PING BUSUK

Sabtu, 7 Disember 2013

UCAPAN TERAKHIR SUSPEK YANG MATI KERNA CURI DUIT TABUNG

Post image for EKSLUSIF! UCAPAN TERAKHIR SUSPEK CURI DUIT TABUNG

 UCAPAN TERAKHIR SUSPEK CURI DUIT TABUNG | Memang sedih bila mengenangkan nasib remaja yang dituduh mencuri duit tabung masjid yang dibelasah hingga meninggal dunia. Seorang remaja lelaki yang disyaki mencuri wang tabung Masjid Al Azim, Pandan Indah, maut dibelasah sekumpulan lelaki ketika cuba melarikan diri, Selasa lalu.
Walau besar mana kesalahannya, tidak wajar diperlakukan sedemikian, apatah lagi oleh jemaah yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Sempat lagi digoda syaitan untuk melakukan perkara terkutuk tersebut.
Bagaimana jika kes ini berlaku kepada ahli keluarga kita? Pasti terkilan dengan tindakan sekumpulan jemaah yang terlibat. Menerusi pesanan Whatup sebelum ini, mangsa ada mengeluarkan kenyataan berikut:
maut+dipukul
Mangsa yang juga seorang pembantu sebuah kafe siber berusia 20 tahun itu meninggal dunia pada jam 11 pagi ketika dirawat di Hospital Ampang, enam jam selepas insiden berkenaan.
Sedih bila tengok kemesraan mangsa dengan anak kecil tue. (Kemungkinan adik tirinya)


SUMBER DARI ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan