PING BUSUK

Ahad, 1 September 2013

1 JUTA PENGGUNA AIR MERANA BILA SI LEMBAB BUAT KERJA.

Assalammualaikum, 
Topik panas minggu ini, bukanlah hari kemerdekaan negara, tetapi isu penutupan loji air akibat dari pencemaran sungai.
Bukan nya air yang tercemar itu yang jadi isu nya, tetapi tahap penguatkuasaan yang sepatut nya telah lama di ambil oleh pihak yang berwajib terhadap bengkel yang terbabit.
Akibat daripada kelembapan pihak berwajib dalam tugasan mereka, maka 1 juta pengguna air di Selangor menerima akibatnya.
Apa yang menyebabkan pihak berwajib itu takut sangat hendak bertindak, setakat hendak menyaman saja, siapa yang kaya.Pihak menyaman dapat duit mudah dan yang di saman bertambah kaya..




apa kata mr mazidul, jom kita baca keratan dari blog dia..

Rupanya bukan bengkel tetapi KILANG.

Kilang beroperasi TANPA LESEN  terbabit dikatakan terletak kira-kira 500 meter dari Aeon Rawang. Menariknya,  kilang memproses semula minyak terbuang itu telah dikompaun 14 kali, berjumlah RM34,000. Berikutan kejadian minyak dibuang ke sungai berhampiran, penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang, MPS  telah menyerbu kilang itu.

Bangang juga, kan?

Kilang di Jalan Batu Arang itu disahkan berstatus haram dan telah dikompaun berulangkali tetapi masih terus gah  beroperasi. Lebih menarik lagi, penduduk di kawasan sekitar dilapor telah mengemukakan komplen berhubung bau busuk datang dari kilang sama tetapi tiada tindakan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan. Penguatkuasa MPS sabar menunggu sehingga kejadian membebankan jutaan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur berlaku, barulah mereka menutup kilang terbabit.




Kilang itu milik individu berbangsa Melayu, India atau Cina? Tidak pula dinyatakan dalam laporan  kerana pemilik terbabit dikata menghilangkan diri. 

Hemat saya, penguatkuasa MPS tentunya boleh menghubungi pengusaha itu kerana hampir 15 kompaun  telah dikeluarkan kepadanya.

Ternyata, MPS mengambil tindakan LEMBAB TAHAP GABAN.

Baca laporan The Star, klik di sini.

Tu dia, kan dah kena bangang,memang patut pun orang ramai marah, sebab perkara perkara macam ini memang biasa sangat berlaku di mana mana juga jabatan kerajaan di dalam negara kita ini.
Orang ramai dah buat aduan, dia datang melengang lengang kangkung ajer.Lepas tu balik layan facebook, cukup bulan dapat gaji, masuk kerja jam 8, pas tu keluar balik pi sarapan, kul 9 masuk balik, pukul 10 keluar lagi.. dan begitu lah seterus nya, ( tak semua macam tu pun,ada lah segelintir yang perasan bagus)
apa pun....
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
"Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan