PING BUSUK

Isnin, 18 Mei 2015

TERKINI; 3 LELAKI MAUT DI SAMBAR PETIR.

Batu Pahat:
Tiga lelaki termasuk seorang murid sekolah rendah berusia sembilan tahun maut akibat dipanah petir dalam kejadian di sebuah pondok berhampiran Sekolah Kebangsaan Pematang Seri Rengas, Parit Karjan, Sri Medan di sini, sebentar tadi.

Menurut jurucakap Polis, kejadian berlaku sekitar 3 petang ketika mereka sedang berteduh di pondok berhampiran.
Katanya, kanak-kanak terbabit meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, manakala dua lagi mangsa meninggal dunia ketika sedang dirawat di Pusat Kesihatan Sri Medan.

"Kami menerima panggilan dari orang awam sekitar 3 petang berhubung tiga penduduk yang dipanah petir.
"Kesemua mayat kini dibawa ke HSNI. Mayat dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk kebumi," katanya
sumber harian metro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan