PING BUSUK

Khamis, 19 Jun 2014

PELAKON IKLAN KIT KAT, MENINGGAL DUNIA.

Pelakon Iklan Kit Kat Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah- Saya pasti ada di antara anda masih ingat iklan komersil coklat Kit Kat yang menampilkan penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir tak berapa lama dahulu.
Menurusi iklan itu juga terdapat watak seorang lelaki muda sedang menjaga kaunter yang tiba-tiba didatangi jelmaan Hang Tuah yang dilakonkan M. Nasir.
Penulis difahamkan lelaki muda yang dikenali sebagai Nabil Abdul telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada jam 10.30 pagi, semalam.
Allahyarham menghidap penyakit kanser darah limfoma dan terlantar di hospital sejak seminggu lalu.
Untuk makluman, Nabil merupakan adik bongsu kepada pelakon Lydia Ibtisam yang popular dengan drama bersiri Impian Ilyana.
Sekalung takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Al-Fatihah Webberita 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan