dibelasah mat rempit

"Jangan jadi jantan dayus!", polis trafik koma dipukul mat rempit - Terbakor

Mat rempit jantan dayus!

“Cuma saya pesan jangan jadi jantan dayus, tolonglah datanglah jumpa kami,” hanya itu mampu diluahkan dalam nada sedu, Khairunnissa Mustaghni, 20, anak perempuan anggota polis trafik yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, di sini, Ahad lalu.
Ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, semalam, anak bongsu daripada dua beradik itu turut sebak ketika mengingatkan kembali ayahnya, Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang terdetik sesuatu perkara seperti berlaku sekarang.
“Masa itu kami tengok cerita Korea ada adegan pelakonnya koma. Abah kata kalau dia koma macam itulah jadinya,” katanya yang tak dapat menahan sebak.
Isteri Mustaghni, Norizan Shahidin, 53, pula berkata, dia bagaikan mendapat sinar harapan apabila doktor memberitahu suaminya sudah boleh menerima cecair makanan menerusi tiub.
Sebelum ini, katanya, apabila cecair itu dimasukkan tindak balas negatif apabila keluar kembali kerana badan suami tak dapat menerima.
sumber; harian metro.
  ok  tu crita selepas kejadian, tak pasal-pasal mat rempit yang kena tuduh.. ok..ni crita terbaru kes tersebut...

  Kematian Koperal Mustaghini Tabri yang pada mulanya dipercayai akibat dirempuh dan dilibas dua pelesit rempit dalam satu operasi pada Jun lalu bertukar kepada satu dakwaan kecuaian oleh rakan sekerja mangsa sehingga membunuh anggota polis trafik berkenaan.
Tertuduh Koperal Mohd. Sedi Mat, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Hurman Hussain di sini semalam atas tuduhan membunuh tanpa niat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Mohd. Sedi sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh namun kemudian tuduhan terhadapnya diubah kepada Seksyen 304 kanun sama.
Dia didakwa menyebabkan kematian Mustaghini, 58, iaitu melakukan perbuatan gopoh atau cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa di Jalan Lingkungan, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang di sini pukul 1.45 pagi pada 3 Jun lalu.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali
sumber; kosmo.
ok sekarang ni apa yang di kata kan sebenar nya, pihak polis memang suka baling-baling orang semasa buat roadblok.
cara tu memang terlalu bahaya, mat2 rempit tu bukan nya penjenayah kes berat. membunuh ker, merompak ker.. tapi takat merempit jer, tak kan abang2 polis ni tak pernah rasa muda. akibat nya, tuhan tunjuk kan pembalasan nya. so..yang mengata mat rempit tadi JANTAN DAYUS, elok la mintak maaf balik. 
Saya ni bukan lah sokong mat mat rempit ni, cuma cara pihak polis menangani isu rempit ni membahaya kan diri dan orang lain, kalau tak caya. cuba tengok malam minggu waktu operasi benteras mat rempit ni di laku kan. 
apa pun AL FATIHAH  buat aruah..
ok chow n selamat menjalani ibadah puasa...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan