PING BUSUK

Isnin, 14 Mei 2012

NAK BELI WANITA TUK D JADI KAN ISTERI, AMIK NO NIE..



Seronoknya!

Itu kaedah terkini untuk membeli bini ...

Oh! Berikut nombor untuk dihubungi ...

J
JANGAN  LUPA UNTUK LIKE  DI SINI
hehehehe.... jangan mare yerr....

Jumaat, 11 Mei 2012

SAIFUL APEK VS DAVIS TEO UNTUK RM200K..



Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.

Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Saiful berkata, Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan.



psstt; kami peminat2 menyokong penuh sebarang tuntutan yang ingin di buat, moga berjaya. Penerbit ini sudah terlalu mewah hasil dari titik peluh artis kita. Contoh paling dekat... SHAW BROTHERS hari ini mewah dan kaya raya 7 generasi hasil kehebatan ALLAYARHAM TAN SRI P RAMLEE..sedang kan tuan empunya badan, pergi dalam kemiskinan. Hidup penuh derita 7 generasi...
peaceee......

Rabu, 9 Mei 2012

PENYOKONG BERSIH HINA SULTAN SELANGOR



Posting ni di cilok dari MyMassa...makin lama puak-puak yang menyokong Anwar ni makin kurang ajar......cuba baca komen ini di Malaysiakini..



Komen tersebut dipaparkan dalam artikel ini(http://www.malaysiakini.com/news/197320).



Ini profil Syed Abd Hakiim..





Syed Abd Hakiim merupakan seorang penyokong tegar BERSIH!!!



Tidak hairanlah kenapa dia begitu biadap dengan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Kerana salah satu matlamat utama BERSIH adalah menghapuskan Raja-raja Melayu dan membentuk negara REPUBLIK dengan Anwar Ibrahim sebagai Presiden Pertama Malaysia.



Tolong sebarkan pendedahan ini untuk sedarkan orang Melayu bahawa BERSIH sememangnya bermatlamat untuk menggulingkan Kerajaan dan Raja-raja Melayu dengan menggunakan tuntutan pilihanraya sebagai topeng mereka. Tidak hairanlah kenapa penyokong BERSIH sanggup derhaka kepada Raja-raja Melayu kerana bagi mereka, Anwarlah raja mereka yang cuba mereka naikkan dengan gulingkan Kerajaan.

*PDRM, SKMM.....mohon sangat-sangat penderhaka ini diambil tindakan sewajarnya. DAULAT TUANKU!!!


sumber; Empayar Pemuda...
pssttt; nak berpolitik pun jgn sampai hina raja sendiri, malu kat bangsa lain...  

AZWAN ALI MENGAMUK LAGI...


Pengacara tempatan terkenal, Azwan Ali sekali lagi telah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan akaun Twitter miliknya untuk meluahkan rasa marah terhadap ibunya sendiri dengan menggunakan kata-kata kurang elok.
Perkara tersebut berlaku selepas sebuah portal menyiarkan luahan kekecewaan ibunya, Che Tom Yahaya, 78, terhadap sikap abangnya yang juga seorang ahli politik, Azmin Ali yang dikatakan telah mengabaikannya dan sudah berubah sikap.
Kemarahannya itu turut ditujukan kepada pengguna Twitter lain dengan melabelkan mereka sebagai 'bangkai'.
Walaupun ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya, pengacara terkenal ini kelihatan tidak mengalah dan menjawab setiap komen yang tidak bersetuju dengan sikapnya itu.
Sebelum ini pengacara televisyen berusia 46 tahun pernah mengancam untuk membunuh adiknya, Ummi Hafilda melalui Twitter.
Namun pada 18 Januari lalu, dia telah tampil membuat permohonan maaf selepas Ummi membuat laporan polis terhadapnya.
psstt;...ni lah nama nya..anak kurang ajar tahap melampau yang tak boleh di ajar lagi, dia tak tau ker, betapa perit  dan susah nya ibu dia mengandung dan melahir kan dia, lepas tu di besar kan dengan penuh kasih sayang dan di beri didikan sampai boleh berfikir yang mana yang baik dan yang buruk.
malas lah nak cakap. bengong nya orang.....

Selasa, 8 Mei 2012

NGINTAI ANAK DARA .. TERIMA AKIBATNYA..


 Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam tandas di sebuah ladang berdekatan Jalan Bintangor, di sini, menerima padah apabila dia melecur disimbah air panas oleh mangsa intipannya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 20-an dikatakan menggelupur kesakitan akibat melecur di muka, dada, bahu kiri dan lengan akibat terkena air panas selepas disimbah seorang pekerja wanita di ladang berkenaan.

Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan sering mengintai pekerja wanita yang menggunakan tandas berkenaan dengan menebuk beberapa lubang pada dindingnya. Menurutnya, perbuatan lelaki yang juga pekerja ladang itu dikatakan sudah lama berlarutan menyebabkan beberapa pekerja wanita berang dan memasang perangkap.


“Tengah hari tadi (semalam), lelaki terbabit dikatakan mengulangi perbuatan sama apabila mengintai seorang pekerja wanita yang memasuki tandas itu.

“Rupa-rupanya wanita itu hanya berpura-pura menggunakan tandas kerana dia sebenarnya mahu memerangkap lelaki warga asing itu. Malah, wanita berkenaan dipercayai sudah berpakat dengan rakan lain untuk ‘mengenakan’ lelaki itu.


“Ketika asyik mengintai, seorang daripada rakan wanita menyimbah air panas ke arah lelaki itu menyebabkan dia melarikan diri sambil menjerit kesakitan,” katanya.



Sumber itu berkata, lelaki terbabit bernasib baik kerana segera dihantar beberapa pekerja ladang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei.

“Bagaimanapun, berikutan kecederaan parah dialaminya, lelaki terbabit dirujuk ke Hospital Sibu,” katanya.


Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan memaklumkan, keadaan lelaki terbabit dilaporkan stabil.
psstt;..sib baik air panas,kalau kena simbah ngan asid.. baru padan muka.. hehehe

Isnin, 7 Mei 2012

FENOMENA BULAN BESAR..



Imej bulan penuh yang paling besar dan cerah pada tahun ini dapat dilihat kelmarin selepas ia berada dekat dengan Bumi.
Pakar-pakar berkata, bulan itu kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding pada hari biasa.
Jarak bulan dengan Bumi ketika itu ialah 357,000 kilometer.
Beberapa jurugambar agensi berita antarabangsa berjaya merakamkan gambar bulan itu di beberapa buah bandar raya utama.
Seorang penulis buku 50 Great Myths of Popular Psychology, Scott Lilienfeld dari Universiti Emory di Atlanta, Amerika Syarikat menyatakan terdapat kepercayaan tinggi bahawa kelakuan ganjil akan berlaku ketika bulan penuh. - Agensi

Rabu, 2 Mei 2012

VIDEO; MAJLIS PENIKAHAN FASHA SANDHA...



Ini ada lah video majlis pernikahan fasha sandha dan pasangannya khas tuk saya dan anda semua peminat fasha.
 Moga pasangan pengantin ni kekal bahagia hayat..
jom layann....