PING BUSUK

Isnin, 25 Februari 2013

BAPA TERLENYEK ANAK KECIL SEWAKTU UNDUR KERETA...



- Kes kemalangan melibatkan anak kecil yang maut dilanggar sewaktu ahli keluarga mengundurkan kereta bukan kes terpencil.
Di negara ini, kita sering membaca di dada-dada akbar bagaimana si bapa tidak perasan kehadiran anak kecilnya sewaktu mengundurkan kenderaan hingga membawa kepada kecelakaan.
Mungkin anda marah dengan kealpaan tersebut, tetapi tahukah anda – ANDA JUGA MUNGKIN BERPOTENSI UNTUK JADI SEDEMIKIAN!
Baru-baru ini berlaku kejadian serupa di Thailand.
Kamera CCTV yang dipasang di rumah keluarga tersebut menceritakan segalanya.
Si bapa yang sedang mengundurkan kenderaan tidak sedar bahawa anak kecilnya ada di belakang kenderaan tersebut.
Kemudian terjadilah kejadian yang cukup menakutkan itu!
Semoga ia tidak berlaku kepada saya, anda dan kita semua…Nauzubillah! – MyNewsHub

Aduh... nape lah jadi macam nie, tak sanggup nak lihat nya.. agak-agaknya apa lah nasib si anak kecil tu kan.. kesian betul..sakit tu.. allahuakbar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan