PING BUSUK

Khamis, 19 November 2015

BAYI TERBUNUH MAK SAUDARA PARAH.


Johor Bahru: Seorang kanak kanak lelaki berusia setahun tiga bulan maut manakala seorang wanita 41 tahun parah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bakar Batu Permas berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini kira kira 10 pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Qayyum Mohd Saffari sebelum itu didukung oleh wanita berkenaan yang juga ibu saudaranya, Suhaila Shaharudin untuk dibawa melintas jalan di lokasi kejadian.

Namun keduanya tidak bernasib baik selepas dilanggar sebuah lori seberat tiga tan hingga menyebabkan kanak kanak berkenaan melambung hingga ke pembahagi jalan manakala ibu saudaranya pengsan di tengah jalan.

Menurut saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang maut ialah anak bongsu daripada empat beradik manakala ibu saudaranya itu ialah orang kelainan upaya (OKU) lembam.

Suhaila kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini manakala Mohammad Qayyum di bawa ke rumah mayat hospital sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan